Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 1

 SELASA

13 April 2021

Bersamaan

01 Ramadhan 1442 Hijrah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana MANDI SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,SOLAT SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT TAHAJJUD dan AMALAN SUNNAH QIAMMULAIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksananakan PUASA RAMADHAN HARI PERTAMA

Salam ISTIQOMAH BERSAHUR

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARHU BERJEMAAH di Mussola Surau dan Masjid

Salam ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat

SALAM RAMADHAN 1442 HIJRAH


TAZKIRAH QIAMMULAIL SELASA HARI PERTAMA RAMADHAN 1442 HIJRAH


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد


HIKKAM


 "Bahagianya hidup dengan manisnya iman dan menjadikan Allah sebagai tujuan hidup, hidup di atas keyakinan, merendah diri dan bertawakal, sungguh segala sesuatu pasti akan kembali kepadanya (ALLAH)",..


BINGKISAN RINGKAS IBADAH PUASA


Sebagai Muslim, menjadi kewajipan kita melaksanakan segala ibadat yang diperintahkan termasuklah Ibadat Puasa. Bagi memastikan ibadat puasa dilaksanakan dengan sempurna dan diterima oleh Allah sebagai tanda pengabdian kita kepada Nya, sebaiknya kita mengulangkaji beberapa perkara berkaitan dengan Ibadat Puasa. 


Syarat Wajib Puasa:


1.  Islam

2.  Baligh

3.  Berakal

4.  Sihat

5.  Bermukim (tidak musafir)

6.  Suci (dari haid dan nifas)


Syarat Sah Puasa:


1.  Islam

2.  Berakal dan Mumayyiz

3.  Suci (dari haid dan nifas)

4.  Nyata masuknya bulan Ramadhan


Rukun Puasa:


1.  Niat

2.  Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa


Perkara Yang Membatalkan Puasa:


1.  Makan dan minum dengan sengaja

2.  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka

3.  Muntah dengan sengaja

4.  Keluar haid dan nifas

5.  Gila

6.  Murtad

7.  Keluar mani dengan sengaja

8.  Bersetubuh pada siang hari


Perkara Sunat Ketika Puasa:


1.  Segera berbuka puasa

2.  Berbuka dengan kurma atau juadah manis

3.  Membanyakkan doa

4.  Melambatkan bersahur

5.  Banyakkan baca al-quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan

6.  Sentiasa bersedekah

7.  Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat

8.  Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh


Perkara Makruh Ketika Puasa:


1.  Berbekam

2.  Berkumur secara berlebihan

3.  Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan ketika wuduk

4.  Mandi yang berlebihan

5.  Merasa makanan dengan lidah

6.  Memberus gigi selepas gelincir matahari


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1442 Hijrah


Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian


TADDABUR AYAT AL QURAAN


SIFAT ORANG YANG BERIMAN


Firman Allah SWT:


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِیَتۡ عَلَیۡهِمۡ ءَایَـٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ یَتَوَكَّلُونَ

Surat Al-Anfal 2

‎Terjemahan:


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Az-Zumar: AYAT 53


Doa Yang Diaminkan Malaikat


عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ صَفْوَانَ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَفْوَانَ وَكَانَتْ تَحْتَهُ الدَّرْدَاءُ قَالَ قَدِمْتُ الشَّامَ فَأَتَيْتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فِي مَنْزِلِهِ فَلَمْ أَجِدْهُ وَوَجَدْتُ أُمَّ الدَّرْدَاءِ فَقَالَتْ أَتُرِيدُ الْحَجَّ الْعَامَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَتْ فَادْعُ اللَّهَ لَنَا بِخَيْرٍ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ 


Daripada Abu al-Zubayr dari Safwān, iaitu anak ‘Abd Allāh b. Safwān, isterinya bernama al-Dardā’, katanya: “Saya datang ke Sham dan mendatangi Abū al-Dardā’ di rumahnya. Tapi saya tidak menemuinya. Saya bertemu dengan Umm al-Dardā’. Lalu dia bertanya: “Apakah kamu akan pergi menunaikan haji pada tahun ini”. Saya jawab: “Ya”.

Ummu Darda' berkata; 'Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW  telah bersabda: 'Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dari kejauhan tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus, dan setiap kali ia berdoa untuk kebaikan, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan 'Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu. (HR  Muslim No: 4914) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap Muslim sewajarnya berbuat baik kepada orang lain.


2.  Antara kebaikan yang boleh dilakukan ialah mendoakan sesuatu yang baik untuk orang lain.


3.  Doa seorang muslim untuk saudara sesama muslim dari jauh tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. 


4.  Orang yang mendoakan saudara secara tersembunyi, di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus  untuk mengucapkan 'Amin dan juga mendoakan yang sama untuknya. 


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ


Daripada Abu Ad Darda' dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim: 4912)


InSyaaAllah....JOM  kita istiqamah dengan mendoakan kebaikan sahabat dan saudara Muslim kita di Palestin, Myanmar, Syria dan lain-lain yang ditindas. Juga doa kemenangan untuk pejuang kebenaran dan keadilan diseluruh dunia termasuk dinegara Malaysia tercinta.


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat Tahajjud


Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan