Sekolah Kebangsaan Maran atau nama ringkasnya SK Maran, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di 61,Pejabat Pos Maran..
Pada 2019, SK Maran mempunyai 3 kelas setiap darjah. Sekolah Kebangsaan Maran memiliki 589 pelajar lelaki dan 443 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 932 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru.
Sekolah ini ditubuhkan pada 1954, dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Maran (SRK M). Ketika itu juga SMK Maran menumpang di asrama pelajar sebagai kelas dan bilik guru.
Selepas 1970, bangunan kayu dirobohkan dan digantikan dengan bangunan batu 2 tingkat . Pada ketika itu, dikenali SK Maran. Ketika itu juga, ada sesi petang dan pagi kerana pelajar nya terlalu ramai. Setiap darjah mempunyai 9 Kelas.
Pada tahun 2001, SK Sri Keramat telah ditubuhkan. Pada 2004, SK Maran telah membina bangunan 4 tingkat bagi memuaskan keselesaan pelajar dan guru sk maran. Setiap darjah mempunyai 5 kelas.
Pada 2012, Pra sekolah wawasan telah dibina. Kerana pelajar pra sekolah meningkat.
SK MARAN pernah pecah rekod pada 1980-1990 an dengan keputusan UPSR yang terbaik dan telah melahirkan atelit2 yang terkemuka seperti Wan Zack Haikal.
0 Ulasan