Advertisement

Main Ad

Kata-kata Aluan

 



KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
 SK MARAN


Assalamulaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


Alhamdulillah, sama-samalah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya maka  kita berjaya menzahirkan Buku Perancangan Strategik Jangka Panjang SK Maran  untuk tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025 selari dengan gelombang ke 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua unit dan AJK kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memberi sokongan bagi penyediaan Buku Perancangan Strategik sekolah ini. 

Pengurusan strategik ini digubal untuk memenuhi hasrat PPPM bagi menjayakan enam aspirasi murid iaitu; melahirkan insan yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

Isu isu kritikal telah dirancang untuk diselesaikan di bawah empat KRA utama iaitu pemimpin berkesan, guru berkualiti, persekitaran pembelajaran bermakna dan sokongan PIBG serta komuniti bagi tujuan menghasilkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti menjelang tahun 2025. Isu-isu ini dirancang untuk diatasi menerusi inisiatif strategik yang dizahirkan melalui Plan Intervensi Sekolah (PiNTaS) dan One Page Project Manager (OPPM) bagi menggantikan plan tindakan dan plan operasi sebelumnya. Melalui OPPM, pengoperasian dan pemantauan kemajuan setiap projek/inisiatif yang dirancang menjadi lebih mudah untuk dinilai dan ditambah baik. Perancangan Strategik ini juga boleh dijadikan sebagai satu ”indikator dan tool kit” ke arah mencapai visi sekolah.

Sebenarnya usaha untuk memperkasa sekolah  adalah terletak di bahu kita semua. Kesanggupan kita untuk bermuafakat dan bekerja sebagai satu pasukan yang mantap (teamwork) dan jelekit adalah kunci segala-galanya. Dalam konteks ini saya menyeru kepada seluruh warga SK MARAN untuk menjadikan CPO iaitu Collaborative -  Participative - Ownership sebagai satu budaya kerja demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan bersama. 

Akhir kata, saya amat bangga, komited dan berkeyakinan bahawa Perancangan Strategik 2021 –2025, SK  Maran mampu mentransformasi, menjana dan melonjak kegemilangan sekolah ini ke tahap yang terbilang menjelang tahun 2025.


Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.

Terima kasih.


Guru Besar SK Maran

JANUARI 2021.

Catat Ulasan

0 Ulasan