Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 9

 RABU

21 April 2021

Bersamaan

08 Ramadhan 1442 Hijrah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana MANDI SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,SOLAT SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT TAHAJJUD,SOLAT SUNAT TASBIH,SOLAT SUNAT QOBLIAH,SOLAT SUNAT BAKDIAH ( solat sunat AWWABIN ) dan AMALAN SUNNAH QIAMMULALIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI *  ... *PKP 2.0 Hari KE TIGA SERATUS EMPAT

Salam Istiqommah BERSAHUR Puasa Ramadhan 1442 H Hijrah HARI KE SEMBILAN

*Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothielahNya Sehingga ke Akhir Hayat


TAZKIRAH QIAMMULALIL RABU KE DUA RAMADHAN 1442 Hijrah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ

اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ

إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ


HIKKAM


SALING MENDOAKAN


Suami mendoakan Istri dan Anak. Istri mendoakan suami dan anak. Anak mendoakan orang Tua. Kakak mendoakan adik. Adik mendoakan kakak.

Betapa indahnya keluarga yang bahagia, selamat hidup dunia dan akhirat karena saling mendoakan


Sahabat.. .

Doakanlah kebaikan untuk orang lain, kebaikan yang sama akan diberikan juga kepada kita.


Keterangan dari guru saya : ... bahkan ketika kita mendo'akan kebaikan kepada orang yg tidak kita sukai.... kita akan mendapatkan kebaikan terlebih dahulu sebelum orang itu memperoleh kebaikan

Itu..


Mencaci maki orang lain dengan kata-kata kotor, tidak membuat orang menjadi kotor, malah sebaliknya mengotori diri sendiri. Sebab kata-kata kotor itu keluar dari hati dan fikiran kita.


Hanya hati dan fikiran yang kotor mengeluarkan kata-kata yang kotor. Menghina orang tidak membuat orang terhina melainkan membuat hina diri sendiri. Sebab hanya hati dan fikiran yang hina akan mengeluarkan kata-kata dan perilaku menghina.


Menghormati orang dengan kata-kata kasih akan membuat diri anda dihormati dan hati anda penuh kasih sayang. Sebab hanya hati yang penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata-kata kasih.


Menguatkan orang dengan kata-kata bijak akan membuat diri anda menjadi kuat dan fikiran anda bijak sebab hanya fikiran yang bijak akan melahirkan kata-kata bijak.


Membahagiakan orang dengan kata-kata berpengharapan akan membuat diri anda bahagia dan jiwa anda penuh harapan. Sebab hanya jiwa yang penuh harapan dapat menyampaikan kata-kata penuh harapan.


"Kata-kata dan perbuatan kita mencerminkan diri kita dan, atau akan membentuk siapa diri kita”


Apa yang kita berikan, itulah yang kita miliki dan selanjutnya itu pula  yang akan kita terima


Dosa boleh diampunkan dengan taubat. Dan pendosa boleh berubah dengan amal kebaikan, Kerana itu lah Islam ajar kita membenci dosa , bukan Pendosa


Bila mata bertemu mata akan timbul rasa cinta tapi. Bila dahi bertemu sajadah akan kau temui kebesaranNya Allah.


PENTINGNYA WAKTU, SATU JAM SETELAH SUBUH


Satu jam setelah subuh menentukan arah tujuan hidup kita, Jadi apa saja yang perlu kita lakukan 1 jam setelah subuh?


1. Jangan tidur setelah subuh, Karena menutup banyak pintu rejeki bahkan membuat badan menjadi lemas. Kalau misalnya kita terlalu capek, tunggulah pukul 07.00 pagi keatas nah boleh istirahat disaat itu...


2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri, Mandi sebelum dan setelah subuh akan membantu tubuh menjadi segar dan sehat. Dan juga membuat kita lebih awet muda. 

Tidak percaya? Coba buktikan sendiri...


3. Sarapan, biasakan makan diwaktu pagi walaupun hanya sedikit. Karena membuat sel-sel otak, sistem pencernaan serta sistem imun di tubuh kita bekerja dengan baik, Makan roti seiirispun tak apa. Minum susu atau kopi juga mantap. Usahakan makan dan minum walau sedikit...


4. Ini yang paling penting, Baca Al-Quran, Zikir, Sholawat, Mau melakukannya sendiripun tak apa atau mendengarkan murrot atau ceramah dari youtube juga tidak masalah. Asalkan kita niat memberikan "makan" hati kita. Hati kita akan jadi kuat dan tidak lemah...


Satu jam kita lakukan semua ini, In sya Allah hidup kita lebih bermakna, Dan kita mampu melangkah dan menjalani hari kita lebih baik dan bertenaga...


Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amir Al Anshari radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rosululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ


“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”  

(HR. Muslim no.1893)


TADDABUR AYAT AL QURAAN


Allah SWT berfirman:


أَلَمْ نَجْعَلْ لَهُ عَيْنَيْنِ


Maksudnya: ''Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?)"

[Surah al-Balad ayat 8]


* Mata adalah salah satu daripada pancaindera kurniaan Allah kepada setiap manusia. Ia merupakan satu daripada anggota badan yang penting yang dapat membantu manusia untuk mengharungi liku-liku hidupnya seharian.


* Sebagai menyatakan rasa terima kasih dan bersyukur terhadap kemurahan Allah mengurniakan nikmat mata dan nikmat melihat, maka setiap manusia tidak sepatutnya menggunakan matanya untuk melihat perkara yang dilarang oleh Allah. Hindari dan jauhilah daripada melakukan maksiat mata yang begitu mudah sekali berlaku.


Dari Jarir bin Abdullah r.a. berkata: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan yang tidak sengaja. Lalu baginda memerintahkan agar aku mengalihkan pandanganku” 

[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, dan Tirmizi]


Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anak Adam ditulis baginya bahagian daripada zina. Ia pasti melakukannya tanpa boleh menghindari, zina mata adalah memandang, zina lisan adalah berbicara, zina telinga adalah mendengar, zina tangan adalah menggunakannya, zina kaki adalah melangkah, jiwa berharap dan berhasrat, kemaluanlah yang membenar atau mendustakannya.” 


Imam al-Ghazali menegaskan bahawa:


"Orang bertakwa itu ialah mereka yang melaksanakan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran anggota tubuh badan"


Renung-renungkan dan bermuhasabahlah serta memohon keampunanNya


Jaminan Syurga


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bertanya: "Siapakah di antara kalian yang pagi ini sedang berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah semua itu ada pada seseorang kecuali dia pasti akan masuk syurga." (HR Muslim No: 1707) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang soleh.


2.  Abu Bakar adalah contoh sahabat Rasulullah SAW yang menunjukkan amal soleh.


3.  Melaksanakan ibadat puasa adalah sebahagian daripada ibadat peribadi setiap Muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah.


4.  Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan kewajipan setiap Muslim kepada masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup bermasyarakat.


5.  Mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat, puasa, zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti ziarah orang sakit, menolong orang susah, pasti akan masuk syurga. 


Marilah kita menyantuni orang yang lemah seperti golongan fakir dan miskin, orang yang sakit juga anak yatim.


Hidupkan budaya menziarahi atau bertanya khabar kerabat, sahabat, teman, jiran, rakan kita yang kurang sihat.


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat Tahajjud


Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan