SELASA
20 April 2021
Bersamaan
08 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana QIMMULAIL
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH di Mussola/Surau dan Masjid
Salam ISTIQOMMAH MEMATUHI ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN TERKINI. ..PKPP HARI KE SERATUS TIGA
Salam ISTIQOMMAH BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE LAPAN
Salam ISTIQOMAH MENERUSKAN PEMBURUAN MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
TAZKIRAH QIAMMULAIL HARI SELASA KE DUA RAMADHAN 1442 Hijrah
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بار ك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
HIKKAM
Suburkan Amalan
Ramadan bulan keampunan, rahmat, kasih sayang dan keberkatan. Suburkan hubungan kita dengan Allah melalui ibadat khusus dan hubungan kita dengan orang lain melalui ibadat umum.
1- Jadikanlah Ramadan peluang untuk pengampunan, saling memaafkan dan berdamai, walaupun dengan orang yang menyakiti kita. Sentiasa berlapang dada terhadap orang lain.
2- Biasakan diri dengan infaq walaupun sedikit. Rasulullah SAW adalah manusia yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan pada bulan Ramadan.
وَكَانَ(ص) أَجْوَدَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ
“Nabi s.a.w adalah sebaik-baik (sepemurah-pemurah) manusia dan beliau amat pemurah, terutamanya ketika di bulan Ramadan” Riwayat Muslim: No 4268
3- Muhasabah diri terhadap segala amalan yang lalu: kelalaian di dalam ibadah, lalai di sudut keimanan. Tanyalah diri: Adakah sentiasa melakukan taubat? Adakah benar-benar takutkan Allah? Adakah bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya? Adakah mengambil Allah sebagai pengadil ketika kita bertengkar? Adakah kita menunaikan amanah? Adakah kita menepati janji? Adakah kita memberi kemaafan? Adakah kita berhati-hati dengan sifat sidq? Adakah kita bersegera untuk memberi khidmat kepada orang yang memerlukan? Adakah kita ringan tulang untuk menolong orang yang ditimpa musibah dan menolong orang yang dizalimi? Adakah kita menunaikan hak-hak orang lain?
4- Perbanyakkan doa ketika sedang berpuasa kerana doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak.
ثلاثةٌ لاتُرَدُّ دَعْوَتُهُم: الإمَامُ العادِلُ, والصًّائِمْ حتى يُفتِرَ. ودَعْوَةُ المَظْلُومِ
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan ditolak: Penguasa yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang dizalimi. Semoga Allah mengembalikan suasana selamat dari pelbagai musibah termasuk Covid 19.
5- Iktikaf jikalau sekiranya tidak mampu maka hendaklah diiringi niat iktikaf pada sepuluh terakhir bulan Ramadan, dan Allahlah di sebalik niat dan Dialah yang memberi hidayah ke jalan yang lurus.
Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian
JAGA HATI
Jagalah hatimu daripada kegelapan dosa dan segala penyakit hati.
Jagalah ia dengan memberi makanan iman dan taqwa.
Jagalah ia agar sentiasa menerangi rohmu dan menyuluh jalanmu kepadaNya._
Ada 13 Golongan Orang Yang Kencingnya Nenyebabkan Sembahyangnya Tidak Sah..... Seterusnya Doanya Tidak Termakbul...
Pertama:
salah satu darinya adalah mengencing kakinya sendiri semasa kencing.
Yang ke2:
Percikan kencing tidak dicuci sebaliknya hanya cuci di tempat yang dikencing dan tempat percikan tercebut dipijaknya pula untuk keluar dari bilik tandas.
Yang ke 3:
Cuci kencing kalang kabut... ingatkan dah bersih rupa-rupa zahir sahaja yang bersih namun batinnya tidak.
Yang ke4:
Kencing terkena pada pakaian dan digunakan untuk solat.
Yang ke 5:
Menahan kencing.... dah terkeluar sikit.... tapi selesai kencing hanya cuci mcm biasa ...nk solat tak tukar seluar atau menanggalkannya.
Yang ke 6:
Setiap percikan air kencing akan menghasilkan 3 pantulan air kencing di sekeliling kawasan tempat kencingan..... tentukan dibersihkan sebelum keluar tandas.
Yang ke 7:y8
Jika kita pergi kemana-mana tandas dimasjid mahupun sarau pastinya ada selipar ataupun terompah pertanyaannya mengapa sebab hendak menentukan najis tidak dibawa keluar dari tandas tersebut.
Ke 8:
Kencing adalah najis..... najis tidak boleh dibawa ke tempat solat dan ibadah
Ke 9:
Tandas yang berbau hancing tidak membuktikan bahawa tandas itu bersih lagi suci
Ke 10:
Kencing akan meninggalkan sisa dibahagian batin (dalam) belajar dengan orang yang lebih arif terhadapnya.
Ke 11:
Tidak ada buang air besar sebelum buang air kecil oleh yang demikian cuci kedua-duanya selepas membuang hajat
Ke 12:
Kepentingan kencing adalah membuang sisa (najis) didalam tidak najis tapi diluar akan jadi najis.
Ke 13:
Jangan jadikan kencing sebagai alasan kerana tidak boleh solat namun sebaliknya cuci dengan sempurna dan (nyakin) membolehkan kita bersolat.
Ada sejenis syaitan yang menggoda kita agar tidak membersihkan tempat kencing kerana itulah tempatnya mereka berlindung ketika azan berkumandang.
Semoga bermanafaat walaupun hanya satu dari 13 perkara tersebut yang mampu kita lakukan.
Tandas tempat yang kotor tapi melambangkan keimanan kita.
Diakhirat nanti ada tempat yang dijanjikan oleh Allah swt kepada orang yang menjaga kebersihan tandas.
Jadikan tangan-tangan kita sebagai tangan-tangan yang mampu membersihkan tempat buangan najis ini.
CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BENAR
Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum berarti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.
Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya.
Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata:
”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”
Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang menyepelekan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?
Lelaki dan wanita berbeda caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.
LELAKI:
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.
Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sampai bersih.
WANITA:
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bagian dalamnya dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.
Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, karena hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.
SANGAT PENTING:
Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk memasukan satu jari kedalam dubur.
Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.
Sudah benar atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama-sama kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Karena telah dijanjikan neraka bagi mereka yang tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).
Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang ya g mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala".
Catatan:
1. Tidak ada kata malu dalam urusan agama.
2. Jangan beranggapan ilmu fiqih itu jorok, karana fiqih itu menjelaskan sedetail-detilnya.
والله اعلم
TADDABUR AYAT AL QURAAN
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:
"Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita...
Al-Ahqaf (46:13)
........
Dunia darul amal
Akhirat darul jazak.
Jangan suasana Corona ini merubah usaha Kita membina akhirat.
Sekarang Allah BERI MASA kepada Kita.
Gunakan MASA itu Untuk bina akhirat bersama ahli keluarga.
Saudara/Sahabatku indahkan hidup berkeluarga dengan:
1..Solat berjemaah
2..Masak berjemaah
3..Makan berjemaah
4..Tadarus Quran
berjemaah
5..khidmat berjemaah
6..Hidupkan amalan
malam bersama..
Tahajjud Quran zikirr
dan doa....
7..Aturkan dengan Mesyuarat
8..Sinari Kemuliaan
Sunnah Rasulullah
Dalam Rumah Kita
InSyaaAllah rahmat berkat dan kasih sayang diselimuti oleh Allah SWT.
Wahai para suami... zahirkan kehebatan kalian sebagai pemimpin...inilah masanya.....
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ* قُمْ فَأَنْذِرْ
Maksudnya: "Wahai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan!''
[Surah al-Muddatthir ayat 1-2]
"Bangunlah…" membawa maksud bergeraklah.
Allah SWT mengingatkan para pendakwah agar bangunlah dan bangkitlah, sebab perubahan dan perbaikan masyarakat tidak akan wujud dan terjadi dengan hanya bersedap-sedap tidur dan berselimut di atas katil. Semua kita bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah dan melakukan kerja-kerja Islam.
Diriwayatkan bahawa Abu Darda r.a pernah berkata:
إني لآمركم بالخير، وما كل ما أمرتكم به فعلته؛ ولكني أرجو الأجر بأمركم
Maksudnya: "Sesungguhnya aku menyuruh kamu dengan perkara kebaikan. Namun itu tidaklah bermakna bahawa semua yang aku perintahkan kepada kamu telah aku lakukan, akan tetapi aku mengharapkan pahala dengan menyuruh kamu melakukannya" [Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah]
Kita tidak perlu menunggu menjadi sempurna untuk menyeru manusia kepada Allah, cukup sedar diri yang kita menyeru demi mengharap rahmatNya.
Jom teruskan tugas-tugas dakwah yang telah diamanahkan kepada kita semua agar semua manusia mengenali keindahan Islam.
Bertawakal Umpama Burung
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا
Daripada Umar bin Al-Khaththab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jika sekiranya kamu bersungguh-sungguh bertawakal kepada Allah, nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu sepeeti rezeki seekor burung yang keluar di waktu pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu petang dengan perut terisi penuh kenyang."
(HR Tirmidzi No: 2266) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim diperintahkan agar bertawakal iaitu menyerahkan segala urusan kepada Allah dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu selepas usaha dan ikhtIN yang bersungguh-sungguh.
2. Bertawakal dengan menyerahkan semata-mata kepada Allah tanpa usaha dan ikhtiar adalah menyalahi pengajaran daripada hadis ini.
3. Jadilah seperti burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan perutnya kosong namun berusaha mencari makanan dan akan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut yang penuh dengan makanan.
4. Muslim yang berusaha mencari rezeki dan bertawakal bersungguh-sungguh, nescaya dia tetap akan memperoleh rezeki seperti burung.
5. Muslim tidak boleh menganggur dan berpeluk tubuh tanpa usaha dan ikhtiar. Contohilah burung yang keluar dari sarang mencari makanan kerana rezeki itu mengikut sebab dan musabab.
6. Tawakal akan menimbulkan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam menghadapi sebarang perkara. Bertawakal dengan penuh yakin bahawa kejayaan dan kegagalan bukanlah hak mutlak manusia.
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat Tahajjud
Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
0 Ulasan