AHAD
18 April 2021
Bersamaan
06 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana MANDI SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,SOLAT SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT TAHAJJUD,SOLAT SUNAT TASBIH,SOLAT SUNAT QOBLIAH,SOLAT SUNAT BAKDIAH ( solat sunat AWWABIN ) dan AMALAN SUNNAH QIAMMULALIL
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI.... *PKP 2.0 Hari SERATUS SATU
*Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothielahNya Sehingga ke Akhir Hayat
TAZKIRAH QIAMMULALIL AHAD PERTAMAC RAMADHAN 1442 Hijrah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
HIKKAM
Orang munafik itu bila mana sedikit mengingati Allah di waktu solat.
Cuba kita renung sejenak diri kita. Bagaimana kita di dalam solat? Adakah fikiran kita hanyut jauh entah ke mana?
Bimbang kita tergolong dalam golongan munafik. Saat kita lafazkan , sesungguhnya solatku, hidupku, matiku hanya untuk Allah, lantas saat itu juga fikiran dan hati kita telah jauh menghilang dan ia menjadi rutin bacaan dalam solat kita sahaja.
Rasa sentap dan termuhasabah diri sendiri.
Ayuh kita renungkan.
Agar kita miliki solat yang berkualiti dan khusyuk. Itu matlamat solat kita yang paling besar.
Ulama Warasatul Anbiya: Para Ulama dan Aulia adalah bahagian dari cermin ajaran Rasulullah s.a.w. Kehidupan mereka mencerminkan apa yang disebut dengan adab, juga cermin bagi sifat mengagungkan Allah s.w.t, cermin bagi penghormatan kepada Rasulullah s.a.w. Hati mereka suci dari sikap-sikap yang meremehkan segala sesuatu, apalagi manusia. Sungguh tidak ada seorang pun di antara mereka yang menjadi tukang caci, tukang maki, yang melaknat satu sama lain. Tidak ada seorang pun mereka yang gila harta atau gila dunia.
Saat ditanya tentang bagaimana memilih mursyid (syaikh yang menunjukkan jalan kepada Allah), Maulana Syaikh Ali Jum'ah menjawab: “Memilih seorang syaikh (mursyid) itu bukan atas kehendakmu sendiri tapi Allah lah yang memilihkan. Tugasmu memperbanyak shalawat atas Rasul sampai Allah membuka hatimu pada seorang mursyid”.
Sufi sejati tidak sibuk dengan lintasan-lintasan ilham, bermain-main dengan dunia firasat, lena dalam dunia karamah atau terhenti pada pintu kasyaf. Mereka melanggar segala pintu-pintu tadi tanpa perasaan selera kerana matlamat pengembaraan mereka ialah untuk menenggelamkan diri sedalam-dalamnya dalam lautan ubudiyyah kepada Allah s.w.t. Berhati-hatilah, kerana antara haq dan batil kelihatan sama, hanya dengan rahmat Allah dan ketajaman mata hati dapat melihat perbezaannya. Sesungguhnya pendidikan Tasawuf adalah untuk mereka yang mencari kefakiran diri dan meninggalkan pakaian kesombongan dan keduniaan.
Jika kita bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENIMBA ILMU. Jika kita bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktunya kita untuk saling BERTUKAR ILMU. Jika kita bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENYAMPAIKAN ILMU. Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktunya kita untuk MUHASABAH DAN MERENUNG. Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA UMPATAN DAN MENGADU DOMBA, itulah waktunya kita untuk DIAM & BERLALU PERGI.
*IKUTILAH RASULULLAH S.A.W. Orang yang berakal dapat dikenali melalui akhlaknya yang baik kepada sesama manusia. Ia sentiasa meneladani Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Allah s.w.t sebagai pemilik akhlak yang agung: "Engkau benar-benar berada di atas akhlak yang agung”.
(QS. Al-Qalam: 4)
Nasihat kaum sufi itu seperti busur panah yang tepat mengenai hati, dan sakitnya mata panah itu akan terasa amat pedih dan perit, tetapi bersabarlah dan terima lah, kerana sebentar lagi mata panah itu akan mengeluarkan penyakit-penyakit jiwamu.
Hati umpama suatu bekas. Untuk menadah air yang boleh diminum, bekas perlu bersih. Begitu juga hati. Ilmu itu cahaya. Untuk menadah cahaya dari Allah, hati perlu bersih dari segala kekotoran mazmumah.
Membangun dan Mengimarahkan Masjid
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Daripada Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." (Sunan Ibnu Majah No: 727) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membina masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah.
2. Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dari kalangan pemakmur masjid Allah. Rirman Allah:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)”
(QS At-Taubah: 18).
3. Ibnu al-Jauzi dalam Zaadul Masiir (3/408) berkata: yang dimaksudkan dengan memakmurkan dalam ayat di atas ialah mereka yang:
a. Selalu mendatangi masjid dan beribadat di dalamnya
b. Membangun masjid dan memperbaikinya.
4. Masjid perlu dibangunkan fizikal serta rohnya (program dan aktiviti yang mendekatkan seseorang kepada Allah). Orang yang membangunkan masjid akan diberi ganjaran mahligai di syurga.
5. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah adalah membina Masjid. Dimulakan dengan masjid Quba dan diikuti dengan Masjid Madinah. Masjid dijadikan tempat menghimpunkan rakyat, merapatkan ukhuwah, menyampaikan dakwah, mengajarkan al-Quran serta mengurus pemerintahan.
6. Jangan jadikan masjid seperti gajah puteh. Kata Saidina Ali: Akan datang suatu zaman ke atas manusia, tidak kekal di dalam Islam kecuali namanya sahaja dan tidak kekal dalam ajaran al-Quran melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjid yang besar dan indah dibangunkan di sana sini tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya.
Syafaat Rasulullah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ يَدْعُو بِهَا، وَأُرِيدُ أَنْ أَخْتَبِئَ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لأُمَّتِي فِي الآخِرَةِ.
Dari Abu Hurairah: Bahwa Rasulullah saw bersabda:
Setiap Nabi mempunyai doa yang pasti dikabulkan, sedang aku ingin menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku di akhirat nanti.
Pesan :
Kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya, beliau menyimpan doanya yang pasti terkabul untuk syafaat bagi umatnya di hari akhir kelak
Sahih Al Bukhori-5829
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Allah SWT berfirman:
وَلَا یُنفِقُونَ إِلَّا وَهُمۡ كَـٰرِهُونَ
Maksudnya: ''Dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci"
[Surah at-Tawbah; 54]
Allah SWT menyebut sifat orang munafik iaitu mereka tergolong dalam golongan manusia yang enggan bersedekah, tersangat kedekut dan jika bersedekah pun dalam keadaan benci dan hati yang berat.
Di dalam ayat yang lain, Allah SWT menyebut sifat bakhil orang munafik ini dengan menyatakan mereka sentiasa menggenggam tangan yakni 'genggam tak tiris' (kedekut bakhil). Allah SWT berfirman:
وَیَقۡبِضُونَ أَیۡدِیَهُمۡۚ
Maksudnya: ''Dan mereka pula menggenggam tangannya (kedekut bakhil)"
[Surah at-Tawbah: 67]
Ketahuilah bahawa di antara petanda kiamat ialah berleluasanya sifat bakhil. Pada saat ini, sebahagian daripada kita di uji dengan limpahan harta kekayaan dan rezeki yang berterusan namun dalam masa yang sama sifat kedekut dan bakhil menjadi penghalang utama untuk menggunakan harta kurniaan Allah swt pada jalan yang benar dan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a berkata, Nabi saw bersabda: "Salah satu tanda kiamat ialah meluasnya sifat kedekut (bakhil)"
[Hadis Riwayat at-Thabrani]
Jauhilah sifat bakhil kerana ia bukan hanya dibenci oleh Rasulullah SAW dan orang beriman malah para malaikat juga membencinya. Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُوْلُ اْلآخَرُ: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Maksudnya: ''Tidak ada satu hari pun dimana seorang hamba berada padanya kecuali terdapat dua Malaikat turun kepadanya. Salah satu di antara keduanya berkata: "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang bersedekah". Sedangkan yang lainnya berkata: "Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil"
[Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Jauhilah sifat bakhil kerana ia sifat orang munafik. Jadilah orang beriman yang pemurah, suka bersedekah dan istiqamah dalam menyantuni golongan yang berada dalam kesulitan.
Allah SWT berfirman:
وَٱبۡتَغِ فِیمَاۤ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡـَٔاخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِیبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡیَاۖ
Maksudnya: ''Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia..."
[Surah al-Qasas ayat 77]
Allah SWT menyuruh kita menggunakan segala harta dan kekayaan yang dianugerahkan kepada kita untuk jalan kebaikan. Segala anugerah Allah kepada kita berupa harta yang melimpah dan kenikmatan yang banyak disalurkan dengan berbuat taat serta bertaqarrub kepadaNya dengan berbagai amal-amal yang dapat menghasilkan pahala di dunia dan di akhirat. Kita hendaklah tamak dengan ganjaran akhirat. Itulah kebahagiaan hakiki yang bakal kita nikmati suatu ketika nanti.
Dalam keseronokan dan keghairahan kita memburu kebahagian akhirat, Allah SWT juga membenarkan kita menikmati keperluan dunia berupa makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, pernikahan dan segala yang halal. Pada masa yang sama jangan sesekali lupa tanggungjawab kita di dunia ini. Sesungguhnya Rabbmu memiliki hak, dirimu memiliki hak, keluargamu memiliki hak serta orang yang disekelilingmu pun memiliki hak. Maka berikanlah setiap sesuatu sesuai dengan haknya.
Kebahagiaan akhirat diperoleh bilamana kita melakukan amal ketaatan dengan nikmat kurniaanNya dengan penuh keikhlasan demi mencari keredhaanNya. Kita pulang mengadap Allah membawa muatan pahala yang tersangat berat dan berkualiti.
Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin: "Bahagia ialah ketika mana manusia berada dalam satu puncak ketaqwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT".
Manakala tanda kebahagiaan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ ، وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ ، وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ ، وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ
4 Tanda Kebahagiaan:
1. Isteri yang solehah
2. Tempat tinggal yang luas
3. Jiran yang soleh (baik) dan
4. Kenderaan yang elok.
Manakala 4 Tanda Kedukaan adalah:
1. Jiran yang buruk (jahat)
2. Isteri yang jahat (derhaka)
3. Tempat tinggal yang sempit dan
4. Kenderaan yang buruk.”
[Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Sheikh Syu’aib al-Arnaut menyatakan sanad hadis ini sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari]
Burulah kebahagiaan akhirat dengan disalurkan segala kekayaan dunia ke jalan menegakkan agama Allah SWT. Nikmatilah kebahagiaan dunia dengan mengaut segala kurniaanNya dan digunakan untuk menambahkan ketaqwaan dan ketaatan. Moga kita beroleh bahagia dunia dan akhirat.
Pertempuran Daud Melawan Jalut
Daripada Al-Barra' r.a berkata, sahabat-sahabat Muhammad SAW yang ikut serta dalam perang badar menceritakan kepadaku bahawa jumlah mereka seperti jumlah bala tentera Talut yang menyeberangi sungai yang jumlahnya sekitar tiga ratus sepuluh orang.
Al Barra' berkata, demi Allah SWT, tidak ada daripada mereka yang dapat menyeberangi sungai kecuali orang yang beriman.
[Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 3, No. Hadis 3957-3958, 1400H:
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Peliharalah Amalan SUNNAH QIAMMULALIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hambaNya serta diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
AHAD
18 April 2021
Bersamaan
06 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana SOLAT SUNAT DHUHA dan AMALAN SUNNAH QAILULLAH
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
SALAM ISTIQOMMAH SOLAT FARDHU/TARAWIH BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING *MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI .. PKP 2.0 Hari KE SERATUS SATU
Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothiellahNya sehingga ke Akhir Hayat
TAZKIRAH DHUHA AHAD PERTAMA RAMADHAN 1442 Hijrah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
HIKKAM
Siapa yang menghina diri kepada Allah, dia akan mulia dan ditinggikan.
Siapa yang menghina diri kepada manusia dia akan terhina sepanjang masa.
Menghina diri kepada Allah, manusia tidak nampak kehinaannya, tapi menghina diri sesama manusia,sesama manusia nampak kehinaannya.
Biar kita berjiwa besar, bercakap merendah diri, daripada bercakap besar jiwa kecil sekali.
Kalau kita meminta kepada Allah begian - begian selagi halal, yaitu kita menentukan kehendak kita, kita harap Allah tunaikan bukanlah satu kesalahan.
Tapi yang baiknya sebagai beradab, kita meminta kepada Allah menentukan apa yang baik untuk kita.
Justeru kehendak kita tidak terlepas daripada nafsu.
Sebenarnya rezeki dan keperluan yang Allah untukkan kepada hamba-hamba- Nya di dunia, cukup sebanyak mana bilangan hamba-hamba-Nya setiap masa.
Tapi ada golongan yang mengambil lebih daripada keperluan maka dia telah mengurangkan habuan orang lain.
Justeru itulah ada orang yang tidak cukup.
Hidup Ini Singkat
Gunakanlah peluang singkat ini untuk membuat kebajikan sebanyak mungkin.
Hindari dari kemungkaran.
Usah dipersiakan peluang yang ALLAH pinjamkan ini.
Disaat DIA mengambil kembali pinjaman ini, saat itulah kita sedar bahawa kita sudah melepaskan banyak peluang.
"Janganlah kita terdetik untuk memandang orang lain dengan pandangan yang buruk. Pandanglah diri kita untuk memperbaiki hubungan antara kita dengan Allah."
Habib Ali Zaenal Abidin
Bagaimana Mahu Kekal Istiqamah?
Apa kata kita cuba cara ini:
1. Mulakan dengan sesuatu yang sangat mudah dan sedikit dahulu.
2. Lakukan peningkatan setiap hari. Selepas itu, sedikit demi sedikit lakukan penambahan kepada yang besar dan semakin besar.
3. Pastikan peningkatan yang dilakukan itu semuanya mudah untuk dilaksanakan. Jangan biarkan peningkatan itu menjadi sulit demi mengelakkan semangat yang ada menjadi pudar.
4. Paling utama, sentiasa memohon kepada ALLAH SWT agar ditetapkan hati untuk istiqamah melakukannya.
Nampak mudah, bukan? Ayuh kita cuba laksanakannya sama-sama.
Apatah lagi, dalam bulan Ramadan yang mempunyai pelbagai keistimewaan ini untuk kita meningkatkan amal ibadah.
Tak semua orang suka kita .
Tak semua orang boleh terima kita .
Tak semua orang ikhlas dengan kita .
Kadang dalam diam ada sahaja agendanya .
Sebab itu kena berhati - hati dengan manusia . Jangan mudah memberi hati jika tidak mahu disakiti .
NERAKAMU MEMANG BUKAN URUSANKU DAN SYURGA BELUM TENTU MILIKKU ....
TAPI MENGAJAKMU DALAM KEBAIKAN ADALAH KEWAJIBAN KITA SEMUA...
Selawat Kita Sampai Pada Nabi ﷺ
1. Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Sesungguhnya selawat kita akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ. Sabda Rasulullah ﷺ:
وصلُّوا عليَّ فإنَّ صلاتَكُم تبلغُني حَيثُ كنتُمْ
“Dan berselawatlah ke atasku, sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.”
(HR Abu Daud)
2. Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah ﷺ memperincikan lagi tentang keharusan memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah ﷺ:
إنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي
“Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.”
(HR Abu Daud)
3. Ketika menghuraikan hadis ini, Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa ini adalah gambaran bagaimana selawat seseorang itu akan sentiasa diterima bahkan dibentangkan kepada Rasulullah melalui malaikat. Kata beliau:
يَعْنِي عَلَى وَجْهِ الْقَبُولِ فِيهِ، وَإِلَّا فَهِيَ دَائِمًا تُعْرَضُ عَلَيْهِ بِوَاسِطَةِ الْمَلَائِكَةِ
“Iaitu (hadis ini) membawa maksud gambaran penerimaan selawat seseorang itu, atau paling tidak ia menggambarkan bagaimana selawat itu dibentangkan kepada Rasulullah ﷺ melalui perantaraan malaikat.” (Mirqah Mafatih)
4. Manakala Ibn Mulaqqin pula menyatakan bahawa maksud dibentangkan selawat itu kepada Rasulullah adalah seakan penyerahan hadiah buat Baginda Nabi ﷺ. Kata beliau:
معنى معروضة علي موصولة إلي توصل الهدايا
“Yang dimaksudkan selawat itu dibentangkan ialah ia disampaikan kepada Baginda Nabi (seperti) sampainya hadiah-hadiah.”
Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Semoga Allah membimbing kita.
Ingatlah satu prinsip ini agar kita tidak mudah berprasangka buruk pada sesama muslim:
Lebih baik berprasangka baik meski salah, daripada berprasangka buruk tapi benar
َ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا إِخْوَانًا
"Jauhilah oleh kalian perasangka, sebab perasangka itu adalah ungkapan yang paling dusta.
Dan janganlah kalian mencari-cari aib orang lain,
jangan pula saling menebar kebencian dan jadilah kalian orang-orang yang bersaudara"
(HR. Bukhari)
Rasulullah telah memperingatkan kita untuk mewaspadai prasangka buruk antara sesama muslim.
Demikian juga para Sahabat Nabi dan ulama, menyuruh kita untuk menjauhi perkataan yang sekalipun benar
tidak akan memberi pahala untuk kita, akan tetapi jika perkataan itu salah maka akan mengalirkan dosa pada kita,
perkataan itulah adalah prasangka buruk pada saudara sesama muslim
(Bakr bin Abdullah Al Muzani dalam kitab Tahdzib At Tahdzib).
Lalu bagaimana jika dalam benak kita tersirat prasangka buruk pada saudara kita? Berusaha keraslah untuk tetap berprasangka baik padanya.
Misalkan kita melihat ia jarang sekali shalat Dhuha, daripada menganggapnya pemalas, cobalah berpikir
“Oh, mungkin ia shalat Dhuha di tempat yang tidak terlihat oleh orang lain…”
Kalau terbersit di pikiran kita tentang saudara kita melakukan tindak korupsi di kantornya atau main dukun karena aneh bisa memiliki kendaraan mewah, cobalah katakan pada diri sendiri,
“Mungkin ia baru saja mendapat warisan, atau dia memiliki usaha lain di luar pekerjaannya di kantor, atau… sesuatu yang halal tapi saya tidak mengetahui sumber penghasilannya tersebut.”
Disebutkan dalam kitabAl-Hilyah karya Abu Nu’aim (II/285) bahwa Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jurmi berkata :
إِذّا بَلَغَكَ عَنْ أَخِيْكَ شَيْءٌ تَكْرَهُهُ فَالْتَمِسْ لَهُ الْعُذْرَ جهْدَكَ، فَإِنْ لَمْ تَجِدْ لَهُ عُذْرًا فَقُلْ فِيْ نَفْسِكَ: لَعَلَّ لأَخِيْ عُذْرًا لاَ أَعْلَمُهُ
“Jika sampai kepadamu kabar tentang saudaramu yang kau tidak sukai,
maka berusahalah mencari udzur bagi saudaramu itu semampumu,
Jika engkau tidak mampu mendapatkan udzur bagi saudaramu, maka katakanlah dalam dirimu, 'Mungkin saudaraku punya udzur yang tidak kuketahui'.”
zaman sekarang ini kita terbiasa disuapi oleh gosip-gosip murahan yang menggiring pikiran kita untuk senantiasa berprasangka buruk pada orang lain,
Maka mari berusaha mengalihkan prasangka buruk tersebut menjadi prasangka baik
Sekalipun prasangka baik tersebut jelas keliru, itulah usaha kita untuk menjaga diri dari kebinasaan di akhirat kelak
Setiap benda yang kita buat, niatkan kerana Allah, biar Allah saja yang menilai. Kerana manusia hanya nampak keburukan walau banyak mana kebaikan yang kita lakukan.
Ketahuilah, bahwa dalam tubuh terdapat mudghah (segumpal daging), jika ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati -
HR Bukhari-Muslim
Jaminan Syurga
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ
Daripada 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian."
(HR Ahmad No: 21695) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:
1. Jujur jika berbicara.
Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran membezakan antara munafik dan beriman.
2. Menepati janji.
Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.
3. Menunaikan amanah.
Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan
4. Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah dan halal).
5. Menundukkan pandangan.
Menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran
6. Menahan tangan.
Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, mahupun tetangganya baik dengan lisan, tulisan mahupun perbuatannya. Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya.
Ayuh kita berlaku jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan menahan tangan.
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Allah SWT berfirman:
وَأَلَّوِ ٱسۡتَقَـٰمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِیقَةِ لَأَسۡقَیۡنَـٰهُم مَّاۤءً غَدَقࣰا
Maksudnya: ''(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka (air yang segar/rezeki yang banyak)"
[Surah al-Jinn: 16]
Dalam ayat ini, Allah SWT menyebutkan keutamaan istiqamah diatas jalan Islam, maka akan dibukakan pintu rezeki berupa kemurahan rezeki dan hujan dari langit yang menghidupkan bumi dengan pelbagai hasil kehidupan.
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Maksudnya: ''Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya"
[Surah at-Talaq: 2-3]
Ini jelas menunjukkan sesiapa yang istiqamah dalam kebaikan, amal soleh, kebajikan dan tetap di jalan yang benar, maka mereka akan mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Untuk beroleh kemurahan rezeki dan dipermudahkan pintu rezeki dibuka oleh Allah maka pastikan kita sentiasa istiqamah di atas jalan Islam, meningkatkan ketaqwaan kepadaNya dan teguh bertawakkal kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
وَإِذَاۤ أَذَقۡنَا ٱلنَّاسَ رَحۡمَةࣰ فَرِحُوا۟ بِهَاۖ
Maksudnya: ''Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan)..."
[Surah ar-Rum: 36]
Diantara sifat Allah ialah sifat rahmat. Rahmat bererti kasih sayang. Allah SWT memiliki rahmat yang umum, meliputi segala sesuatu. Allah juga memiliki rahmat yang khusus, yang hanya diberikan kepada para hambaNya yang beriman dan bertaqwa.
وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
Maksudnya: ''Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman"
[Surah al-Ahzab; 43]
Di dalam ayat di atas Allah SWT menyatakan bahawa diantara penyebab kegembiraan dan kebahagiaan manusia ialah tatakala mereka beroleh rahmat daripada Allah.
Allah dengan kasih sayangnya menyediakan segala keperluan untuk kehidupan manusia. Selain dari keperluan asas, dengan rahmatNya juga disediakan apa-apa yang menggembirakan berupa nikmat-nikmat kehidupan.
Kita juga sering mendengar orang berkata bila hujan turun, bahawa hujan itu adalah rahmat. Pendek kata apa sahaja yang disediakan oleh Allah SWT untuk kebaikan dan kegembiraan manusia adalah rahmatNya.
Oleh itu kita perlu menyebarkan rahmat yakni kasih sayang ke seluruh alam. Allah SWT mewajibkan NabiNya dan seluruh umat manusia agar sentiasa menerapkan nilai rahmat dalam kehidupan walaupun terhadap musuh.
Tanda hati seseorang dipenuhi rahmat ialah:
1. Menginginkan kebaikan buat semua pihak tanpa alasan dan syarat.
2. Sentiasa mendoakan orang lain di luar pengetahuannya.
3. Bertimbang rasa dan menghargai setiap kebaikan yang diberikan untuknya.
4. Mudah meminta maaf dan memaafkan tanpa diminta.
5. Berlapang dada dan bertolak ansur dengan insan lain dalam urusan seharian.
Rahmat Allah menggembirakan sekelian manusia. Maka hiduplah dengan suasana penuh rahmat dan ketaqwaan agar kegembiraan sentiasa menaungi kehidupan kita didunia dan di akhirat.
إِنَّمَاۤ أَنتَ مُنذِرࣱۖ وَلِكُلِّ قَوۡمٍ هَادٍ
Maksudnya: ''Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar"
[Surah ar-Ra'd: 7]
Nabi SAW adalah utusan agung yang ditugaskan untuk memberikan petunjuk dakwah dan bimbingan menuju hidayah. Dengan jasa besar Nabi SAW menyampaikan dakwah maka hari ini kita memperolehi satu nikmat terbesar iaitu hidayah Islam dengan menjadi seorang yang beriman dan berada di landasan yang lurus/benar.
وَإِنَّكَ لَتَهۡدِیۤ إِلَىٰ صِرَ ٰطࣲ مُّسۡتَقِیمࣲ
Maksudnya: ''Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus"
[Surah asy-Shura: 52]
Sebab itu tatkala masuknya bulan Rabiulawwal para alim ulamak membenarkan melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran atas kelahiran Baginda SAW dengan diadakan sambutan Maulidur Rasul dengan diisi pelbagai pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah, mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun, memberk penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW, disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW, mensyukurinya dengan bersedekah kepada fakir miskin, diadakan jamuan serta pelbagai aktiviti yang menunjukkan kecintaan kepada baginda.
Berkata Almarhum as-Syahid Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buti rahimahullah:
"Menjelangnya bulan Rabiulawwal memuncaklah tiupan angin cinta kepada junjungan mulia Rasulullah SAW".
Berkata Imam Abu Syamah rahimahullah:
“Termasuk perkara baru atau bid’ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutusNya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam".
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulidur Rasul menjawab:
"Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah yang tidak diriwayatkan dari ulamak Salafussoleh. Akan tetapi Maulid tersebut mengandungi banyak kebaikannya.
Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid’ah yang baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid’ah hasanah".
Akhlak Seseorang Bergantung Akhlak Temannya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan (HR Abu Daud No: 4193) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
a. Keperibadian seseorang berkait rapat dengan kebiasaan teman atau sahabat baik yang ia sering bergaul (tingkah lakunya sering dipengaruhi oleh tingkah laku dan gaya hidup teman rapatnya) .
b. Setiap ibu bapa perlu meneliti akhlak dan peribadi teman rapat anaknya. Jika teman pergaulan anaknya berakhlak buruk, perlu segera dijauhi.
c. Larangan bergaul dengan individu dalam masyarakat mencakupi pelaku dosa besar, bersahabat dengan mereka akan mendatangkan kemudaratan pada agama.
d. Carilah teman rapat yang Soleh. Kata Imam Ahmad Ibn Hanbal:
وَإِخْوَانُهُ الأَدْنُونَ كُلُّ مُوَفِّقِ بَصِيرَةٍ بِأَمْرِ اللهِ يَسْمُو إِلَى الْعُلاَ
“Saudara yang dekat dengannya adalah setiap orang yang (menjadi sahabat kita, yang dengan sebab dia, kita) beroleh taufik, (dengan sebab kita berkawan dengan dia, kita dapat) memahami perintah Allah serta (dengan sebab dia, kita) suka kepada hal-hal yang meninggikan darjat (di sisi Allah)”
Ayuh pastikan dengan siapa kita bergaul.
Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ
Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar." (HR Tirmidzi No: 1844) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah SAW dan Adab seorang Muslim.
2. Menghormati orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ
"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua"
(HR. Ahmad No:1555)
3. Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ
"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua"
(HR Abu Daud No: 4203)
4. Dahulukan orang yang lebih tua dari kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:
كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ
"Dahulu aku berjalan bersama Talhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu"
(Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', no: 249)
5. Menjadi tanggung jawab Muslim untuk mengajak orang lain kepada kebaikan dan melarang kemungkaran berlaku.
Berusahalah kita bersifat RAHMAH dengan sentiasa beradab dan menyantuni orang yang lebih tua dari kita apatah lagi jika dia pemimpin kita. Hormatilah mereka. Bagi orang tua, sayangilah orang yang lebih muda dari kita.
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat DHUHA
Peliharalah amalan Tidur QAILULLAH setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
0 Ulasan