Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 5

 SABTU

17 April 2021

Bersamaan

05 Ramadhan 1442 Hijrah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana MANDI SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,SOLAT SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,TAHHAJUD,TASBIHHAJAT DAN WITIR SERTA,SOLAT SUNAT QOBLIAH,SOLAT SUNAT BAKDIAH ( solat sunat AWWABIN ) dan AMALAN SUNNAH QIAMMULAIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI * *  ... *PKP 2.0  Hari KE DUA RATUS

Salam ISTIQOMMAH BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE LIMA

*Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothielahNya Sehingga ke Akhir Hayat


TAZKIRAH QIAMMULAIL  SABTU PERTAMA RAMADHAN 1442 Hijrah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ

اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ

إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ


HIKKAM


Kejatuhan mengajar erti kebangkitan.

Kelemahan mengajar erti kekuatan,

Namun di saat kebangkitan dan kuatnya seseorang, dia hanya akan hargai orang yang tetap menyokongnya tanpa alasan.


" Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu Maha Pengampun , maka dia jadikan perkara itu alasan untuk dia terus melakukan dosa. "

[ Ibnu Qayyim ]


Hiduplah penuh IKHLAS dan banyakkan KASIH SAYANG kepada diri kita dan orang lain. Buang semua perasaan negatif DAN JANGAN  sekali-kali fikir negatif tentang sesiapa.


Kalau dengan memiliki motor dan mobil bertambah ketaatan kita kepada Allah, maka itu adalah rezeki. Tapi kalau dengan kendaraan itu menjauhkan diri dari Allah, dipakai untuk pergi ke tempat maksiat, maka itu adalah laknat dan azab. Hati hati  - 

Abdul Somad


Berharap dan Memohon Keampunan Dari Dosa


حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً


Telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika kamu mengharap dan berdoa kepadaKu, Aku pasti akan menghapuskan dosa mu yang telah lalu. Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku pasti akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." (HR Tirmizi NO: 3463) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1. Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya.


2. Sebagai hamba, kita sewajarnya sentiasa berharap dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa sama ada dosa yang kecil mahupun besar, dosa yang kita sedar atau tidak.


3. Allah akan mengampunkan dosa hambanya melainkan dosa syirik.


وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا


“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

(QS. An Nisa’: 110).


4. Berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah termasuk dosa besar. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq:


عن بن مسعود قال أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح الله


“Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata bahawa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.” 

(HR. Abdurrozaq, 10: 460, dikeluarkan pula oleh Ath Thobroni. Lihat Kitab Tauhid dengan tahqiq Syaikh Abdul Qodir Al Arnauth, hal. 128).


Berusahalah bersungguh-sungguh memohon ampun dari dosa yang lalu dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.


TADDAABUR AYAT AL QURAAN


BIDADARI SYURGA

"Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari  

Yang baik-baik.(akhlaknya) lagi cantik paras-parasnya..

(Ar-Rahman-Ayat 70) 


Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja

Yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak

Terkira.. 

(Surah Az-zumar 10)


Jauhkanlah Kami Dari Fitnah Golongan Orang Kafir


Allah SWT berfirman:


رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Maksudnya: ''Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

[Surah Al-Mumtahana : 

Ayat 5 ]


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui  - 

As Saff 10-11


Selidik Setiap Ucapan Elakkan Fitnah


عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ  أَنَّهُ سَمِعَ النَّبيَّ ﷺ يَقُولُ: إنَّ الْعَبْد لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمةِ مَا يَتَبيَّنُ فيهَا يَزِلُّ بهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بيْنَ المشْرِقِ والمغْرِبِ


Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda : “Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur dan barat.” (HR Bukhari No: 6477) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1. Setiap yang kita ucapkan mahupun yang kita tulis dan sebarkan pastikan yang benar bukan fitnah atau berbentuk umpatan.


2. Sesiapa yang bercakap mahupun menulis sesuatu yang tidak diselidiki akan kebenarannya boleh menyebabkan ia tergelincir ke dalam neraka.


3. Al-Qastalani berkata: Iaitu kalimah atau ucapan tanpa berfikir keburukan natijah hasil percakapan tersebut. (Lihat Irsyad al-Sari, 9/274)


4. Akhir zaman menyaksikan begitu banyak fitnah dan penipuan berleluasa. Ada pihak yang menuduh tanpa bukti yang kukuh dan ada pihak yang begitu dangkal mempercayai berita yang tiada pucuk pangkalnya. Nabi SAW memberikan amaran kepada sesiapa yang suka bercakap tentang perkara yang tidak diketahui kebenarannya.


Firman Allah SWT:


إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ


“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu.” 

Surah Al-Nur (11)


Ibn Kathir berkata: Firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta,” iaitu dengan dusta, fitnah dan umpat keji. 

(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/25)


Moga Allah memelihara kita dari begitu mudah memperkatakan sesuatu tanpa diselidiki sama ada ia berbentuk fitnah mahupun umpatan.


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat Tahajjud


Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan