KHAMIS
15 April 2021
Bersamaan
03 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana QIMMULAIL
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH di Mussola/Surau dan Masjid
Salam ISTIQOMMAH MEMATUHI ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN TERKINI. ..PKP 2.0 HARI KE SEMBILAN PULUH LAPAN
Salam ISTIQOMMAH Melaksanakan BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE TIGA
Salam ISTIQOMAH MENERUSKAN PEMBURUAN MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
TAZKIRAH QIAMMULAIL HARI KHAMIS PERTAMA RAMADHAN 1442 Hijrah
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بار ك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
HIKKAM
"Terkadang manusia tidak memiliki banyak perbuatan baik. Namun ia memiliki hati yang bersih. Tidak memiliki sifat dendam, iri, ingin dinilai baik oleh orang, dan selainnya dari sifat-sifat buruk. Sehingga ia mendapatkan rahsia-rahsia dari Allah yang tidak diperolehi oleh orang yang memiliki banyak amal baik."
(Habib Alwi Bin Abdullah bin Syihabuddiin)
Sahabat
Pertemuan kita dimaya ini adalah perancangan Allah yang mengetahui rahsia-Nya.
Terjalinnya persahabatan tanpa pertemuan hingga mengukir bicara lewat maya.
Kadang bicara bisu menghadirkan senyum dibibir, kadang ia sedikit mengusik hati, namun inilah jalinan Ukhuwah.
Dia menetapkan kita mengukir kenangan bersama walau tak pernah bersua.
Sahabat
Dimataku kau adalah senyumku, yang mengilhamkan ribuan puisi untuk meredakan dukaku..
Biarkan persahabatan ini bersemi seperti waktu yang tak pernah letih.
Biarkan cerita esok pagi takkan sama lagi dengan kisah semalam
KENDALIKAN SIFAT INI YANG AKAN MEMBUAT DIRI KITA RUGI
MARAH adalah sifat alamiah yang ada pada manusia namun di antara mereka ada yang bias mengendalikan nya ada juga yang tidak bisa maka itulah islam mengajarkan untuk bisa mengendalikan marah seperti dalam sebuah hadist di bawah ini
"Ada seorang lelaki meminta kepada Nabi saw. Katanya, *"Wasiatkan kepada saya, ya Rasul Allah!". Baginda Nabi saw. menjawab, "Jangan marah!" Orang itu mengulangi permintaannya, dan Nabi saw. mengulangi pesannya, "Jangan marah!"
(H.R. Bukhari)
Ada pun orang suka marah di sebut Ghadab yang artinya sifat seseorang yang mudah marah. Setiap melihat atau menghadapi persoalan kehidupan yang tidak disukai bahkan untuk hal yang sekecil apapun langsung marah. Setiap orang memang dikarunia oleh Allah SWT gejala emosional seperti senang, susah, geli, dan marah. Dengan demikian pada dasarnya setiap orang bisa marah, namun karena marah dapat menimbulkan berbagai akibat negatif, maka Allah SWT dan Rasul-Nya memerintahkan agar kita dapat menahan atau mengendalikan marah tersebut. Disamping kita diperintahkan untuk menahan marah, kita juga dilarang memancing kemarahan orang lain.
Tngkatan-Tingkatan Ghadab:
1. Tingkatan Rendah:
Sikapnya tidak kelihatan marah, sehingga orang lain sulit untuk menilai. Karena, gejolak marahnya ditutupi oleh sifat yang tenang
2. Tingkatan Sedang:
Sikap marahnya kelihatan, tetapi masih dapat dikendalikan oleh akal. ia marah apa bila menghadapi masalah yang besar
3. Tingkatan Tinggi:
Nah yang ini tingkatan yang berbahaya karena Sikap marahnya cepat kelihatan, karena marahnya selalu berlebihan.
Marah semacam ini sulit dikendalikan oleh akal, karena sikapnya sudah dikendalikan oleh nafsu Orang yang memiliki sifat marah tingkatan tinggi disebut pemarah.
Bahaya-Bahaya dari Sifat Ghadab
Cepat Stress Wajah akan nampak lekas lebih tua.
Nafsunya mudah dikendalikan oleh Syaitanirrajiim .
Dijauhi teman atau orang lainDapat menambah dosa dan mengurangi amal baik manusia Dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, karena dapat menjerumuskan kita ke dalam perbuatan-perbuatan dosa besar.
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Allah SWT berfirman:
إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلۡفُقَرَآءِ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡعَٰمِلِينَ عَلَيۡهَا وَٱلۡمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمۡ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَٱلۡغَٰرِمِينَ وَفِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۖ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٞ
Maksudnya: ''Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"
[Surah al-Taubah: 60]
Allah SWT telah menetapkan bahawa ada lapan golongan asnaf yang layak diberikan zakat kepada mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat diatas.
Oleh yang demikian, zakat hendaklah diberikan kepada golongan asnaf yang telah ditentukan oleh Allah SWT dalam ayat di atas. Jika zakat diberikan kepada golongan yang tidak berhak memilikinya, maka ia tidak sah.
Timbul sedikit persoalan dan perbincangan iaitu dalam suasana hari ini terdapat suami yang bekerja namun pendapatan kecil, terpaksa menanggung nafkah yang banyak, kos hidup yang tinggi sehingga menyebabkan pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi dan tergolong dalam kalangan asnaf. Pada masa yang sama isterinya bekerja, memiliki pendapatan dan tidak perlu menanggung nafkah. Maka wajarkah isteri memberi zakat kepada suaminya yang termasuk kategori asnaf itu?.
Menurut pandangan Jumhur Ulamak:
"Bahawa harus bagi isteri untuk membayar zakat kepada suaminya. Bahkan, para ulamak Syafi’iyyah menyatakan sunat untuk isteri melakukannya (yakni memberi zakat kepada suami) berbanding diberikan kepada orang lain yang tiada pertalian keluarga dan silaturrahim".*
Darul Ifta’ Misriyyah yang mengeluarkan fatwa berkaitan perkara ini menyatakan bahawa:
يجوز شرعًا للزوجة أن تدفع زكاة مالها إلى زوجها إن كان فقيرًا مستحقًّا للزكاة؛ سواء أكان سينفق عليها منها أم لا، وذلك بشرط تمليكها للزوج وإن لم تعلمه أنها زكاة مالها
Maksudnya:
''Harus hukumnya bagi isteri untuk membayar zakat harta kepada suaminya jika sekiranya suaminya tersebut seorang fakir yang berhak menerima zakat, tidak kira sama ada dia akan menggunakannya untuk memberi nafkah kepada isteri ataupun tidak. Hal itu dengan bersyaratkan bahawa ia diserahkan pemilikannya kepada suami, walaupun dia tidak memberitahu bahawa wang tersebut adalah zakat harta".
Dari segi hukum maka isteri boleh memberi zakat kepada suami jika suaminya memang asnaf dan layak. Namun diingatkan, dalam usaha membina keluarga dan rumahtangga yang tenteram, hendaklah ada sikap saling membantu dan berkongsi susah-senang antara pasangan. Walaupun isteri tidak wajib untuk memberi nafkah dan menyara keluarga, namun perlulah ada sikap toleransi dan bertimbang-rasa supaya sama-sama berusaha mengharmonikan rumahtangga dan bersama menyelesaikan kemelut kehidupan.
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ* قُمْ فَأَنْذِرْ
Maksudnya: "Wahai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan!''
[Surah al-Muddatthir ayat 1-2]
"Bangunlah…" membawa maksud bergeraklah
*Allah SWT mengingatkan para pendakwah agar bangunlah dan bangkitlah, sebab perubahan dan perbaikan masyarakat tidak akan wujud dan terjadi dengan hanya bersedap-sedap tidur dan berselimut di atas katil. Semua kita bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah dan melakukan kerja-kerja Islam.
Diriwayatkan bahawa Abu Darda r.a pernah berkata:
إني لآمركم بالخير، وما كل ما أمرتكم به فعلته؛ ولكني أرجو الأجر بأمركم
Maksudnya: "Sesungguhnya aku menyuruh kamu dengan perkara kebaikan. Namun itu tidaklah bermakna bahawa semua yang aku perintahkan kepada kamu telah aku lakukan, akan tetapi aku mengharapkan pahala dengan menyuruh kamu melakukannya" [Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah]
Kita tidak perlu menunggu menjadi sempurna untuk menyeru manusia kepada Allah, cukup sedar diri yang kita menyeru demi mengharap rahmatNya.
Jom teruskan tugas-tugas dakwah yang telah diamanahkan kepada ki ta semua agar semua manusia mengenali keindahan Islam.
Paling Baik Pada Ahli Keluarga
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ
Daripada Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku, apabila sahabat kalian meninggal dunia maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia jangan membicarakan keburukan- keburukannya)."
(HR Tirmidzi No: 3830)
Status: Hadis Sahih
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat Tahajjud
Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
KHAMIS
15 April 2021
Bersamaan
03 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana SOLAT SUNAT DHUHA dan AMALAN SUNNAH QAILULLAH
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU / SOLAT SUNAT TARAWIH BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI Hari..PKP 2.0 Hari KE SEMBILAN PULUH LAPAN
Salam ISTIQOMMAH Menyempurnakan PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE TIGA
Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothiellahNya sehingga ke Akhir Hayat
TAZKIRAH DHUHA KHAMIS PERTAMA RAMADHAN 1442 HIJRAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
HIKKAM
"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.
Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan - Ali Bin Abi Thalib
Ilmu itu bukan yang di hafal akan tetapi yang memberi manfaat -
Imam Syafi'i
Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup Diredhai
عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi "
(Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.
2. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.
3. Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.
عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ
Dari Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka”
(HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih
4. Al-Sunnah adalah penjelas bagi Al-Qur-an yang diturunkan kepada Rasulullah. Al-Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah sama ada percakapan, perbuatan mahupun perakuan.
5. Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami asas ibadah yang diterangkan dalam al-quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.
Marilah kita memastikan dua pusaka ini kita pelajari, fahami dan mengamalkannya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Setiap detik yang berlalu memberi isyarat bahawa jangka hayat kita di dunia yang fana ini semakin singkat dan ajal semakin dekat.
Itulah kenyataan yang terpaksa kita terima dan hadapi walaupun nikmat kehidupan dunia membuat kita ingin hidup lebih lama lagi.
Seruan Ilahi untuk kembali kepadanya tidak akan dapat di hindari oleh sesiapapun kerana sudah menjadi suratan setiap yang hidup pastinya akan mati apabila tiba waktunya.
Firman ALLAH di dalam Surah Al-Anbiya : Ayat : 35
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cobaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Keyakinan Dalam Berdoa
1. Ketika memohon agar dikurniakan anak, Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria menutup doa mereka dengan ayat yang menunjukkan keyakinan mereka bahawa Allah Maha Mendengar doa mereka.
2. Keyakinan mereka terhadap doa dan hubungan dengan Allah ini akhirnya membuahkan hasil. Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria dikurniakan anak walaupun dalam usia mereka yang sudah terlalu tua bahkan mereka sendiri mempersoalkan dalam dialog mereka. Kata Nabi Zakaria:
قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَقَدْ بَلَغَنِيَ الْكِبَرُ وَامْرَأَتِي عَاقِرٌ
"Dia berkata: Wahai Tuhanku bagaimana mungkin aku dikurniakan anak sedangkan aku sudah tua dan isteriku tidak boleh mengandung."
(Surah Ali Imran: 40)
4. Begitulah doa oleh kedua orang Nabi ini mendidik kita bagaimana Allah berupaya memberikan rezeki pada seseorang sekalipun dalam keadaan yang tidak kita sangkakan. Pusatkan keyakinan kepada Allah dalam doa kita.
Peringatan dari Al Quran
Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) 2 : 22
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah -buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu, janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam..karena Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
(Qs.Hud : 15-16)
Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... Karena Allah sedang menCerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
(Qs.Al Isra:72)
Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita.... karena Allah sedang mengajarkan bahwa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan.. namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.
(Qs. Luqman : 22)
Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-gigi kita....karena Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam Tanah selamanya.
(Qs.Ali Imran : 145)
Semakin bertambah usia semakin ditarik Nikmat kekuatan Tulang dan Sendi kita....karena Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi Nyawanya akan di ambil...
(Qs.An Nisa : 78)
Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita....karena Allah sedang ingatkan kain kafan yang putih.
(Qs.Ali Imran : 185)
Begitu juga Hati kita...semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian...karena Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan bersendirian dialam barzakh.
(Qs.Al-An'am : 32)
Wajib Mencegah Mungkar
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللَّهُ فِي أُمَّةٍ قَبْلِي إِلَّا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّونَ وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا لَا يُؤْمَرُونَ فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنْ الْإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ
Dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang nabi yang diutus oleh Allah pada suatu umat sebelumnya melainkan dia memiliki penolong dan sahabat dari kalangan umatnya. Mereka beramal dengan sunnahnya dan mengikuti perintah-perintahnya. Kemudian datanglah selepas itu mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka lakukan, dan mereka melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan. Barangsiapa yang menentang mereka dengan tangan maka dia seorang mukmin, barangsiapa yang menentang mereka dengan lisan maka dia seorang mukmin, barangsiapa yang menentang mereka dengan hati maka dia seorang mukmin, dan tidak ada iman selepas itu walau sebesar biji sawi." (HR Muslim No: 71) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah memiliki pengikut dan penolong yang sentiasa mengikut perintah dan larangan.
2. Namu akan ada golongan umat yang mengingkari perintah dan melanggar larangan Nabi termasuk umat Nabi Muhammad SAW.
3. Barangsiapa berusaha mencegah golongan tersebut dari melakukan maksiat dengan kuasa yang ada atau lisan atau sekurang-kurangnya membenci dengan hati, maka ia tergolong dari kalangan orang yang beriman.
4. Hanya mereka yang kehilangan cahaya keimanan sahaja akan merasa tenang terhadap maksiat yang dilakukan oleh mereka atau orang lain di sekitar mereka.
5. Tidak ada iman walau sebesar biji sawi jika tidak ada di dalam hati rasa kebencian terhadap maksiat yang ada di sekeliling mereka. Mengingkari kemungkaran dengan hati adalah fardhu ain ke atas setiap Muslim.
6. Mengingkari kemungkaran adalah kewajipan seorang mukmin dengan berusaha mengubahnya mengikut kesungguhan kekuatan dalam kemampuannya.
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat DHUHA
Peliharalah amalan SUNAT QAILULLAH setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
0 Ulasan