SELASA
11 Mei 2021
Bersamaan
29 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana SOLAT SUNAT DHUHA dan AMALAN SUNNAH QAILULLAH
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
*Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU / TARAWIH BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI ..PKP 2
.0 Hari KE SERATUS TIGA PULUH*
Salam ISTIQOMMAH Menyempurnakan PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE DUA PULUH SEMBILAN
Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothiellahNya sehingga ke Akhir Hayat
Salam Istiqommah MEMBURU LAILATUL QADAR di Penghujung RAMADHAN 1442 Hijrah
TAZKIRAH DHUHA SELASA TERAKHIR RAMADHAN 1442 Hijrah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
HIKKAM
Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani dalam Fath Rabbani:
Hati itu berkarat kecuali apabila pemiliknya rajin merawatnya seperti yang disebutkan oleh Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya hati itu dapat berkarat dan yang dapat menggosok (karat itu) adalah dengan membaca Al-Qur’an dan mengingat kematian serta menghadiri Majlis2 Zikir”.
*Hati itu hitam kerana cintanya yg begitu besar pada dunia dan rakus terhadap nya, tanpa sifat wara’ sedikitpun. Sebab, barangsiapa yang hatinya telah dikuasai oleh kecintaan pada dunia, maka wara’-nya akan hilang. Ia akan terus kumpulkan dunia itu, baik dari sumber yang halal maupun yang haram. Ia tidak mampu lagi membedakannya, tak lagi punya rasa malu. Dan muraqabah-nya kepada Allah Azza wa Jalla akan hilang.
Wahai kaum Muslimin, terimalah apa yang disampaikan oleh Nabi kalian itu, dan bersihkan kembali karat hati kalian dengan cara yang telah diberikan oleh beliau. Seandainya seorang dari kalian mengidap suatu penyakit, lalu seorang doktor memberinya nasihat sebagai ubatnya, tentu ia tidak akan merasa nyaman hidupnya sebelum memakan ubat itu bukan?”
Sayang_sahabat_kerana_Allah
Kalau dengan memiliki motor dan mobil bertambah ketaatan kita kepada Allah, maka itu adalah rezeki. Tapi kalau dengan kendaraan itu menjauhkan diri dari Allah, dipakai untuk pergi ke tempat maksiat, maka itu adalah laknat dan azab. Hati hati -
Abdul Somad
Kita sudah berada di penghujung Fasa akhir Ramadan. Bagaimana momentum ibadah kita?
Mari hayati hadis Nabi SAW ini;
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
Maksudnya :” Nabi saw apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”
Riwayat al-Bukhari (2024)
Jangan pernah sia-siakan Ramadan yang berbaki. Barangkali ini peluang terakhir kita untuk menikmati nikmat ibadah di bulan penuh keberkatan ini.
TADDAABUR AYAT AL QURAAN
Puasa Dan Kesihatan
Puasa atau “sawm” bermaksud menahan diri. Dari segi syarak bermaksud berniat untuk berpuasa; dan menahan diri dari makan minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar saddiq hingga terbenamnya matahari.
Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu dari rukun Islam untuk seorang Islam yang waras, baligh dan bebas dari uzur syari'e.
Dalil wajib puasa: Al Baqarah 183.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٨٣
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
Dari segi kesihatan, berpuasa memberikan berbagai manfaat, antaranya:
1. Merehatkan usus setelah bekerja terus menerus selama 11 bulan.
2. Membantu membakar lemak dalam badan. Apabila berpuasa, badan akan kekurangan sumber tenaga dari glycogen yang telah digunakan dahulu. Oleh itu badan perlu membakar lemak sebagai sumber tenaga. Hal ini boleh menyebabkan berat badan turun.
3. Berpuasa boleh mengurangkan keradangan kronik di dalam badan.
4. Berpuasa berupaya menurunkan kolesterol LDL dan triglyceride dan menaikkan kolesterol HDL.
5. Berpuasa juga boleh menurunkan kadar insulin resistance.
6. Ada kajian yang menunjukkan bahawa berpuasa menyebabkan sistem immune lebih mantap dan berupaya melawan sel-sel kanser.
Disamping dapat melaksanakan tanggungjawab beribadat dengan berpuasa, kita dapat juga manfaat dari aspek kesihatan.
Golongan Yang Rugi Di Bulan Ramadan
Orang yang rugi di bulan Ramadan apabila dosanya tidak diampunkan Allah.
Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA;
… وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ…
… Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni….
(Sunan Tirmizi No: 3545) Status: Hadis Sahih
Apa khabar Ramadan kita sehinga hari ini?
Adakah Ibadat puasa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan ini menjadi pengampun dosa-dosa kita yang lalu? Ingatlah pesanan Baginda Rasulullah SAW
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
(HR Bukhari No: 37).
Adakah Qiam kita di malam hari yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan ini menjadi penghapus dosa-dosa kita yang lalu? Ingat juga pesanan Baginda Rasululah SAW;
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
(HR Bukhari No: 36).
Adakah Sedekah kita di sepanjang bulan Ramadan ini menjadi pencuci dan pelebur dosa? Ingat juga pesan Baginda Rasulullah SAW;
….وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ
“…dan sedekah dapat meleburkan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api”
(HR Ahmad no 5231)
Adakah semua amal ibadat ini telah kita lakukan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah dan dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh? Ingatlah pesan
Baginda Rasulullah SAW;
كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
"Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan pahala puasanya selain lapar, dan berapa banyak orang yang solat malam tidak mendapatkan pahala solat malamnya selain berjaga (menyengkang mata)."
(HR Ahmad No: 9308
Gerunilah pesanan Rasulullah SAW ini:
مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ
Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah S.W.T.
(Ibn Hibban, no. Hadith 907)
Masih ada Ramadan berbaki untuk kita perbaiki diri agar tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi di Ramadan kali ini…
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Surah At-Takwir, Verse 29:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui -
As Saff 10-11
Pengembara Yang Merebut Peluang
عَنْ ابْن عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - بِمَنْكِبِي وَقَالَ: "كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّك غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ". وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: إذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِك لِمَرَضِك وَمِنْ حَيَاتِك لِمَوْتِك.
Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW memegang kedua bahuku seraya bersabda: "Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara", Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di pagi hari, jangan tunggu sampai petang hari. Jika engkau berada di petang hari, jangan tunggu sampai pagi. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum datang sakitmu. Manfaatkanlah waktu hidupmu sebelum datang matimu.” (HR. Bukhari No: 6416) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Bersegeralah kita mengerjakan pekerjaan yang baik dan memperbanyak ketaatan, tidak lalai dan menunda-nunda untuk beramal kerana kita tidak tahu bila datangnya ajal.
2. Gunakanlah segala kesempatan dan peluang melakukan amal soleh sebelum ia hilang berlalu dan kita terlepas peluang.
3. Jadilah seperti pengembara yang sentiasa menyediakan bekalan untuk kecukupan pengembaraannya.
4. Hati-hati dan khawatir terhadap azab Allah adalah sikap seorang musafir yang bersungguh-sungguh dan berhati–hati agar tidak tersesat.
5. Berhati-hati dari kawan yang buruk akhlaknya sehingga tidak menjadi penghalang kita menjadi soleh.
6. Pekerjaan didunia dituntut untuk menjaga jiwa dan mendatangkan manfaat, seorang muslim hendaklah menggunakan semua itu untuk tujuan akhirat.
7. Bersungguh-sungguh menjaga waktu dan mempersiapkan diri untuk kematian dan bersegera bertaubat serta beramal soleh.
8. Rasulullah SAW memegang kedua bahu Abdullah bin Umar, bertujuan agar dia fokus tentang apa yang akan disampaikan. Menunjukkan bahawa seorang pelajar sewajarnya memberi perhatian kepada apa yang akan diajar oleh gurunya agar ia dapat difahami dan diamalkan.
Qadha Shalat
Sahih al-Bukhori:562
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلاَّ ذَلِكَ.
Dari Anas ibn Malik, dari Nabi saw beliau bersabda:
Barangsiapa yang lupa menunaikan suatu shalat, maka hendaklah dia melaksanakannya ketika dia ingat, karena tidak ada tebusannya kecuali itu.
Pesan :
Shalat adalah salah satu ibadah yang diperintahkan oleh Allah kepada seorang muslim. Allah memberikan perintah shalat kepada Rasulullah saat perisitiwa Isra Miraj. Shalat adalah suatu kewajiban, dan layaknya sebuah hutang kepada manusia, shalat yang ditinggalkan bagaikan hutang seorang hamba kepada Allah, yang harus dilunasi dengan mengqadha shalat tersebut. Qadha shalat bisa dilakukan kapan saja, jika anda lupa atau tertidur di waktu ashar dan baru ingat bahwa belum menunaikan shalat ashar di waktu Isya, maka hendaknya anda mengerjakan shalat tersebut saat anda mengingatnya, iaitu di waktu Isya.
Ganjaran Ziarah Orang Sakit
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِى اللَّهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً
Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menjenguk orang sakit, atau mengunjungi saudaranya seislam (kerana Allah), maka akan ada yang memanggilnya, bahawa engkau telah berbuat baik dan perjalananmu juga baik serta engkau telah menyiapkan suatu tempat tinggal di dalam Syurga.” (HR Tirmidzi no.2008) Status: Hadis Sahih di dalam Shahih At-Targhib wa At-Tarhib II/349 no.2578
Pengajaran:
1. Antara tanggungjawab Muslim sesama Muslim ialah menziarahi saudaranya yang sakit kerana Allah.
2. Orang yang menziarahi saudaranya sama ada yang sakit atau yang sihat, akan disediakan baginya tempat tinggal disyurga.
3. Menziarahi saudara Muslim kita akan memberikan kegembiraan kepadanya. Ia adalah antara amal yang baik. Sabda Rasulullah SAW:
أفضل الأعمال أن تدخل على أخيك المؤمن سرورا
“Sebaik-baik amal adalah engkau membuatkan kegembiraan kepada saudaramu yang beriman”
(HR.Ibnu Abi Dunya dalam Shahih Jami’ush Shaghir no. 1096) Status: Hadis Hasan
Ayuh ziarahi sahabat kita khususnya yang sakit.
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat DHUHA
Peliharalah amalan SUNAH QAILILLAH setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
0 Ulasan