Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 28

ISNIN 

10 Mei 2021

Bersamaan

28 Ramadhan 1442 Hijrah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana QIMMULAIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH di Mussola/Surau dan Masjid

Salam ISTIQOMMAH MEMATUHI ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN TERKINI. ..PKP 2.0 HARI KE SERATUS  RATUS DUA PULUH LAPAN

Salam ISTIQOMMAH Melaksanakan BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE DUA PULUH LAPAN

Salam ISTIQOMAH  MENERUSKAN PEMBURUAN MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat

Salam Istiqommah MEMBURU LAILATUL QADAR


TAZKIRAH QIAMMULAIL HARI ISNIN TERAKHIR RAMADHAN 1442 Hijrah


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بار ك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم


HIKKAM


Bagaimana mahu kekal istiqamah?


Apa kata kita cuba cara ini:


1. Mulakan dengan sesuatu yang sangat mudah dan sedikit dahulu.


2. Lakukan peningkatan setiap hari. Selepas itu, sedikit demi sedikit lakukan penambahan kepada yang besar dan semakin besar.


3. Pastikan peningkatan yang dilakukan itu semuanya mudah untuk dilaksanakan. Jangan biarkan peningkatan itu menjadi sulit demi mengelakkan semangat yang ada menjadi pudar.


4. Paling utama, sentiasa memohon kepada ALLAH SWT agar ditetapkan hati untuk istiqamah melakukannya.


Nampak mudah, bukan? Ayuh kita cuba laksanakannya sama-sama.


Apatah lagi, dalam bulan Ramadan yang mempunyai pelbagai keistimewaan ini untuk kita meningkatkan amal ibadah.


Jika sahabatmu berlaku buruk terhadapmu, catat keburukannya di atas pasir agar angin dapat menghapusnya


Jika sahabatmu ia berlaku baik terhadapmu, ukir kebaikannya di atas batu agar angin tidak dapat menghapusnya


Kenanglah setiap kebaikan yang kau terima dan lupakanlah setiap keburukan yang kau terima, niscaya  persaudaraanmu tidak akan terputus

Imam Al-Syafie


Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan  Ali Bin Abi Thalib


Ilmu itu bukan yang di hafal akan tetapi yang memberi manfaat  - 

Imam Syafi'i


Ilmu ada tiga tahapan. Tahapan pertama, ia akan sombong. Tahapan kedua ia akan tawadhu. Tahapan ketiga ia akan merasa dirinya tidak ada apa-apanya  Umar Bin Khattab


Orang paling dzalim terhadap dirinya adalah yang mau merendahkan diri kepada selain Allah dan mengharap cinta kepada selain Allah yang tidak bisa memberinya manfaat  - Imam Syafi'i


Kalau dengan memiliki motor dan mobil bertambah ketaatan kita kepada Allah, maka itu adalah rezeki. Tapi kalau dengan kendaraan itu menjauhkan diri dari Allah, dipakai untuk pergi ke tempat maksiat, maka itu adalah laknat dan azab. Hati hati  - 

Abdul Somad


Hasad


Hasad adalah kalimah Arab yang diterjemahkan sebagai dengki. Makhluk pertama berbuat dengki di langit ialah iblis laknatullah. Orang pertama sekali yang melakukan dengki di dunia ialah Qabil ketika dia dengki terhadap saudara kandungnya, Habil sehingga berlakunya pembunuhan.


Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jauhilah hasad (dengki) kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud)


Salah satu sebab manusia berasa dengki disebabkan harta. Seorang manusia akan mudah dengki apabila melihat orang lain lebih berharta. Biasa kita dengar orang yang berjaya dalam perniagaannya akan jatuh kerana ‘buatan orang’.


Restoran yang dahulunya maju dan ramai pelanggan akhirnya jatuh kerana pelanggan dikatakan ‘tak nampak kedai’ akibat disihir.


Di samping itu, hasad juga berlaku kerana kecantikan paras rupa seseorang. Orang berwajah cantik sering menjadi tumpuan sama ada sama jantina mahupun berlawanan jantina. Biasa kita dengar berita orang mendapat akibat buruk kerana menolak cinta.


Ada yang disihir sehingga sakit. Tidak kurang juga ada menjadi mangsa pembunuhan. Usah jadikan dengki sebagai budaya kita kerana ia hanya membuatkan hidup kita tidak bahagia.


Sifat cemburu adalah sebahagian naluri manusia di mana ia akan mendorong orang lain turut berusaha untuk berjaya. Kawal perasaan cemburu supaya ia tidak bertukar menjadi hasad.


Manifestasi dengki biasanya datang dalam pelbagai bentuk yang negatif. Ada pendengki yang melakukan fitnah, melakukan sihir dan sehingga ke tahap membunuh.


Manusia yang berjaya kebiasaannya melakukan pengorbanan ketika dalam proses menuju kejayaan. Biasa kita dengar pengorbanan yang mereka lakukan bukan sedikit.


Tanya pada diri sekuat mana kita sudah berusaha untuk menjadi seperti mereka yang berjaya itu atau kita lebih banyak menghabiskan masa melakukan kerja tidak berfaedah?


 Sememangnya ubat mujarab dalam mengubati penyakit hasad adalah bersyukur. Walaupun kita tidak kaya tetapi Allah

SWT kurniakan kita rezeki yang sentiasa mencukupi dan tidak pernah pula meminta-minta.


Walaupun kurang dari segi rupa, Allah tetap berikan kita rumah tangga yang bahagia. Walaupun tidak berpelajaran tinggi, Allah kurniakan kita anak yang bijak dan pandai.


Kita tidak memiliki harta yang banyak tetapi Allah SWT mengurniakan kita banyak masa bersama keluarga. Jiwa menjadi tidak bahagia apabila hasad bersarang dalam diri.


Sepanjang masa kita berharap supaya orang yang kita dengki itu perniagaan yang dijalankan segera jatuh, kecantikannya kian pudar atau kita berharap dia dibuang kerja.


Kita sibuk menghabiskan masa meneliti nikmat Allah yang masih kurang tetapi lupa Allah mengurniakan kita banyak lagi rezeki lain.


Maka berhenti bersikap dengki kerana nasib diri kita tidak berubah lantaran bersikap sedemikian dan sentiasa ingin menjatuhkan orang lain.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” 

(Surah al-Mulk, ayat 2)


TADDAABUR AYAT AL QURAAN


Allah SWT berfirman:


إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلۡفُقَرَآءِ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡعَٰمِلِينَ عَلَيۡهَا وَٱلۡمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمۡ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَٱلۡغَٰرِمِينَ وَفِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۖ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٞ


Maksudnya: ''Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" 

[Surah al-Taubah: 60]


Allah SWT telah menetapkan bahawa ada lapan golongan asnaf yang layak diberikan zakat kepada mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat diatas.


Oleh yang demikian, zakat hendaklah diberikan kepada golongan asnaf yang telah ditentukan oleh Allah SWT dalam ayat di atas. Jika zakat diberikan kepada golongan yang tidak berhak memilikinya, maka ia tidak sah.


Timbul sedikit persoalan dan perbincangan iaitu dalam suasana hari ini terdapat suami yang bekerja namun pendapatan kecil, terpaksa menanggung nafkah yang banyak, kos hidup yang tinggi sehingga menyebabkan pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi dan tergolong dalam kalangan asnaf.  Pada masa yang sama isterinya bekerja, memiliki pendapatan dan tidak perlu menanggung nafkah. Maka wajarkah isteri memberi zakat kepada suaminya yang termasuk kategori asnaf itu?.


Menurut pandangan Jumhur Ulamak: "Bahawa harus bagi isteri untuk membayar zakat kepada suaminya. Bahkan, para ulamak Syafi’iyyah menyatakan sunat untuk isteri melakukannya (yakni memberi zakat kepada suami) berbanding diberikan kepada orang lain yang tiada pertalian keluarga dan silaturrahim".


Darul Ifta’ Misriyyah yang mengeluarkan fatwa berkaitan perkara ini menyatakan bahawa:


يجوز شرعًا للزوجة أن تدفع زكاة مالها إلى زوجها إن كان فقيرًا مستحقًّا للزكاة؛ سواء أكان سينفق عليها منها أم لا، وذلك بشرط تمليكها للزوج وإن لم تعلمه أنها زكاة مالها


Maksudnya: ''Harus hukumnya bagi isteri untuk membayar zakat harta kepada suaminya jika sekiranya suaminya tersebut seorang fakir yang berhak menerima zakat, tidak kira sama ada dia akan menggunakannya untuk memberi nafkah kepada isteri ataupun tidak. Hal itu dengan bersyaratkan bahawa ia diserahkan pemilikannya kepada suami, walaupun dia tidak memberitahu bahawa wang tersebut adalah zakat harta".


Dari segi hukum maka isteri boleh memberi zakat kepada suami jika suaminya memang asnaf dan layak. Namun diingatkan, dalam usaha membina keluarga dan rumahtangga yang tenteram, hendaklah ada sikap saling membantu dan berkongsi susah-senang antara pasangan. Walaupun isteri tidak wajib untuk memberi nafkah dan menyara keluarga, namun perlulah ada sikap toleransi dan bertimbang-rasa supaya sama-sama berusaha mengharmonikan rumahtangga dan bersama menyelesaikan kemelut kehidupan.


Allah SWT berfirman:


جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ


Maksudnya: "(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera"

Surah Fatir ayat 33


 Ayat ini menceritakan tentang balasan syurga dan kesenangan syurga berupa emas, permata, sutera dan lain-lain yang akan dikurniakan kepada insan-insan yang mendahului orang lain di dalam melakukan kebaikan. 


 Nabi SAW memperingatkan umatnya yang ingin perolehi hiasan-hiasan emas di syurga agar tidak menggunakannya di dunia dengan sabdanya:


"Janganlah kamu makan dengan pinggan daripada emas dan perak dan janganlah minum daripadanya. Sesungguhnya perkara-perkara ini untuk mereka (orang kafir) di dunia dan untuk kamu (muslim) di akhirat" 

[Hadis Riwayat al-Bukhari]


 Kata Imam an-Nawawi: "Para ulamak berkata hukum haram ini meliputi semua jenis penggunaan seperti makan, minum, wudhuk, mandi, kencing di dalam bekas air yang diperbuat daripada kedua-keduanya atau makan dengan sudu yang diperbuat daripada perak"


 Hukum ini bukan hanya untuk lelaki tetapi juga perempuan. Perkara yang dihalalkan bagi perempuan hanyalah memakai perhiasan emas perak seperti cincin, gelang dan rantai.


Bagi sesiapa yang sentiasa mendahului dalam melakukan kebaikan dan berusaha menjauhi larangan Allah SWT, insyaallah bakal dinobatkan sebagai penghuni syurga Adn serta mendapat perhiasan-perhiasan mewah disana. 


untuk lelaki tetapi juga perempuan. Perkara yang dihalalkan bagi perempuan hanyalah memakai perhiasan emas perak seperti cincin, gelang dan rantai.


Bagi sesiapa yang sentiasa mendahului dalam melakukan kebaikan dan berusaha menjauhi larangan Allah SWT, insyaallah bakal dinobatkan sebagai penghuni syurga Adn serta mendapat perhiasan-perhiasan mewah disana.


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui  - 

As Saff 10-11


Dosa Meresahkan Hati


عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ النَّاسُ عَلَيْهِ


Daripada Nawwas bin Sam'an Al Anshari, bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan dan dosa. Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya kebaikan itu adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa itu adalah apa yang menggelisahkan hatimu dan kamu benci jika manusia mengetahuinya." (HR Ahmad No: 16975) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap amal baik yang dilakukan seorang Muslim merupakan akhlak yang terpuji dan mendapat ganjaran pahala


2.  Amal buruk merupakan akhlak keji dan perbuatan tersebut mendapat dosa


3.  Perbuatan dosa yang dilakukan oleh seorang Muslim akan menjadikan hatinya tidak tenang dan tenteram


4.  Pelaku perbuatan dosa akan malu dan tidak suka kalau perbuatan tersebut diketahui orang lain


Berusaha melakukan amal kebaikan dan menjauhi bersungguh-sungguh perbuatan dosa


Berharap dan Memohon Keampunan Dari Dosa


حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً


Telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika kamu mengharap dan berdoa kepadaKu, Aku pasti akan menghapuskan dosa mu yang telah lalu. Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku pasti akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." (HR Tirmizi NO: 3463) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1. Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya.


2. Sebagai hamba, kita sewajarnya sentiasa berharap dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa sama ada dosa yang kecil mahupun besar, dosa yang kita sedar atau tidak.


3. Allah akan mengampunkan dosa hambanya melainkan dosa syirik.


وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا


“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

(QS. An Nisa’: 110).


4. Berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah termasuk dosa besar. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq:


عن بن مسعود قال أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح الله


“Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata bahawa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.” 

(HR. Abdurrozaq, 10: 460, dikeluarkan pula oleh Ath Thobroni. Lihat Kitab Tauhid dengan tahqiq Syaikh Abdul Qodir Al Arnauth, hal. 128).


Berusahalah bersungguh-sungguh memohon ampun dari dosa yang lalu dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat Tahajjud


Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan