Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 26

 SABTU

08 Mei 2021

Bersamaan

26 Ramadhan 1442 Hijrah

  

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana MANDI SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,SOLAT SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT TAHAJJUD,SOLAT SUNAT TASBIH,SOLAT SUNAT QOBLIAH,SOLAT SUNAT BAKDIAH ( solat sunat AWWABIN ) dan AMALAN SUNNAH QIAMMULALIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI *Hari KE TIGA RATUS TIGA PULUH LAPAN  ... PKP 2.0  Hari KE SERATUS DUAPULUH EMPAT

Salam ISTOQOMMAH BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE DUA PULUH ENAM

*Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothielahNya Sehingga ke Akhir Hayat

Salam ISTIQOMMAH MEMBURU LAILATUL QADAR


TAZKIRAH QIAMMULALIL SABTU TERAKHIR RAMADHAN 1442 Hijrah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ

اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ

إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ


HIKKAM


Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan  - Ali Bin Abi Thalib


Janganlah banyak tertawa, Sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati*

HR Tirmidzi


Kalau rasa bertuhan tidak wujud di dalam hati ketika berada dimana-mana, apatah lagi yang dapat membendung manusia daripada sifat-sifat mazmumah, seperti sifat-sifat sombong,pemarah, hasad, dendam dan lain- lain lagi.

Mazmumah itulah puncak penyakit masyarakat.


Cuba saudara dan saudari,tuan puan gambarkan orang yang hidupnya begini, di pejabat atau di tempat kerja dileter oleh bos, di rumah dileteri oleh isteri, di dalam perjalanan bertikam, dengan pemandu kenderaan yang tidak bertimbang rasa, bila ada masalah tidak ada tempat hendak mengadu, kalau mengadu, jadi bahan cerca dan perli, iman lemah pula di dada atau tiada kesabaran, redha jauh sekali.


Kita rasa orang ini sudah berada di ambang pintu neraka.


Apabila hilang malu, benteng diri manusia telah roboh, segala gejala buruk mudah sahaja menyerangnya


Di waktu itu setiap perkara yang malu dilihat pada tubuh manusia akan didedah secara dihias, dan akibatnya kerangsangan manusia lain, maka penyakit hilang malu ini akan menular merata masyarakat, maka punahlah akhlak, terkuburlah satu bangsa.


Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin.. 


Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat


Mudah sebenarnya untuk melakukan Solat Sunat Taubat. Bagi diri kita yang banyak dosa, kena memohon ampun daripadaNya, bertaubat bagi membersihkan diri daripada dosa.


Solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha AllaH tanda taubat Allah dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.*


Cara Solat Sunat Taubat


1. Bersihkan diri. Ambil wudhu.


2.  Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).

Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul- betul tenang.*


3. Selepas itu baru niat.

(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)


4. Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.


5. Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je.


6. Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.


Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali.. Ikut suka.


Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.


7. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.


8. Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..

Astaghfirullahal’adziim atau:


Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.


9. Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. *Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan dosa tu.


Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan Allah semasa solat sunat taubat ni.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.Kejap lagi kita mati..Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah?


Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa. Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;


Duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.


Imam al-Ghazali ada cakap, tanda hati kita sudah mula hitam;


1. Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.

2. Hilang kemanisan beribadah

3. Hati tak makan nasihat.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perbanyakkanlah melakukan solat sunat taubat, bagi membersihkan diri yang banyak dosa.Caranya mudah, dan paling penting bersungguh-sungguh meminta keampunan agar taubat kita diterima hendaknya.


Golongan Yang Rugi Di Bulan Ramadan


Orang yang rugi di bulan Ramadan apabila dosanya tidak diampunkan Allah.


Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA;


 … وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ… 


… Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni…. 

(Sunan Tirmizi No: 3545) Status: Hadis Sahih


Apa khabar Ramadan kita sehinga hari ini?


Adakah Ibadat puasa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan ini menjadi pengampun dosa-dosa kita yang lalu? 

Ingatlah pesanan Baginda Rasulullah SAW


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" 

(HR Bukhari No: 37).


Adakah Qiam kita di malam hari yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan ini menjadi penghapus dosa-dosa kita yang lalu? Ingat juga pesanan Baginda Rasululah SAW;


مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


"Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain)  kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" 

(HR Bukhari No: 36).


Adakah Sedekah kita di sepanjang bulan Ramadan ini menjadi pencuci dan pelebur dosa? 

Ingat juga pesan Baginda Rasulullah SAW;


….وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ


“…dan sedekah dapat meleburkan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api”       

(HR Ahmad  no 5231)


Adakah semua amal ibadat ini telah kita lakukan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah dan dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh? Ingatlah pesan Baginda Rasulullah SAW;


كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ


"Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan pahala puasanya selain lapar, dan berapa banyak orang yang solat malam tidak mendapatkan pahala solat malamnya selain berjaga (menyengkang mata)." 

(HR Ahmad No: 9308)


Gerunilah pesanan Rasulullah SAW ini:


مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ


Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah S.W.T.  

(Ibn Hibban, no. Hadith 907)


Masih ada Ramadan berbaki untuk kita perbaiki diri agar tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi di Ramadan kali ini


TADDABUR AYAT AL QURAAN


Allah SWT berfirman:


وَأَلَّوِ ٱسۡتَقَـٰمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِیقَةِ لَأَسۡقَیۡنَـٰهُم مَّاۤءً غَدَقࣰا


Maksudnya: ''(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka (air yang segar/rezeki yang banyak)" 

[Surah al-Jinn: 16]


Dalam ayat ini, Allah SWT menyebutkan keutamaan  istiqamah diatas jalan Islam, maka akan dibukakan pintu rezeki berupa kemurahan rezeki dan hujan dari langit yang menghidupkan bumi dengan pelbagai hasil kehidupan.


وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ 


Maksudnya: ''Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" 

[Surah at-Talaq: 2-3]


Ini jelas menunjukkan sesiapa yang istiqamah dalam kebaikan, amal soleh, kebajikan dan tetap di jalan yang benar, maka mereka akan mendapat rezeki yang melimpah ruah.


Untuk beroleh kemurahan rezeki dan dipermudahkan pintu rezeki dibuka oleh Allah maka pastikan kita sentiasa istiqamah di atas jalan Islam, meningkatkan ketaqwaan kepadaNya dan teguh bertawakkal kepada Allah SWT.


Perniagaan Yang Menguntungkan. 


إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar

Surah At-Tawbah: Ayat 111


Allah SWT berfirman:


وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِنْ لُغُوبٍ


Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah"

[Surah Qaf ayat 38]


Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan: "Allah menyebut tempoh masa ini padahal DIA Berkuasa untuk menciptakan langit dan bumi dalam tempoh yang singkat. Namun Allah hendak mengajarkan hamba-hambaNYA mengenai sifat bertenang dan teliti dalam pekerjaan.


 Allah SWT ingin mendidik agar hambaNYA belajar untuk menunggu, bersabar dan belajar agar tidak bersikap tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu.


Diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah r.ha, nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti." 

[Hadis Riwayat al-Baihaqi]


Inilah sifat yang perlu ada dalam diri umat Islam .Ada gabungan kepakaran juga keimanan, cantuman integriti dan kecekapan, cantuman perancangan dan ketelitian.Jika ada semuanya, dengan izin Allah SWT segala yang direncana menjadi dan diberkati


Rancanglah sesuatu dengan teliti sebelum melaksanakannya. Kegagalan untuk merancang hakikatnya ialah merancang untuk gagal.


Rasulullah berbaring di masjid

Sahih al-Bukhori:5512


عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، عَنْ عَمِّهِ:


أَنَّهُ أَبْصَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضْطَجِعُ فِي الْمَسْجِدِ رَافِعًا إِحْدَى رِجْلَيْهِ عَلَى الأُخْرَى. 


Dari Abbad ibn Tamim, dari pamannya:


Bahawa ia pernah melihat Nabi saw berbaring di masjid sambil meletakkan salah satu kakinya di atas kaki yang lain.


Pesan :

Berbaring di masjid adalah hal yang diperbolehkan.


PETUNJUK AKHIR ZAMAN - TERDAPAT GOLONGAN ANTI HADIS


Saidina Miqdam bin Ma'dikariba r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kpdnya sebuah hadis daripada hadisku maka dia berkata, 'Pegangan kami dan kamu hanyalah Kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan.' Kemudian Nabi SAW meneruskan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah SAW samalah hukumnya dgn apa yabg diharamkan oleh Allah SWT."

HR Abu Daud dan Ibnu Majah


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat TAHAJJUD


Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan