KHAMIS
06 Mei 2021
Bersamaan
24 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana MANDI SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,SOLAT SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT TAHAJJUD,SOLAT SUNAT TASBIH,SOLAT SUNAT QOBLIAH,SOLAT SUNAT BAKDIAH ( solat sunat AWWABIN ) dan AMALAN SUNNAH QIAMMULALIL
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI * *PKP 2.0 Hari KE SERATUS PULUH DUA
Salam ISTIQOMMAH BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE DUA PULUH EMPAT
*Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothielahNya Sehingga ke Akhir Hayat
Salam Istiqommah MEMBURU LAILATUL QADAR
TAZKIRAH QIAMMULALIL KHAMIS KE TIGA RAMADHAN 1442 HIJRAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
HIKKAM
Diantara orang yang tidak sedarkan diri terasa dirinya hebat, terasa diri luar biasa, terasa diri ada kuasa.
Orang mukmin itu, kalau ada mempunyai kemuliaan dan kebesaran,dia terasa benar sedikit kemuliaan dan kebesaran Tuhan yang telah diberikan kepadanya, menjadikan rasa kebesaran dan kemuliaan itu hilang dari perasaannya.
Ramai orang berjaya mendidik akalnya, tapi sedikit sekali yang berjaya mendidik jiwanya.Sebab itulah dunia penuh dengan orang-orang pandai yang jahat.
KENAPA ???..SEDANGKAN*Kenapa mesti cari waktu berubah, sedangkan kematian tidak pernah mengenal waktu..
Kenapa mesti menunggu bencana untuk berubah, sedangkan diwaktu senang disia-siakan..
Kenapa mesti menceritakan keburukan orang, sedangkan diri sendiri belum tentu sempurna..
Kenapa mesti berkumpul, sedangkan sendiri lebih baik..
Kenapa mesti berprasangka buruk, sedangkan ucapan itu mendustakan..
Kenapa masih belum sempurna ibadat, sedangkan akhirat itu semakin dekat..
Kenapa mesti mencari kematian, sedangkan ia pasti..
Kenapa masih belum mencari akhirat, sedangkan dunia semakin sarat..
Kenapa mesti melayan nafsu, sedangkan akal lebih hebat..
Siapa yang menasehatimu secara sembunyi-sembunyi. Maka ia benar-benar menasehatimu. Siapa yang menasehatimu di khalayak ramai maka dia sebenarnya menghinamu -
Imam Syafi'i
ADAB..
"Orang yang tinggi adab walaupun kekurangan ilmu lebih mulia dari orang yang banyak ilmu tetapi kekurangan adab.."
" Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu Maha Pengampun , maka dia jadikan perkara itu alasan untuk dia terus melakukan dosa. "
[ Ibnu Qayyim ]
PENTINGNYA WAKTU, 1 JAM SETELAH SUBUH
Assalamu 'alaikum warohmatulloh wabarokatuh
Satu jam seletah subuh menentukan arah tujuan hidup kita, Jadi apa saja yang perlu kita lakukan 1 jam setelah subuh?
1. Jangan tidur setelah subuh, Karena menutup banyak pintu rejeki bahkan membuat badan menjadi lemas. Kalau misalnya kita terlalu capek, tunggulah pukul 07.00 pagi keatas nah boleh istirahat disaat itu...
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri, Mandi sebelum dan setelah subuh akan membantu tubuh menjadi segar dan sehat. Dan juga membuat kita lebih awet muda.
Tidak percaya? Coba buktikan sendiri...
3. Sarapan, biasakan makan diwaktu pagi walaupun hanya sedikit. Karena membuat sel-sel otak, sistem pencernaan serta sistem imun di tubuh kita bekerja dengan baik, Makan roti seiirispun tak apa. Minum susu atau kopi juga mantap. Usahakan makan dan minum walau sedikit...
4. Ini yang paling penting, Baca Al-Quran, Zikir, Sholawat, Mau melakukannya sendiripun tak apa atau mendengarkan murrot atau ceramah dari youtube juga tidak masalah. Asalkan kita niat memberikan "makan" hati kita. Hati kita akan jadi kuat dan tidak lemah...
Satu jam kita lakukan semua ini, In sya Alloh hidup kita lebih bermakna, Dan kita mampu melangkah dan menjalani hari kita lebih baik dan bertenaga...
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amir Al Anshari radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rosululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”
(HR. Muslim no.1893)
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Allah SWT berfirman:
وَأَلَّوِ ٱسۡتَقَـٰمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِیقَةِ لَأَسۡقَیۡنَـٰهُم مَّاۤءً غَدَقࣰا
Maksudnya: ''(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka (air yang segar/rezeki yang banyak)"
[Surah al-Jinn: 16]
Dalam ayat ini, Allah SWT menyebutkan keutamaan istiqamah diatas jalan Islam, maka akan dibukakan pintu rezeki berupa kemurahan rezeki dan hujan dari langit yang menghidupkan bumi dengan pelbagai hasil kehidupan.
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
Maksudnya: ''Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya"
[Surah at-Talaq: 2-3]
Ini jelas menunjukkan sesiapa yang istiqamah dalam kebaikan, amal soleh, kebajikan dan tetap di jalan yang benar, maka mereka akan mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Untuk beroleh kemurahan rezeki dan dipermudahkan pintu rezeki dibuka oleh Allah maka pastikan kita sentiasa istiqamah di atas jalan Islam, meningkatkan ketaqwaan kepadaNya dan teguh bertawakkal kepada Allah SWT.
PAHALA SABAR
Pahala kesabaran itu sangatlah besar, bahkan tidak ada timbangan yang dapat menampung pahala orang yang bersabar.
Kenapa Allah menyulitkan kehidupan para Nabi setelah mereka berdakwah?
Padahal sangat mudah bagi Allah untuk menjadikan semua beriman dalam sekejap mata.
Karena Allah ingin memberikan pahala yang maksimal kelak di akhirat kepada mereka yang mampu bersabar.
Jika semuanya serba mudah, dari mana kita akan menjemput pahala kesabaran?
Allah Ta'ala berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
*"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Q.S. Al Baqarah ayat 155)
Jagalah Aurat walaupun berseorangan.
عَنْ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ قَالَ احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِذَا كَانَ الْقَوْمُ بَعْضُهُمْ فِي بَعْضٍ قَالَ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا يَرَيَنَّهَا أَحَدٌ فَلَا يَرَيَنَّهَا قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِذَا كَانَ أَحَدُنَا خَالِيًا قَالَ اللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ مِنْ النَّاسِ
Dari Bahz bin Hakim dari bapaknya dari neneknya ia berkata, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, tentang aurat kami, siapakah yang boleh kami perlihatkan dan siapa yang tidak boleh?" beliau menjawab: "Jagalah auratmu kecuali kepada isteri atau budak yang kamu miliki." Ia berkata, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana dengan suatu kaum saling bercampur dalam satu tempat (yang mereka saling melihat aurat antara satu dengan yang lain)?" beliau menjawab: "Jika kamu mampu, maka jangan sampai ada seorang pun yang melihatnya." Ia berkata, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana jika salah seorang dari kami sedang sendiri?" beliau menjawab: "Allah lebih berhak untuk kamu malu darinya dari pada manusia."
HR Abu Daud No: 3501
Hiasi Diri Dengan Sifat Malu
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ
Daripada Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah sifat buruk berada dalam sesuatu kecuali akan memperburuknya, dan tidaklah sifat malu ada dalam sesuatu kecuali akan menghiasinya.".
(HR Tirmizi No: 1897) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Sifat malu yang ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak dan diberikan ganjaran pahala
2. Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhluk.
3. Sifat malu diganjari Syurga, sifat buruk diganjari neraka:
اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ
“Rasa malu adalah sebahagian dari keimanan dan keimanan berada disyurga. Sedangkan tindakan / ucapan kotor adalah sebahagian dari perangai yang kasar dan perangai kasar tempatnya di neraka”
(HR Tirmizi No: 1932)
Hiasilah diri kita dengan mulia dan terpuji seperti sifat malu. Moga sifat malu yang ada sebagai ganjaran ke syurga. Jauhi sifat dan perangai buruk seperti menghina, mengeji, memfitnah kerana balasannya adalah neraka.
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat TAHAJJUD
Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
0 Ulasan