SELASA
04 Mei 2021
Bersamaan
22 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana MANDI SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,SOLAT SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT TAHAJJUD,SOLAT SUNAT TASBIH,SOLAT SUNAT QOBLIAH,SOLAT SUNAT BAKDIAH ( solat sunat AWWABIN ) dan AMALAN SUNNAH QIAMMULALIL
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI * *PKP 2.0 Hari KE SERATUS SEMBILAN PULUH EMPAT
Salam ISTIQOMAH BERSAHUR Melaksanakan PUASA RAMADHAN1442 Hijrah HARI KE DUA PULUH DUA
*Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothielahNya Sehingga ke Akhir Hayat
Salam ISTIQOMMAH MEMBURU LAILATUL QADAR
TAZKIRAH QIAMMULALIL SELASA TERAKHIR RAMADHAN 1442 HIJRAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
HIKKAM
Tidak akan masuk surga pemutus tali persaudaraan - HR Bukhari
UJIAN
"Kalau kau hampir putus asa dengan ujian yang berat, kau kena ingat, Allah bukan uji kau tanpa sebab, pasti ada hikmahnya.."
SEDEKAH..
"Apabila Allah beri rezeki lebih, jangan pula tingkatkan gaya hidup kamu, sebaliknya tingkatkanlah sedekahmu"
SABAR
"Siapa kata Allah tak dengar permintaan kita? Allah itu Maha mendengar, kita hanya perlu bersabar".
Kebahagiaan itu memang ada, namun itu hanya milik mereka yang selalu bersyukur atas apapun yang mereka miliki saat ini.
Apabila hilang malu, benteng diri manusia telah roboh, segala gejala buruk mudah sahaja menyerangnya
Di waktu itu setiap perkara yang malu dilihat pada tubuh manusia akan didedah secara dihias, dan akibatnya kerangsangan manusia lain, maka penyakit hilang malu ini akan menular merata masyarakat, maka punahlah akhlak, terkuburlah satu bangsa.
Orang yang melupakan Allah itu, sentiasa gelisah, mudah marah, gopoh bertindak, sentiasa tidak puas, mudah buntu, selalu kecewa, mudah putus asa, sekalipun di dalam kemewahan dan serba ada.
Orang yang selalu jiwanya tak tenang ialah orang pemarah,pendendam, rasa tidak cukup, hasad dengki, memikirkan masa depan yang belum terjadi, tidak sabar, lupa tentang qadha dan qadhar dari Allah, tidak percaya dengan orang.
Rasulullah Penyelamat Umat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا مَثَلِي وَمَثَلُ أُمَّتِي كَمَثَلِ رَجُلٍ اسْتَوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَتِ الدَّوَابُّ وَالْفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهِ فَأَنَا آخِذٌ بِحُجَزِكُمْ وَأَنْتُمْ تَقَحَّمُونَ فِيهِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan umatku adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Ketika itu, binatang dan kelekatu berjatuhan ke dalamnya. Maka aku mencegah kalian, namun kalian melemparkan diri ke dalamnya. (HR Bukhari No: 6483) Status : Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW diutus untuk memberitahu manusia akan ancaman azab api Neraka yang menanti di Akhirat bagi mereka yang berbuat maksiat juga yang tidak beriman.
2. Rasulullah SAW berusaha untuk menyelamatkan manusia dari menjadi ahli Neraka. Baginda SAW menyampaikan Islam sebagai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
3. Imam An-Nawawi berkata: hadis ini membawa maksud bahawa Rasulullah SAW menggambarkan perbuatan orang jahil dan ingkar yang bergelumang dengan maksiat dan syahwat sebenarnya melemparkan diri ke dalam Neraka, seperti kelekatu yang terbang ke dalam api kerana mengikut keinginan dan tidak mampu membezakan bahaya atau tidak, sedangkan Baginda SAW berusaha menghalang mereka dari terjatuh ke dalamnya.
4. Teknik memberikan perumpamaan yang boleh digambarkan oleh akal, adakalanya diperlukan bagi menyampaikan dakwah dan menyedarkan jiwa umat.
5. Jangan jadikan kita seperti kelekatu yang terhumban ke dalam api kerana tidak dapat membezakan antara bahaya dan bahagia. Ikutilah perintah dan larangan Rasulullah SAW yang sayang dan kasih kepada umatnya agar tidak terhumban ke dalam neraka.
6. Jadikan diri kita pewaris tugas Rasulullah sebagai pendakwah untuk menyelamatkan diri kita dan orang lain daripada api neraka.
Bulan Ramadan juga adalah bulan Jihad. Kita bermujahadah mengekang hawa nafsu daripada menguasai jiwa.
Pada siang harinya kita berpuasa, bekerja dan melakukan aktiviti dengan niat beroleh ganjaran ibadah. Pada sebelah malam, kita bersungguh-sungguh ‘menghidupkan’ malam dengan solat malam dan zikir munajat.
Jihad melawan hawa nafsu adalah pengorbanan yang besar. Gunakan hari yang berbaki di bulan Ramadan untuk berusaha sebaiknya mendidik diri menjadi insan yang lebih baik dengan melaksanakan amal soleh yang termampu.
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW merupakan orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadan ketika malaikat Jibril AS menemui Baginda SAW. Jibril AS akan datang menemui Baginda SAW pada setiap malam pada bulan Ramadan, lalu Jibril AS mengajarkan al-Qur’an kepada Baginda SAW. Sesungguhnya Baginda SAW bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang. Muttafaqun ‘Alayh
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.
Fatir 29
Allah SWT berfirman:
لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ
Maksudnya: ''Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
[Surah Aali Imran: 92]
Menurut Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di dalam tafsirnya: "Ayat ini merupakan dorongan Allah SWT kepada hamba-hambaNya untuk menginfakkan harta pada jalan-jalan kebaikan. Orang yang lebih mencintai Allah akan rela mengorbankan harta yang dicintainya dengan menginfakkannya di jalan-jalan yang diredhaiNya. Termasuk dalam maksud menginfak harta yang disayangi ialah berinfak ketika sangat memerlukan, berinfak ketika dalam keadaan sihat serta terasa berat untuk mengeluarkannya, berinfak dalam keadaan di mana ia bimbang takut miskin dan mengharap ingin jadi kaya. Ayat ini menunjukkan bahawa tingkatan kebajikan seorang hamba bergantung sejauh mana kerelaan menginfakkan harta yang dicintainya".
Sejarah menceritakan kepada kita bahawa para sahabat Nabi SAW terdiri di kalangan hamba Allah yang paling pantas dalam melakukan kebaikan. Mereka tidak bakhil dalam mengorbankan harta mereka, bahkan jiwa mereka, demi membela agama Islam dan menyebarkannya.
Para sahabat r.anhum merupakan contoh teladan terbaik untuk teladani dalam segala kebaikan, termasuk dalam hal infaq dan mewakafkan harta yang disayangi di jalan Allah. Mereka sangat bersemangat mewakafkan harta mereka yang termahal dan tersayang di jalan Allah, lalu Allah memelihara infaq dan wakaf mereka sehingga terus bermanfaat sampai berabad-abad.
Imam al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra meriwayatkan: Berkata al-Humaidi:“Sayidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a mewakafkan rumahnya di Mekah kepada anaknya dan wakaf tersebut masih ada sampai sekarang (di zaman Al-Humaidi)". Dan rumah tersebut adalah sebuah rumah terkenal di Mekkah.
Sewaktu Rasulullah SAW sampai di Madinah, tidak ada air yang lazat untuk diminum kecuali dari telaga ar-Rumah milik Yahudi. Rasullulah SAW bersabda: "Sesiapa yang membeli telaga ar-Rumah ini dan mewakafkan airnya kepada orang-orang Islam, dia akan diberikan pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga". Dan diriwayatkan bahawa Sayidina Utsman r.a membeli dan mewakafkan teelaga itu untuk kegunaan kaum muslimin.
Al-Humaidi berkata: "Sayidina Ali bin Abi Talib r.a mewakafkan tanahnya di daerah Yanbu’ dan wakaf tersebut masih ada sampai sekarang (di zaman al-Humaidi)"
[Hadis Riwayat al-Baihaqi]
Muhammad bin Abdul Rahman rahimahullah berkata: “Saya tidak mengetahui seorang pun sahabat Rasulullah saw peserta perang Badar, baik dari kalangan Muhajirin mahupun Ansar, melainkan telah mewakafkan hartanya (di jalan Allah), tidak boleh dibeli, tidak boleh diwariskan dan tidak boleh dihibahkan".
Korbankanlah sebahagian harta yang kita sayangi untuk diinfaq atau diwakafkan di jalan Allah. Contohi para sahabat Nabi dalam menggapai redha dan syurga Allah dengan infaq dan wakaf harta yang sangat mereka sayangi.
Tatasusila Apabila Makin Kita Berumur...
1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat
2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah
3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya
4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba'diah jangan tinggal
5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba'diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba'diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni
6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur
7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal
8. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, sehari kena baca Al-Quran
9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali
10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak
12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga,
Nafkah Kepada Keluarga
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً
Dari Abu Mas'ud Al Anshari maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Jika seorang muslim memberi nafkah pada keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka baginya hal itu adalah sedekah."
(HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim memiliki tanggungjawab yang mesti ditunaikan termasuk memberi nafkah orang yang menjadi tanggungannya.
2. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga dengan sebab perkahwinan, keturunan dan pemilikan merangkumi makan minum, rumah kediaman, penjagaan kesihatan, perlindungan, kasih sayang, pendidikan dan lain-lain.
3. Naflah yang diberi oleh suami kepada ahli keluarga dengan tujuan mendapat keredhaan Allah termasuk dalam sedekah dan akan mendapat ganjaran pahala.
4. Tanggungjawab memberi nafkah dipertanggungjawabkan kepada lelaki sebagai ketua keluarga. Sementara wanita sebagai pembantu dan pelengkap.
Merebut Kelebihan Berdoa
Allah memerintahkan kita sebagai makhluk yang lemah untuk meminta kepadanya. Firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
(Ghafir ayat:60)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ
Maksudnya: Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus. (HR Tirmizi No:3604)
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa milik Allah lah seluruh khazanah kekayaan, dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh. Sesungguhnya jika Allah SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya. (Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami al-Tirmizi, 10/52).
Antara anugerah istimewa yang dikurniakan Allah kepada orang yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan adalah doa yang mustajab. Alangkah ruginya jika kestimewaan yang dianugerahkan ini di sia-siakan.
Tiga keadaan mustajab doa;
1. Doa semasa berpuasa
Sepanjang waktu kita berpuasa adalah waktu yang mustajab berdoa. Rasulullah SAW bersabda:
ثلاثةٌ لاتُرَدُّ دَعْوَتُهُم: الإمَامُ العادِلُ, والصًّائِمْ حتى يُفتِرَ. ودَعْوَةُ المَظْلُومِ يَرْفعُهَا اللهُ دُونَ الغَمَامِ يَوم القِيَامَةِ , وَتُفْتَحُ لَهَاأبْوَابُ السَّمَاءِ, ويقُولُ بِعِزَّتِي لَأَنصُرَنَّكَ وَلَوبَعْدَحِينٍ
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan ditolak: Penguasa yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang dizalimi. Allah akan menaikkan doanya tanpa terhalang awan mendung pada hari kiamat dan dibukakan baginya pintu-pintu langit dan Dia berfirman: Demi kemuliaanKu, Aku pasti menolong meskipun beberapa saat lagi” Tirmizi
2. Doa Di saat Berbuka
Ketika hampir masuk waktu berbuka merupakan antara waktu mustajab berdoa. Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bukhari dalam Misbahuz Zujaj 2/17).
3. Doa Di waktu Sahur
Bagi orang yang berpuasa, disunatkan kepada mereka untuk makan sahur. Waktu sahur sekitar 1/3 malam terakhir adalah antara waktu mustajab berdoa. Rugilah orang yang hanya bangun untuk makan dan minum tetapi melepaskan peluang untuk berdoa. Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Ku ampuni‘”
(HR. Bukhari no.1145)
Ayuh kita manfaatkan anugerah istimewa mustajab berdoa sepanjang bulan Ramadan ini. Berdoalah agar dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan lupa untuk mendoakan saudara mara, sahabat handai, muslimin dan muslimat di mana jua mereka berada dengan kebaikan. Mohon juga agar diangkat musibah COVID-19 ini.
Nikmat Kemanisan Iman
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ
Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya nescaya ia akan mendapat kemanisan iman: Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada yang lain dari selain keduanya, orang yang mencintai orang lain kerana Allah semata-mata dan orang yang benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah melepaskannya daripada belenggu kekufuran sama dengan bencinya jika dilempar ke neraka". (HR Bukhari No: 20) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim perlu berusaha mendapat kemanisan iman dengan membenarkan kecintaannya kepada Allah dan Rasul melalui hati, mengakui dengan lisan dan diterjemahkan melalui amalan seharian.
2. Tiga perkara yang perlu dilaksanakan seorang Muslim untuk mendapat kemanisan iman:
a. Mencintai Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain. Ianya dilakukan dengan melaksanakan perintah dan menjauhi larangan dengan bersungguh-sungguh.
b. Mencintai dan mengasihi orang Islam yang lain kerana Allah semata-mata. Berusaha menjaga kewajipan ukhuwah sama seperti menjaga kewajipan solat dan puasa.
c. Benci untuk kembali kepada kekufuran selepas beriman seperti bencinya jika dia dilempar ke neraka.
3. Beriman kepada Allah dan Rasul merupakan asas paling penting dalam kehidupan seorang Muslim.
4. Islam adalah agama perpaduan. Menjadi kewajipan setiap Muslim mewujudkan suasana mahabbah, kasih sayang serta saling tolong menolong dalam suasana rahmah serta menjauhi permusuhan.
5. Islam menyeru umatnya agar menjaga iman dan menjauhi perkara dosa dan maksiat yang boleh menghumbankan ke neraka.
Carilah aku di neraka jikaku tiada d syurga.....
Carilah Aku Di Neraka, dan Tolong Bawaku Ke Syurga..
Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..
Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, tolong tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."
Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."
Kami menangis bersama, entah berapa lama...
Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...
Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kepada sahabatnya sambil menangis :
" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa" bersama kami dan berjuang bersama kami..."
Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dalam kitab Az Zuhd)
Maka wahai anak,isteri,saudara-maraku,sahabat-sahabatku,
Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yang boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..
Carilah sahabat-sahabat yang senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama.
Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dengan kebenaran.
Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....
Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita...
Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga Allah..
Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.
Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara ummat manusia akhir zaman kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga..
Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?
Anak,Isteri,Saudara mara,Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga..
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat SUNAT TAHAJJUD
Peliharalah amalan SUNAH QIAMMULAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
0 Ulasan