Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 21

 ISNIN

03 Mei 2021

Bersamaan

21 Ramadhan 1442 Hijrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 

Salam ISTIQOMMAH melaksana MANDI SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,SOLAT SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT TAHAJJUD,SOLAT SUNAT TASBIH,SOLAT SUNAT QOBLIAH,SOLAT SUNAT BAKDIAH ( solat sunat AWWABIN ) dan AMALAN SUNNAH QIAMMULALIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI *  ... *PKP 2.0 Hari KE SERATUS TUJUH BELAS

Salam ISTOQOMAH BERSAHUR Melaksanakan PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE DUA PULUH SATU

*Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothielahNya Sehingga ke Akhir Hayat

Salam ISTIQOMMAH MEMBURU LAILUTUL QADAR

TAZKIRAH QIAMMULALIL ISNIN KE TIGA RAMADHAN 1442 HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ

اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ

إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ

HIKKAM

Kematian,,,,

Tak akan menunggu hingga kita istiqomah melakukan kebaikan...

Istiqomahlah melakukan kebaikan, lalu bersiap sedia dan tunggulah datangnya kematian.

JANGAN SIA-SIAKAN WAKTU

Ada pepatah : "Waktu laksana pedang", jika kita tidak menebasnya maka kitalah yang akan terkena tebasannya. 

Maksud kata-kata kiasan ini adalah jika kita tidak memanfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya maka kitalah yang menjadi korban sang waktu yang tidak mendapatkan apa-apa seiring berlalunya waktu. 

Padahal umur di dunia sangatlah singkat. Baik maupun buruk pemanfaatan umur tersebut akan menentukan kehidupan kita seterusnya di akhirat. Umur kita merupakan kesempatan untuk kita beramal di dunia.

Maka hendaknya kita memperhatikan setiap detik waktu yang dilalui agar jangan sampai waktu tersebut terbuang begitu saja tanpa ada nilai ibadah kepada Allah SWT.

TADDABUR AYAT AL QURAAN

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya  - Al Ahzab 59

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya  - 

Al Kahfi 7

Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam"

Surah al-Anfal ayat 36

 Permusuhan antara keimanan dan kekufuran terus berlangsung. Pertembungan antara Islam dan jahiliah terus berlaku kerana ia merupakan sunnatullah dalam menguji kekuatan iman pejuang Islam.  Musuh Islam berfikir dan berusaha siang dan malam dalam memerangi Islam dan umatnya samada melaui serangan fizikal mahu pun mental. 

Antara cara yahudi menghancurkan dan merosak masyarakat dunia adalah dengan memperkenalkan:

1. Seks bebas dengan pelbagai usaha dalam menyuburkan pusat pelacuran di negara umat Islam yang telah diatur.

2. Seks sejenis bermula dengan mengajak wanita untuk berpakaian ala lelaki dan berperilaku seperti lelaki dan juga sebaliknya. 

3. Filem dan kesenian dengan menerapkan cara hidup yang bebas daripada agama termasuk zina, filem, wayang, hiburan melampau yang menjurus kepada dadah, arak dan sebagainya.

4. Memomokkan Islam dengan keganasan.

Untuk merealisasikan rencana jahat ini Yahudi dan kuffar berusaha menguasai dunia penyebaran maklumat, media massa, media sosial kemudian menyemakkan agenda mereka dan membuat penipuan dengan putar belit maklumat tersebut untuk propaganda misi yahudi secara menyeluruh.

Malangnya dalam suasana umat Islam sedang dirosakkan, umat Islam terus lena diulit mimpi dan masih hidup dalam khayalan.

Ayuh bangun seluruh umat Islam, daulatkan dan gemilangkan agama yang kamu anuti ini agar kembali bersinar sebagaimana di zaman awal Islam.

Kita Hidup Dibumi Allah Ini Tidak Dibiarkan Tanpa Tanggungjawab Yang Wajib Disempurnakan

Allah SWT berfirman:

أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى

Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?"

Surah Al-Qiyamah ayat 36

Ingatlah MATI, kerana MATI tidak akan pernah melupakanmu...

Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah, dan kepada-Nya lah kita semua pasti akan kembali. 

(Q.S Al-Baqarah: 156)..

Hari ini kita di atas tanah. Tapi mungkin besok tanah yang di atas kita..

Semoga Kalimat (laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah) menjadi Ucapan terakhir kita menjelang Ajal..

Kerana..

Barangsiapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk surga” 

(HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621

Al-Quran dan Al-Sunnah Panduan Hidup

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.

2.  Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

3.  Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.

عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ

Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka”   

(HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih

4.  Al-Sunnah adalah penjelas bagi Al-Qur-an yang diturunkan kepada Rasulullah. Al-Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah sama ada percakapan, perbuatan mahupun perakuan.

5.  Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami asas ibadah yang diterangkan dalam al-quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.

_Marilah kita memastikan dua pusaka ini kita pelajari, fahami dan mengamalkannya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.

InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat TAHAJJUD

Peliharalah Amalan  QIAMMULAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.

Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku

Semoga bermanafaat

آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

صدق الله العظيم

يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.

Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...

  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat

"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

ISNIN

03 Mei 2021

Bersamaan

21 Ramadhan 1442 Hijrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 

Salam ISTIQOMMAH melaksana  SOLAT SUNAT DHUHA dan AMALAN SUNNAH QAILULLAH

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

SALAM ISTIQOMMAH SOLAT FARDHU/ SOLAT TARAWIH BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI  PULUH LIMA..PKP 2.0 HARI KE SERATUS TUJUH BELAS

Salam Istiqommah Menyempurnakan PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE DUA PULUH SATU

Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothiellahNya  sehingga ke Akhir Hayat

Salam ISTIQOMMAH MEMBURU LAILATUL QADAR

TAZKIRAH DHUHA ISNIN KE TIGA RAMADHAN 1442 Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ

اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ

إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ

HIKKAM

KELEBIHAN..

"Kita ada kelebihan kita, dia ada kelebihan dia, jangan dengki antara satu sama lain kerana Allah beri sesuai dengan keadaan diri masing-masing.."

Bersikap Ramah, Ciri Akhlak Mulia

Salah satu ciri orang yang berakhlak mulia adalah ramah. Keramahan bisa terpancar dari cara seseorang bertutur, wajah jernih, senyum, dan sikap yang santun meski lewat pesan WA ataupun postingan dalam obrolan duma. Orang ramah disenangi karena membawa kegembiraan dan menyenangkan. Sehingga jika kita berpisah dengannya, kita akan merasa rindu ingin berjumpa kembali dengannya... rindu tutur katanya....rindu membaca tulisannya.

Kemuliaan manusia sesungguhnya tergantung pada akhlaknya. Allah sama sekali tidak memandang kedudukan, gelar, atau pangkat seseorang. Ketakwaan seorang hamba yang dinilai oleh Allah. Untuk itu, tampilkan keindahan diri kita dengan menjadi orang yang selalu ramah, sopan dan santun. Sebab sebagus apapun penampilan luar seseorang, jika tidak dibarengi dengan hati yang bersih, maka akan sulit diterima secara baik di lingkungannya. 

Kekuatan Doa Dalam Ghazwah al-Badr al-Kubra

Peristiwa perang badar yang berlaku pada 17 Ramadan Tahun 2 Hijrah menyaksikan peperangan pertama bagi umat Islam. Rasulullah SAW dan para sahabat sekadar ingin mengambil kembali hak mereka yang dirampas dari kafilah dagang Abu Sufyan bin Harb namun berakhir dengan tercetusnya peperangan.

Sebelum pertempuran dimulai, Nabi SAW menghabiskan banyak waktu untuk berdoa. Baginda memohon kepada Allah akan segala apa yang telah dijanjikan kepadanya. 

Saat melihat besarnya jumlah pasukan kafir Quraisy Makkah, Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِيْ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِيْ اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الإِِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ

Ya Allah Azza wa Jalla , penuhilah janji-Mu kepadaku. Ya Allah Azza wa Jalla berikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah Azza wa Jalla , jika Engkau membinasakan pasukan Islam ini, maka tidak ada  menyembah-Mu di muka bumi ini. 

(HR. Muslim 3/1384 hadits No 1763).

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ ۚ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenan kan-Nya bagimu, 'Sungguh, Aku (Allah) akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.' Dan tidaklah Allah menjadikannya melainkan sebagai khabar gembira agar hatimu menjadi tenteram. Dan, kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh, Allah Maha perkasa, Maha bijaksana." 

(al-Anfal: 9-10).

Umat Islam dikurniakan kemenangan dalam perang Badar dan lihat lah betapa hebatnya kekuatan doa!

TADDABUR AYAT AL QURAAN

Amal Islam Dengan Permulaan Yang Selamat

Dalam melaksanakan amal di dalam Islam, Al-Banna memulakannya dengan pembinaan individu, keluarga dan masyarakat ke arah daulah Islamiyah.

Membina sesuatu yang agung bermula dengan asas yang ampuh. Allah SWT berfirman;

أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ 

Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keredaan-Nya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam.  (At-Taubah 109).

Permulaan yang baik dan selamat bermula dengan:

1.  Kefahaman yang sahih, sempurna dan sejahtera. 

Sesuai dengan matlamat menegakkan daulah dan khilafah Islamiyah di muka bumi, ia memerlukan kefahaman yang sempurna agar Islam yang  tertegak adalah yang benar. Apatah lagi setiap kita adalah anasir yang terlibat secara langsung dalam proses ke arah amal Islam yang lebih besar bermula dengan membina individu yang soleh sehinggalah penegakan daulah Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berilmu dan faham itu lebih menyukarkan syaitan berbanding seribu ahli ibadat.” 

(at Tarmizi 5/46, No 2681)

Kelebihan bukan hanya diukur dengan banyaknya pengetahuan dan amalan, akan tetapi ia diukur dengan kefahaman yang sahih lagi sejahtera.

Kita lihat apa kata seorang ulama ketika memberi komentar terhadap golongan Khawarij: “Meskipun mereka terkenal dengan wara`, zuhud serta kuat beribadat, namun kefahaman yang menyeleweng dari apa yang sepatutnya membuatkan mereka terseleweng jauh dari kebenaran.” 

[Majmuk al Fatawa, juzuk 28].

2.  Keperluan amal

Orang beriman yang faham, dituntut untuk beramal. Namun untuk beramal, perlu kefahaman yang jelas.

Kaedah Syariah menyebutkan:

مَا لا يَتِمُ الوَاجب إلا به فهو واجب

Tidak sempurna sesuatu yang wajib kecuali dengannya, maka ia adalah wajib.

Perbandingan kefahaman jika tidak sempurna, umpama si buta bercerita tentang gajah. Sudah pasti amal bercanggah dan tidak tepat.

Justeru dalam melaksanakan amal memerlukan kefahaman yang benar dan betul. 

3.  Memelihara garisan penyelewengan.

Dalam melaksanakan amal pastikan bertepatan dengan panduan al-Quran dan al-Hadis bagi mengelakkan penyelewengan atau ikut nafsu.

Saidina Umar RA berpesan kepada utusan atau wakil yang dihantar ke luar dari wilayah;

"Ikutlah al-Quran, bukannya al-Quran yang mengikut kamu. Sesiapa yang al-Quran mengikutnya, al-Quran akan menolak belakangnya hingga jatuh ke dalam neraka. Sesiapa yang ikut al-Quran, al-Quran akan memimpinnya masuk ke dalam Syurga”

Sebagai mereka yang hidup kerana Islam dan untuk Islam, kita akan bekerja juga semata-mata untuk Islam bagi melaksanakan fungsi sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Antara perkara yang menjadi asas keperluan ialah perlu memiliki kefahaman yang betul dan sahih terhadap Islam.

Perniagaan Yang Menguntungkan. 

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Surah At-Tawbah, Ayat 111

Jadilah Pemberi Bukan Peminta

عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ

Daripada Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.

2.  Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.

3.  Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.

4.  Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.

5.  Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.

6.  Nabi SAW mencela orang yang suka meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya :

وَلَقَدْ كَرَمْنَا بَنِى اَدَم َوَحَمْلنَاهُمْ فىِ اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلا

Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas  kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” 

(Q.S Al-Isra’ : 70).

7.  Jangan sengaja menjadi peminta. Ingatlah amaran Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

مَنْ سَأَلَ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا  فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ

Barangsiapa meminta harta kepada orang lain untuk memperkaya diri, maka sungguh, ia hanyalah meminta bara api, maka silakan ia meminta sedikit atau banyak 

(HR. Muslim (no. 1041)

8.  Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain.

Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.

InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat DHUHA

Peliharalah amalan QAILULLAH setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.

Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku

Semoga bermanafaat

آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

صدق الله العظيم

يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.

Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...

  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat

"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan