Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 20

 AHAD

02 Mei 2021

Bersamaan

20 Ramadhan 1442 Hijrah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana  SOLAT SUNAT DHUHA dan AMALAN SUNNAH QAILULLAH

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

*Salam ISTIQOMMAH SOLAT FARDHU  DI MASJID

Melaksanakan  SOLAT FARDHU/ TARAWIH BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING* MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI ....PKP 2.0 Hari KE SERATUS ENAM BELAS

Salam Istiqommah BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE DUA PULUH

Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothielahNya  sehingga ke AKHIR HAYAT.

Salam Istiqommah MEMBURU LAILATUL QADAR



TAZKIRAH DHUHA AHAD KE TIGA RAMADHAN 1442 HIJRAH


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ

اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ

إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَ

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ


HIKKAM


Mengapalah umat Islam hari ini apabila hendak menyelesaikan satu-satu masalah, seperti hendak memerangi gejala sosial masih tercari-cari dan meraba-raba mencari kaedah. Padahal di dalam Al Quran dan Hadis sudah cukup panduan-panduan bagaimana hendak menyelesaikan masalah masyarakat. Adakalanya, kaedah yang telah diapplykan di barat itulah yang diambil untuk dijadikan panduan. Sedangkan barat telah gagal.


Seseorang itu kalau melihat seorang yang baik dia merasa senang dan tenang,  mengagakkan orang itu orang baik atau ada harapan menjadi baik, jika seseorang itu merasa tidak senang dan tidak tenang kalau dia tidak fasik, dia adalah orang munafik.


Kalau seseorang itu tidak takut matanya membuat dosa, telinganya mebuat dosa, lidahnya membuat dosa, lebih-lebih lagi farajnya membuat dosa. Ertinya dia membuat zalim pada dirinya sendiri. Orang ini jangan harap dia berlaku adil dengan orang lain,  kalau dengan diri sendiripun dia tidak adil, cuma suasana dan keadaan saja ada kalanya menghalang mereka membuat zalim kepada orang lain.


Di dalam Islam tidak dilarang kaya, begitu juga tidak dilarang miskin, dan juga tidak dilarang hidup sederhana. Setiap orang itu boleh buat pilihan di mana salah satu tiga cara ini Dia boleh menjadi orang yang bertaqwa dia pilihlah jalan ini.


Di dalam Islam milik seseorang itu ada dua hak:


1) Hak yang tidak boleh dikorbankan bahkan mesti dipertahankan


2) Ada hak yang boleh dikorbankan disitulah pahala.

 

Amal Yang Tidak Ikhlas


إِنَّ اَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَعَهَا, قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ: قَاتَلْتُ فِيْكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ ِلأَنْ يُقَالَ جَرِيْءٌ, فَقَدْ قِيْلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى اُلْقِيَ فيِ النَّارِ, وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأََ اْلقُرْآنَ فَأُُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَعَهَا, قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ: تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيْكَ اْلقُرْآنَ, قَالَ:كَذَبْتَ, وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ: عَالِمٌ وَقَرَأْتَ اْلقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِىءٌٌ فَقَدْ قِيْلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى اُلْقِيَ فيِ النَّارِ, وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ وَاَعْطَاهُ مِنْ اَصْْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا, قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيْهَا قَالَ: مَاتَرَكْتُ مِنْ سَبِيْلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيْهَا إِلاَّ أَنْفَقْتُ فِيْهَا لَكَ, قَالَ: كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيْلَ, ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ_*


_"Sesungguhnya orang pertama yang diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati kerana syahid di jalan Allah. Diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang ia perolehi di dunia, lalu ia pun mengakuinya. Kemudian ditanya kepadanya : Apa yang engkau perbuat dengan nikmat tersebut? Ia menjawab : Aku berperang untuk-Mu Ya Allah, sehingga aku syahid. Allah berkata: Engkau dusta! Engkau berjihad supaya dikatakan engkau seorang yang berani. Dan itu telahpun dikatakan orang padamu. Kemudian diperintahkan para Malaikat untuk menyeret orang itu atas wajahnya, lalu dilemparkan ke neraka. Dan juga orang yang menuntut ilmu, ia juga mengajarkannya serta membaca Al Quran. Ia diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang ia dapatkan di dunia, lalu ia pun mengakuinya. Kemudian Allah berkata kepadanya: Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu? Ia menjawab: Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, aku juga membaca Al Quran kerana Mu ya Allah. Allah pun berkata : Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar disebut alim (orang yang berilmu), engkau membaca Al Quran supaya disebut qari’ (ahli membaca Al Quran), dan orang telahpun mengatakannya. Kemudian diperintahkan para Malaikat agar menyeret atas wajahnya dan dilemparkan ke dalam neraka. Dan juga orang yang Allah berikan ia kelapangan rezeki dengan bermacam harta benda. Ia diperlihatkan kenikmatan yang ia peroleh di dunia, lalu ia pun mengakuinya. Allah berkata kepadanya : Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu? Dia menjawab : Aku tidak pernah meninggalkan suatu jalan kebaikan kecuali aku berinfaq kerana Engkau ya Allah’. Allah berkata : Engkau dusta! Engkau melakukan itu supaya disebut dermawan dan orang telahpun mengatakan itu. Kemudian diperintahkan malaikat agar menyeret di atas wajahnya dan ia dilemparkan ke dalam neraka" 

(HR. Muslim No: 1905). Status: Hadis Sahih_


Pengajaran:


1. Setiap kita akan di hadapkan di padang mahsyar untuk dihisab setiap amal dan perbuatan.


_2. Orang yang mati syahid ada yang dihumban ke neraka kerana berjihad mengharapkan orang lain menyebut tentang keberaniannya.


_3. Orang yang menuntut ilmu ada yang dihumban ke neraka kerana belajar bertujuan agar orang menyebutnya sebagai orang alim.


_4. Orang yang membaca al-Quran juga ada yang dihumban ke neraka kerana mengharap agar dia digelar seorang qari.


_5. Orang yang berinfaq juga ada yang dihumban ke neraka kerana mengharap agar orang lain menyebutnya sebagai seorang dermawan.


Pastikan agar setiap amal yang kita lakukan ikhlas untuk mencari keredhaan Allah bukan sebaliknya.


TADDABUR AYAT AL QURAAN


Allah SWT berfirman:


وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ


Maksudnya: ''Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" 

[Surah al-Baqarah: 155]


Dalam ayat ini, Allah SWT telah menceritakan hakikat kehidupan manusia yang tidak dapat lari dari ujian. Ujian datang dari segenap aspek dan penjuru. Sebahagian manusia diuji dengan kehilangan harta benda. Sebahagian lain pula diuji dengan kehilangan insan-insan yang tersayang, kelaparan dan dahaga yang bersangatan, dan pelbagai lagi ujiannya.


Berkata Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma tentang ayat ini: "Allah SWT mengkhabarkan kepada kaum mukminin bahawa sesungguhnya dunia ini adalah medan ujian. Sesungguhnya Dia jugalah yang menguji kalian di atas dunia ini serta Dia memerintahkan mereka (golongan beriman) untuk bersabar".


Dengan ujian didunia ini, Allah SWT akan menilai sejauhmana tahap keimanan, kesabaran dan kebergantungan kita kepadaNya. 


تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِی بِیَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرٌ * ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَیَوٰةَ لِیَبۡلُوَكُمۡ أَیُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلࣰاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡغَفُورُ


Maksudnya: ''Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" 

[Surah al-Mulk: 1-2]


Dan sesiapa yang menyerah diri serta bertawakkal kepada Allah dalam mengharungi ujian nescaya Allah akan mengurniakan ketabahan kepadanya. 


وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ


Maksudnya: ''Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)" 

[Surah at-Talaq: 3]


Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: "Jika seseorang benar-benar bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar melalui langit dan bumi serta setiap makhluk di dalamnya yang Allah tundukkan. Allah SWT akan mencukupkan dan menolong orang yang bertawakkal tersebut".


Harungilah ujian dengan memohon pertolongan Allah serta sentiasa bergantung kepadaNya. Semoga ujian yang didatangkan Allah itu menjadi kebaikan dan pahala kepada kita.


Bai'at Al-Ridwan


Sahih al-Bukhori:6666

عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي عُبَيْدٍ قَالَ: قُلْتُ لِسَلَمَةَ: 


عَلَى أَيِّ شَيْءٍ بَايَعْتُمْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْحُدَيْبِيَةِ؟ قَالَ: عَلَى الْمَوْتِ.


Dari Yazid ibn Abu Ubaid, dia berkata: Aku berkata kepada Salamah:


Apa isi baiat kalian kepada Nabi saw di hari Hudaibiyah? Dia menjawab: Untuk menyongsong kematian.


Pesan :


Bai'at al-Ridwan adalah bai'at yang dilakukan para sahabat kepada Rasulullah di Hudaibiyah. Peristiwa ini dilatarbelakangi isu pembunuhan Utsman ibn Affan yang pergi ke Mekkah untuk melakukan negoisasi dengan pemuka Quraisy, agar kaum Muslim diperbolehkan masuk ke Mekkah untuk menunaikan Umrah. Rasulullah sangat murka begitu mendengar kabar itu, dan bai'at pun dilakukan. Para sahabat yang ikut serta bersumpah mati akan berperang bersama Rasulullah. Namun kemudian diketahui bahwa isu itu tidaklah benar, dan Utsman tidaklah dibunuh.


Akhir dari cerita ini adalah dibuatnya perjanjian Hudaibiyah antara kaum Muslim dan kaum Quraisy, yang salah satu poinnya adalah kaum Muslim diperbolehkan umrah di tahun berikutnya.


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT DHUHA


Peliharalah Amalan TIDUR SUNNAH QAILULLAH setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan