Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 19

 SABTU

01 Mei 2021

Bersamaan

19 Ramadhan 1442 Hijrah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ


 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 


Salam ISTIQOMMAH MENUNAIKAN  SUNNAH QIAMMULAIL

Salam ISTIQOMMAH MELAKSANA AMALAN SUNNAH DALAM KEHIDUPAN

Salam ISTIQOMMAH MEMPERBANYAK ISTIGHFAR, BACAAN SALAWAT,TADARUS,TADDABUR serta MENGHAFAL SURAH/AYAT  AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH di Mussola Surau dan Masjid

Salam ISTIQOMMAH MEMATUHI ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN TERKINI. ..PKP 2.0  HARI KE SERATUS EMPAT BELAS

Salam Istiqommah BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE SEMBILAN BELAS

Salam ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat

Salam Istiqommah MEMBURU LAILATUL QADAR

 

TAZKIRAH QIAMMULAIL SABTU KE TIGA RAMADHAN 1442 Hijrah


 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد


HIKKAM


Orang mukmin itu, kalau ada mempunyai kemuliaan dan kebesaran,dia terasa benar sedikit kemuliaan dan kebesaran Tuhan yang telah diberikan kepadanya, menjadikan rasa kebesaran dan kemuliaan itu hilang dari perasaannya.


Ramai orang berjaya mendidik akalnya, tapi sedikit sekali yang berjaya mendidik jiwanya.Sebab itulah dunia penuh dengan orang-orang pandai yang jahat.


Bersikap Ramah, Ciri Akhlak Mulia


Salah satu ciri orang yang berakhlak mulia adalah ramah. Keramahan bisa terpancar dari cara seseorang bertutur, wajah jernih, senyum, dan sikap yang santun meski lewat pesan WA ataupun postingan dalam obrolan duma. Orang ramah disenangi karena membawa kegembiraan dan menyenangkan. Sehingga jika kita berpisah dengannya, kita akan merasa rindu ingin berjumpa kembali dengannya... rindu tutur katanya....rindu membaca tulisannya.


Kemuliaan manusia sesungguhnya tergantung pada akhlaknya. Allah sama sekali tidak memandang kedudukan, gelar, atau pangkat seseorang. Ketakwaan seorang hamba yang dinilai oleh Allah. Untuk itu, tampilkan keindahan diri kita dengan menjadi orang yang selalu ramah, sopan dan santun. Sebab sebagus apapun penampilan luar seseorang, jika tidak dibarengi dengan hati yang bersih, maka akan sulit diterima secara baik di lingkungannya. 


Sahabat..... marilah bersikap ramah pada diri sendiri dan orang lain.


Orang paling dzalim terhadap dirinya adalah yang mau merendahkan diri kepada selain Allah dan mengharap cinta kepada selain Allah yang tidak bisa memberinya manfaat  - Imam Syafi'i


Setiap Kebaikan Adalah Sedekah


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ


Dari Jabir bin Abdullah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu." (HR Tirmizi No: 1893) Status: Hadis Hasan Sahih 


Pengajaran:


1.  Setiap kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala

 

2.  Sedekah mencakupi aspek harta,  tenaga, usaha dan, tindakan yang telus dan ikhlas dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain. 


3.  Antara bentuk kebaikan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui. 


4.  Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya,  itu juga sedekah


Lakukanlah kebaikan semampu kita walaupun kecil. Moga ia menjadi pahala diakhirat.


Kebaikan dan Dosa


عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ.

 

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya." (HR Muslim, No: 2553) Status: Hadis Sahih 


Pengajaran:

 

1.  Fitrah manusia sukakan kebaikan juga inginkan kebaikan. Kebaikan itu adalah akhlak yang baik. 


2.  Akhlak yang baik terhasil daripada ketaatan kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.


3.  Hati yang tenang adalah jiwa yang memiliki nur (cahaya) sehingga dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah, perkara yang jujur dan yang bohong, perkara yang terpuji dan tercela, kerana itulah petunjuk yang datang daripada jiwa seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan.


4.  Manusia yang fitrahnya suka melakukan kebaikan akan menyebabkan hati tenang. Manakala perkara dosa pula akan menggementarkan hati. Apabila melakukan dosa, hati akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, berdebar-debar, resah gelisah, cemas, bimbang dilihat atau diketahui oleh orang lain.


5.  Pelaku dosa sentiasa bimbang dan tidak mahu jika perlakuan buruknya diketahui oleh orang lain.


Hijrah Menyantuni Ummah


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Dari Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang Kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang bersifat rahmah, sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).


2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.


3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang tidak baik, berdosa dan maksiat kepada baik dan mendatangkan pahala.


4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim untuk melakukannya. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.


5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan. Jika para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.


Marilah kita melakukan perubahan dan berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah.


Menyantuni Ummah Membawa Rahmah


"Nasihat itu mudah. Yang sulit adalah menerimanya, kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang."


[Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى]


Jom bangun Bertahajjud mencari redhoNya.


Renungan untuk diri sendiri


Ketika ramai orang mengatakan GST yang kerajaan berikan pada kita suatu yang tidak baik...apa kata kita mohon GST yg terbaik dari Allah..


Marilah kita berdoa untuk

dapat GST yang terbaik itu untuk kebaikan kita semua...


Ya Allah..


Kami dah jadi Geng Sudah Tua (GST)....jangan pula jadikan kami Golongan Sedap Tidor (GST), Ya Allah, sebaliknya jadikan​ lah kami Golongan Solat Tahajjud (GST). Bantulah kami bina Generasi Sayang Tuhan (GST). Ya Rahman, jadikan kami Generasi Solat Terkhusyuk (GST). Ya Allah, jadikan juga kami Geng Surau Tetap (GST) ... berjemaah di surau dan masjid...In sha Allah..

Dan hindarilah anak cucu kami dari menjadi Geng Subuh Terlajak (GST)...Ya Allah jadikan Kami geng selalu Taubat (GST)..


Aamiin Yaa Robbal 'Alamiin


GAGAHILAH SOLAT TAHAJJUD


Renungan pagi


Orang yang sangat mulia di antara manusia adalah orang yang sangat banyak mengingat mati dan sangat siap menghadapinya dengan bekal amal shalih.


Mashaallah. Allahuakbar. Ampunilah hambaMu ini. Jom bangun sujud padaNya selagi diberi kesemptan


Hati yang berhubung dengan Allah tidak akan mudah terguris dengan kata-kata dan karenah manusia. 


Jika hati masih mudah terluka dengan kata-kata dan karenah manusia, itu petunjuk hubungannya masih lemah dengan Allah.


[ Ubat Hati - Almarhum TGNA ]


Jom bangun sujudlah padaNya...


Renungan


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan Adab dan Ketinggian Ilmu seseorang. Bukan terletak pada Wajah dan Pakaiannya."

[HAMKA] 

Jom bangun ...... Jom bangun...*Tahajjud.


TADDABUR AYAT AL QURAAN



Perniagaan Yang Menguntungkan. 


إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Surah At-Tawbah, Ayat 111


Jadilah Pemberi Bukan Peminta


عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ


Daripada Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.


2.  Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.


3.  Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.


4.  Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.


5.  Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.


6.  Nabi SAW mencela orang yang suka meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya :


وَلَقَدْ كَرَمْنَا بَنِى اَدَم َوَحَمْلنَاهُمْ فىِ اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلا


Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas  kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” 

(Q.S Al-Isra’ : 70).


7.  Jangan sengaja menjadi peminta. Ingatlah amaran Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:


مَنْ سَأَلَ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا  فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ


Barangsiapa meminta harta kepada orang lain untuk memperkaya diri, maka sungguh, ia hanyalah meminta bara api, maka silakan ia meminta sedikit atau banyak 

(HR. Muslim (no. 1041)


8.  Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain.


Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.


Jangan Sekali Kali Kita Mempersekutukan Allah


Allah SWT berfirman:


لَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ فَتَقْعُدَ مَذْمُومًا مَخْذُولًا.


Maksudnya: "Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan."

[Surat Al-Isra' ayat 22]


Allah SWT berfirman:


وَإِنْ كُلٌّ لَمَّا جَمِيعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ


Maksudnya: Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

Surah Yasin Ayat 32


Antara tuntutan ayat ialah:


1. Perintah Allah supaya kita yakin bahawa semua manusia akan dikumpulkan dipadang mahsyar untuk dipertanggungjawabkan. 


2.Perintah Allah mewajibkan kita semua supaya membuat persiapan untuk hari perbicaraan di padang mahsyar. 


3  Perintah Allah mewajibkan kita semua supaya percaya bahawa binatang juga akan mendapat keadilan  dipadang mahsyar apatah lagi manusia. 


4. Perintah Allah mewajibkan kita semua percaya bahawa DIA MAHA ADIL. Tidak ada makhluk yang dianiaya. Semua balasan baik buruk adalah menurut amalan masing-masing semasa di dunia.


5. Perintah Allah mewajibkan kita semua supaya percaya bahawa TIADA BEKALAN yang TERBAIK di padang mahsyar melainkan AMALAN FARDU ataupun SUNAT.


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT TAHAJJUD


Peliharalah amalan BERQIAMMULAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat.


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan