KHAMIS
29 April 2021
Bersamaan
17 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana SOLAT SUNAT DHUHA dan AMALAN SUNNAH QAILULLAH
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
SALAM ISTIQOMMAH SOLAT FARDHU/TARAWIH BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING *MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI Hari *PKP 2.0 Hari KE SERATUS DUA BELAS
Salam ISTIQOMAH Menyempurnakan PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE TUJUH BELAS
Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothiellahNya sehingga ke Akhir Hayat
SALAM NUZUL AL QURAAN
TAZKIRAH DHUHA KHAMIS KE TIGA RAMADHAN 1442 HIJRAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
HIKKAM
“Terkumpulnya keburukkan dalam diri kita banyak disebabkan oleh seiringnya kita memandang buruk kepada orang lain. Pandanglah selalu orang lain dari sisi baiknya, maka kebaikan akan terkumpul pada diri kita.”
Habib Ali Bin Abdurrahman Al-Jufri
Gula ibarat sifat mahmudah,
Garam ibarata sifat mazmumah,
Campuran kedua-duanya ibarat sifat di dalam diri manusia sama ada baik atau jahat.
Dengan mengasingkan garam dan gula,ibarat kita mengasingkan keburukan dan kebaikan yang ada dalam diri.
Mengasingkan kedua-duanya,sudah pasti memerlukan masa yang lama begitu juga dengan hijrah..
Perubahan kita kepada yang lebih baik ni perlu mengambil masa kerana perubahan yang mengejut akan membuat kita terkejut.
Jasad kita ibarat botol kosong lutsinar yang diisikan air di dalamnya... Cantiknya botol itu bukan pada luaranya tapi pada isi dalamannya...
Rasulullah SAW bersabda,
“Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, niscaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama hati!“
(HR. Bukhari dan Muslim)
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Allah SWT berfirman:
بَلِ ٱللَّهُ یُزَكِّی مَن یَشَاۤءُ وَلَا یُظۡلَمُونَ فَتِیلًا
Maksudnya: ''Bahkan sebenarnya Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun"
[Surah an-Nisa': 49]
Berkata Syaikh Abdurrahman as-Sa'di rahimahullah dalam Taisiir Karimir Rahman:
أي: بالإيمان والعمل الصالح بالتخلي عن الأخلاق الرذيلة، والتحلي بالصفات الجميلة
Iaitu: "Allah membersihkan diri mereka dengan iman dan amal soleh, iaitu dengan at-Takhalli, membersihkan diri dari akhlak yang buruk, dan at-Tahalli, menghiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia”.
Kejayaan di dunia dan akhirat merupakan nikmat besar dalam hidup setiap insan. Kunci utama untuk menggapai kejayaan ini adalah dengan penyucian jiwa.
Antara sifat-sifat tercela yang perlu dicuci dan dibersihkan daripada jiwa kita ialah:
1. Takabbur: (Besar Diri)
2. Ujub: (Bangga diri)
3. Riyak: (Menunjuk-nunjuk)
4. Hubbul Mal (Cinta Harta)
5. Hubbul Jah (Cinta Pangkat)
6. Hubbus Shuhrah (Cinta Kemashuran )
7. Tamak
8. Hubbus Shahawat (Cinta Nafsu)
.9. Hasad Dengki
10. Hubbud dunya (Cinta Dunia)
Segala sifat ini perlu kepada proses pembersihan jiwa yang mana Allah SWT akan memberi kejayaan kepada mereka yang berusaha kearah perkara tersebut. Tanpa proses ini, manusia akan mudah tergoda oleh bisikan syaitan untuk melakukan kemungkaran.
Ini menunjukkan bahawa hakikat penyucian jiwa adalah diawali dengan membersihkan jiwa iaitu membersihkannya dari kotoran, maksiat dan perbuatan dosa, setelah itu menghiasinya dengan melakukan berbagai amal ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda:
إِنَّ العَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ، فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ
Maksudnya: ''Apabila seorang hamba melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila dia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila dia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya..."
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]
Setiap mukmin hendaklah menyedari bahawa penyucian jiwa merupakan satu tuntutan dalam Islam. Setiap mukmin perlu melakukan muhasabah diri bagi mengenalpasti penyakit-penyakit hati yang ada dalam dirinya lalu berusaha membersihkan jiwa melalui proses taubat, menuntut ilmu agama dan mengamalkannya dalam kehidupan harian, disamping sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan ketakwaan dan kesucian jiwa.
BAGAIMANA SIKAPMU TERHADAP AL QURAN?
Firman Allah SWT :
وَإِذَا مَاۤ أُنزِلَتۡ سُورَةࣱ فَمِنۡهُم مَّن یَقُولُ أَیُّكُمۡ زَادَتۡهُ هَـٰذِهِۦۤ إِیمَـٰنࣰاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فَزَادَتۡهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَهُمۡ یَسۡتَبۡشِرُونَ
Terjemahan :
"Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).
(Surah At-Tawbah :124)
"JANGAN KITA MENYOMBONGKAN DIRI"
Firman Allah SWT
لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ
• "Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan.
• "Sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur."
[Surah An Nahl : 23]
Tidak Dicatat Sebagai Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِأُمَّتِي عَمَّا تُوَسْوِسُ بِهِ صُدُورُهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَتَكَلَّمْ بِهِ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku ini sesuatu yang terdetik dalam hati selama tidak dilakukan, atau diucapkan. Dan apa-apa yang dipaksakan kepadanya." (HR Ibnu Majah No: 2034) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Niat buruk yang terdetik dalam hati tidak akan dicatat sebagai suatu dosa selagi tidak dilakukan atau diucapkan.
2. Sesuatu amalan buruk yang dipaksakan kepada seseorang tidak dicatat sebagai dosa bila sampai pada tingkatan terancam nyawanya, anggota tubuhnya, hartanya dan yang semisal dengannya dimana dia tidak mampu mengelaknya.
Allah Ta’ala berfirman:
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.”
(QS. An Nahl: 106)
3. Jika orang yang dipaksa ini bersabar dengan tidak mahu mengucapkan ucapan kekafiran, bersabar atas gangguan dan sesuatu yang menyakitkan dan mengharap pahala dari Allah tentunya hal ini lebih mulia. Seandainya dia terbunuh kerana memegang prinsip akidahnya yang benar dan tidak mahu mengucapkan ucapan kekafiran maka dia termasuk orang yang mati syahid.
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT DHUHA
Peliharalah Amalan TIDUR SUNNAH QAILULLAH setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
KHAMIS
29 April 2021
Bersamaan
17 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana SOLAT SUNAT DHUHA dan AMALAN SUNAH QAILULLAH
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU/TARAWIH BERJEMAAH di MASJID/MUSSOLA/ RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI ...PKP 2.O Hari KE SERATUS DUA BELAS
Salam Istiqommah Menyempurnakan PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE TUJUH BELAS
Salam istiqommah memburu MardhothiellahNya sehingga ke akhir Hayat
SALAM NUZUL AL QURAAN
TAZKIRAH DHUHA KHAMIS KE TIGA RAMADHAN 1442 HIJRAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
HIKKAM.
Apabila kita melihat sendiri keadaan saudara-saudara miskin di luar sana barulah kita sedar betapa banyak nikmat yang kita peroleh. Allahu, aku malu kepada Allah selama ini banyak nikmat yang ku peroleh tetapi ku biarkan mereka-mereka di luar sana melarat, aku malu kepada Allah kerana aku biarkan jiran-jiran ku menahan kelaparan, aku malu kepada Allah kerana aku tidak pernah membantu mereka yang susah, aku malu kepada Allah krn aku hidup dalam kemewahan sedangkan mereka di luar sana sedang bertarung hidup dalam kesusahan dan aku malu kepada Allah kerana aku bazirkan nikmat ku peroleh sedangkan mereka di luar sana sedang mengumpul nikmat yang ku bazirkan.
Apa yang aku akan jawab kepada Allah jika selama ini aku tidak pernah membantu saudara-saudaraku yang hidup dalam kemiskinan. Apakah aku patut memasuki syurga Allah sedangkan saudara-saudaraku kubiarkan hidup melarat. Layakkah aku menghirup udara Allah dan merasai nikmat Allah sedangkan nikmat itu tidak aku kongsikan kepada saudara-saudaraku yang menahan lapar. Aku malu dengan baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang memilih hidup miskin semata-mata ingin melihat saudara-saudara seagama di luar sana tidak hidup melarat. Allahu...
InSyaaAllah semoga kita semua diberikan kekuatan Alah untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya.. Aamiin
ISTIQOMMAH PERBAIKI..
"Tempat jatuhnya Pandangan Allah ialah pada hati dan amalanmu. InSyaaAllah Istiqommah ...Perbaiki hati setiap hari semoga Allah Redha"..
Niat dan Hijrah Kerana Allah
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan).
(HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap amal seseorang itu bergantung kepada niat.
2. Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah).
3. Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.
4. Ganjaran pahala seorang mukmin akan diberi berdasarkan kadar niatnya.
5. Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.
6. Orang yang berhijrah kerana wanita, dia juga hanya akan dapat
yang diniatkan.
7. Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.
8. Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk, yang dilarang oleh Allah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah.
Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah dengan meninggalkan sebarang keburukan dan dosa kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai.
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Allah SWT berfirman:
وَمَا جَعَلۡنَا لِبَشَرࣲ مِّن قَبۡلِكَ ٱلۡخُلۡدَۖ أَفَإِی۟ن مِّتَّ فَهُمُ ٱلۡخَـٰلِدُونَ
Maksudnya: ''Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?"
[Surah al-Anbiya' ayat 34]
Allah SWT menegaskan dalam ayat ini bahawa semua manusia akan mati dan tiada seorang pun yang kekal hidup di alam dunia ini. Nabi Muhammad SAW insan kesayangan Allah SWT sama dengan manusia lainnya, yakni tidak akan kekal hidup di dunia ini. Allah SWT tidak menjadikan kehidupan abadi melainkan di negeri akhirat kelak.
یَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا مَتَـٰعࣱ وَإِنَّ ٱلۡـَٔاخِرَةَ هِیَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ
Maksudnya: ''Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal"
[Surah Ghafir ayat 39]
Ingatlah ketetapan Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan Allah menetapkan bahawa hidup di dunia ini adalah ujian. Manusia diuji dengan dengan dua jenis ujian, iaitu keburukan dan kebaikan sebagai cubaan untuk mengukur kualiti iman dan kesabaran manusia. Sesiapa yang sabar dalam mengerjakan kebaikan maka dia layak beroleh ganjaran syurga. Sesiapa yang tidak sabar menahan diri daripada perkara-perkara yang ditegah oleh Allah maka dia akan ditempatkan di dalam neraka, seburuk-seburuk tempat kembali.
Seluruh manusia akan dikembalikan kepada Allah untuk dipertanggungjawabkan mengenai cara hidupnya di dunia dan mendapatkan hasilnya, samada keredhaan atau kemurkaan Allah.
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقࣱ
Maksudnya: ''(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar"
[Surah az-Zariyat ayat 5]
Ilmu Asas Pengetahuan
Allah SWT berfirman:
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِی خَلَقَ خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ ٱلَّذِی عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ یَعۡلَمۡ
Maksudnya: ''Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"
[Surah al-Alaq ayat 1-5]
Kepada seluruh warga pendidik, biar penat berdiri, jangan penat memberi, biar lelah terduduk, jangan lelah membentuk. Biar penat bercakap, jangan penat berharap.
Pahala Amal Yang Berterusan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya."
(HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.
2. Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:
a. Sedekah yang pernah di buat semasa hidup sama ada berbentuk harta wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.
b. Ilmu bermanfaat yang disampaikan sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup. Termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp dan lain-lain. Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau
memulakan.
c. Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.
Semoga segala amal yang kita lakukan semasa hidup akan mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT DHUHA
Peliharalah Amalan SUNNAH QAILULLAH setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
0 Ulasan