Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 16

 RABU

28 April 2021

Bersamaan

16 Ramadhan 1442 Hijrah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana QIMMULAIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH di Mussola/Surau dan Masjid

Salam ISTIQOMMAH MEMATUHI ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN TERKINI. ..PKP/B/P 2.0 HARI KE SERATUS SEBELAS

Salam Istiqommah BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE ENAM BELAS

Salam ISTIQOMAH  MENERUSKAN PEMBURUAN MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


TAZKIRAH QIAMMULAIL HARI RABU KE TIGA RAMADHAN 1442 Hijrah


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بار ك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم


HIKKAM


Kalau seorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri,menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri atau huzuzunnafs yang tersembunyi.


Orang mukmin sejati itu bukan saja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir tapi gerakan hati dan fikiran pun sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.


Kalau dalam jemaah sendiri, tidak dapat ditegakkan Islam itu secara syumul sesuai dengan kuasa yang ada,apa jaminan kita boleh tegakkan Islam secara syumul di dalam negara yang lebih susah lagi?


SENTIASA MELIHAT ALLAH


Setiap urusanmu dan perihalmu di dunia mahupun di akhirat, maka bukanlah kamu yang mutlak kerana Allah itu sentiasa ada dan berkuasa pada setiap sesuatu.


Di awal dan akhirnya.

Maka bukalah mata hatimu agar sentiasa melihatNya dalam jaga dan lenamu.


*Kita tidak akan mendapat 

ketenangan jiwa* Melainkan ALLAH di hati."


~TG Syeikh Muhammad Zainul Asri


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ.

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan neraka jahannam, dari siksaan kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian,Serta dari kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.” 


Jangan biarkan kesulitan membuatmu gelisah, karena bagaimanapun juga hanya di malam yang paling gelap lah bintang-bintang tampak bersinar lebih terang  - 

Ali Bin Abi Thalib


Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ


Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang munkar." (Sunan Tirmizi No: 1921) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1.  Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua, mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah SAW dan Adab seorang Muslim.


2.  Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk salah satu daripada tuntutan Islam. Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ


"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua" 

(Musnad Ahmad  No:1555)


3.  Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ


"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua" (Sunan Abu Daud No: 4203) Dihasankan oleh Imam Nawawi dalam Riyadhus Solihin dan juga Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.


Dahulukan orang yang lebih tua daripada kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:


كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ  فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ 


"Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu" 

(Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al-Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', No: 249)


Berusahalah kita memiliki sifat rahmah dengan menghormati,   mendahulukan dan mengutamakan orang yang lebih tua. Orang yang lebih muda sewajarnya terlebih dahulu menegur, memberi salam, juga menziarahi orang yang lebih tua daripada kita. Bagi orang yang tua, sayangilah yang lebih muda daripada kita.


TADDABUR AYAT AL QURAAN

       

Allah SWT berfirman:


وَلَا یُنفِقُونَ إِلَّا وَهُمۡ كَـٰرِهُونَ


Maksudnya: ''Dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci" 

[Surah at-Tawbah; 54]


Allah SWT menyebut sifat orang munafik iaitu mereka tergolong dalam golongan manusia yang enggan bersedekah, tersangat kedekut dan jika bersedekah pun dalam keadaan benci dan hati yang berat. 


Di dalam ayat yang lain, Allah SWT menyebut sifat bakhil orang munafik ini dengan menyatakan mereka sentiasa menggenggam tangan yakni 'genggam tak tiris' (kedekut bakhil). 

Allah SWT berfirman:


وَیَقۡبِضُونَ أَیۡدِیَهُمۡۚ 


Maksudnya: ''Dan mereka pula menggenggam tangannya (kedekut bakhil)" 

[Surah at-Tawbah: 67]


Ketahuilah bahawa di antara petanda kiamat ialah berleluasanya sifat bakhil. Pada saat ini, sebahagian daripada kita di uji dengan limpahan harta kekayaan dan rezeki yang berterusan namun dalam masa yang sama sifat kedekut dan bakhil menjadi penghalang utama untuk menggunakan harta kurniaan Allah swt pada jalan yang benar dan untuk membantu golongan yang memerlukan.


Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a berkata, Nabi saw bersabda: "Salah satu tanda kiamat ialah meluasnya sifat kedekut (bakhil)" 

[Hadis Riwayat at-Thabrani]


Jauhilah sifat bakhil kerana ia bukan hanya dibenci oleh Rasulullah SAW dan orang beriman malah para malaikat juga membencinya. 

Rasulullah SAW bersabda:


 مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُوْلُ اْلآخَرُ: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا


Maksudnya: ''Tidak ada satu hari pun dimana seorang hamba berada padanya kecuali terdapat dua Malaikat turun kepadanya. Salah satu di antara keduanya berkata: "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang bersedekah". Sedangkan yang lainnya berkata: "Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil" 

[Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Jauhilah sifat bakhil kerana ia sifat orang munafik. Jadilah orang beriman yang pemurah, suka bersedekah dan istiqamah dalam menyantuni golongan yang berada dalam kesulitan.


Allah SWT berfirman:


وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا


Maksudnya: ''Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini" 

[Surah al-Furqan: 63]


Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah: "Apabila orang jahil membodohkan mereka (orang beriman) dengan keburukan, janganlah mereka .


Berkata Imam al-Maraghi rahimahullah: "Apabila mereka disapa oleh orang jahil dengan perkataan buruk, mereka tidak pula membalasnya dengan perkataan buruk malahan memaafkan dengan bercakap yang baik". [Lihat: Tafsir al-Maraghi]


Inilah sifat terpuji hamba Allah yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mereka sentiasa membalas kejahatan dengan kebaikan, membalas cacian dengan senyuman, membalas makian dengan kemaafan, membalas permusuhan dengan perdamaian. 


ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ فِی ٱلسَّرَّاۤءِ وَٱلضَّرَّاۤءِ وَٱلۡكَـٰظِمِینَ ٱلۡغَیۡظَ وَٱلۡعَافِینَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ یُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِینَ


Maksudnya: ''Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" 

[Surah Aali Imran: 134]


خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ


Maksudnya: ''Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" 

[Surah al-A'raf: 199]


Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk tetap berbuat baik kepada orang lain meskipun orang tersebut membalasnya dengan kejahatan.


“Adalah Rasulullah SAW orang yang paling bagus akhlaknya. Baginda tidak pernah kasar, berbuat keji, berteriak-teriak di pasar dan membalas kejahatan dengan kejahatan. Malahan baginda seorang pemaaf dan mendamaikan” 

[Hadis Riwayat Ibnu Hibban]


Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas maka Allah memberinya maaf pada hari kesulitan" 

[Hadis Riwayat at-Thabrani]


Memaafkan orang yang melakukan kejahatan kepada kita adalah sifat kesatria. Alangkah baiknya jika kita sentiasa memaafkan sebelum orang lain meminta maaf. Doakan saja orang tersebut, minta kepada Allah SWT untuk membukakan pintu hatinya dan memberinya hidayah untuknya bertaubat serta tergolong di kalangan hambaNya yang baik-baik.


KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN MENGUNDANG AZAB ALLAH SWT.


Berhati-hati dengan segala ujian yang melanda umat manusia hari ini.

Sesungguhnya Allah SWT telah memberi peringatan dan menjanjikan azab yang pedih kepada manusia bukan hanya pada yang zalim, malah kepada yang beriman juga.


وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


“Dan peliharalah dirimu daripada azab yang bukan hanya menimpa orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab siksa-Nya”

~Al-Anfal, 25


Imam Ahmad bin Hanbal juga meriwayatkan hadis dari Ummu Salamah, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab (siksa) kepada mereka. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah tidak ada pada waktu itu orang-orang soleh?” 

Baginda menjawab:

"Ada". 


Aku bertanya lagi; "Apa yang akan Allah perbuat kepada mereka?" Jawab Baginda: "Allah akan menimpakan kepada mereka azab sebagaimana yang ditimpakan kepada orang-orang yang melakukan maksiat, kemudian mereka akan mendapat ampunan dan keridhoan dari Tuhannya."

~HR. Imam Ahmad.


Demikianlah apabila suatu kaum sudah melakukan maksiat dan menentang perintah-perintah Allah SWT serta mengkufuri nikmat-nikmatNya.


Lalu bagaimanakah dengan kita yang hidup dalam keadaan demikian, kehidupan yang dipenuhi dengan kemaksiatan dan kemungkaran?


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat Tahajjud.


Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan