SELASA
27 April 2021
Bersamaan
16 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana QIMMULAIL
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH di Mussola/Surau dan Masjid
Salam ISTIQOMMAH MEMATUHI ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN TERKINI. ..PKP 2.0 Hari KE SERATUS SEPULUH
Salam Istiqommah BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE LIMA BELAS
Salam ISTIQOMAH MENERUSKAN PEMBURUAN MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
TAZKIRAH QIAMMULAIL HARI SELASA KE TIGA RAMADHAN 1442 Hijrah
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بار ك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم
HIKKAM
Kalau kita bersetuju dengan satu perkara atau tidak bersetuju dengan satu perkara, biarlah atas dasar ilmu, ertinya ada hujah, bukan atas dasar marah.
Orang akan bertambah benci, jiwa kita akan bertambah parah.
Akhirnya tindakan kita itu akan memakan diri sendiri.
Banyak iktibar di dalam kehidupan manusia, bahkan ia berlaku setiap hari.
Kalau manusia mahu belajar dengan pengalaman hidup sebagai iktibar, sudah tentu manusia boleh menjadi hamba Allah yang baik.
Setiap ilmu ada tempat penggunaannya.
Mungkin ada masa-masa dan tempat-tempat tertentu sahaja diperlukan.
Seperti ilmu matematik, tidak semua perkara dan masa penggunaannya.
Begitu juga ilmu sains dan lain- lain lagi.
Tapi perlu diingat, ilmu Islam penggunaannya di semua tempat, di setiap masa, dan di semua keadaan dan situasi.
Puasa dan Sedekah
Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan mereka yang beramal di dalamnya akan memperoleh pahala berlipat ganda.
Amalan bersedekah pada bulan Ramadan dengan membantu orang yang berpuasa, orang yang melakukan solat malam dan orang yang berzikir supaya mereka lebih mudah dalam beramal. Orang yang membantu akan mendapatkan pahala seperti pahala mereka yang beramal sebagaimana Nabi SAW menyebutkan keutamaan orang yang memberi makan kepada orang yang buka puasa.
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Sesiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut walaupun sedikit.”
(HR Tirmidzi & Ahmad)
Menggabungkan amalan puasa dan sedekah boleh menjadi penyebab seseorang dimudahkan masuk syurga sebagaimana disebutkan dalam hadis:
عَنْ عَلِىٍّ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا. فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ
Daripada Ali RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di syurga ada bilik yang luarnya dapat dilihat dari dalamnya dan dalamnya boleh dilihat dari luarnya.” Lantas orang Arab Badwi ketika mendengar perkara itu terus berdiri dan berkata, “Untuk siapa keistimewaan-keistimewaan tersebut, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Itu disediakan bagi orang yang berkata yang baik, memberi makan (kepada orang yang memerlukan), rajin berpuasa dan melakukan solat pada malam hari ketika manusia lena tidur.”
(HR Tirmidzi & Ahmad)
Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, sifat-sifat yang disebutkan di atas semuanya terkumpul pada bulan Ramadan kerana orang yang beriman akan mengumpulkan pada dirinya amalan puasa, solat malam, sedekah dan berkata yang baik yang mana ketika berpuasa, dilarang berkata yang tidak benar dan sia-sia.
Menggabungkan amalan sedekah dan puasa boleh menjadi penyebab kemudahan meraih ampunan dosa dan selamat daripada seksa neraka, lebih-lebih lagi jika kedua-dua amalan tersebut ditambah dengan amalan solat malam.
Puasa adalah pelindung daripada seksa neraka sebagaimana hadis:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ مِنَ النَّارِ كَجُنَّةِ أَحَدِكُمْ مِنَ الْقِتَالِ
“Puasa adalah pelindung daripada neraka seperti pelindung salah seorang daripada kalian ketika ingin berlindung daripada pembunuhan.”
(HR Ibnu Majah No 1708)
Manakala, mengenai sedekah dan solat malam disebutkan dalam hadis:
وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ
“Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana api dapat dipadamkan dengan air, begitu pula solat seseorang selepas tengah malam.”
(HR Tirmidzi No 2616)
Dalam puasa kita tentunya ada cacat dan kekurangan, maka sedekah itulah yang menutupi kekurangan tersebut. Mengeluarkan zakat fitrah di hujung Ramadan boleh menjadi penyuci diri mereka yang berpuasa.
Disebutkan dalam hadis, Ibnu Abbas RA berkata:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan mereka yang berpuasa daripada kata-kata yang sia-sia dan kata-kata kotor, juga untuk memberi makan kepada orang miskin.”
(HR Abu Daud No 1609)
Marilah kita suburkan amalan bersedekah
TADDAABUR AYAT AL QURAAN
Hari Kemuliaan atau Kehinaan
يَوۡمَ تَجِدُ كُلُّ نَفۡسٖ مَّا عَمِلَتۡ مِنۡ خَيۡرٖ مُّحۡضَرٗا وَمَا عَمِلَتۡ مِن سُوٓءٖ تَوَدُّ لَوۡ أَنَّ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَهُۥٓ أَمَدَۢا بَعِيدٗاۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ
(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.
Surah Al-Imran, Ayat 30
SOLAT DI KUBUR DAN HAD MASANYA
Haruskah solat jenazah dilakukan selepas tanamnya di atas kuburnya?
Berapa lamakah had masanya yang dibolihkan solat tersebut?
Solat jenazah wajib dilakukan sebelum tanam olih sekumpulan orang. Haram hukumnya ditanam dahulu sebelum dari solat jenazahnya dengan sengaja.
Tetapi orang yang tidak hadir melainkan selepas tanamnya maka harus ia solat jenazah di atas kubur. Inilah pendapat yang benar.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَبْرٍ قَدْ دُفِنَ لَيْلا ، فَقَالَ : مَتَى دُفِنَ هَذَا ؟ قَالُوا : الْبَارِحَةَ . قَالَ : أَفَلا آذَنْتُمُونِي !؟ قَالُوا : دَفَنَّاهُ فِي ظُلْمَةِ اللَّيْلِ فَكَرِهْنَا أَنْ نُوقِظَكَ . فَقَامَ فَصَفَفْنَا خَلْفَهُ ، قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَأَنَا فِيهِمْ فَصَلَّى عَلَيْهِ
artinya : "Sungguhnya Rasulullah saw lalu pada sebuah kubur yang baru ditanam semalam maka sabda baginda : Bilakah ia ditanam? Jawab para sahabat : Semalam. Sabda baginda : Kenapa kamu semua tidak beritahu kepadaku? Jawab para sahabat : Kami menanamnya pada malam yang sangat gelap maka tidak suka kami untuk membangunkan tuan. Maka berdiri Nabi saw untuk solat dan beratur kami dibelakangnya. Kata Ibnu Abbas : Dan aku ada bersama mereka dan solat atas kubur itu."
(Hadith Imam Bukhari)
Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dalam kitab Al-Musannaf perhimpunan dari amalan sahabat dan tabi'in dari mereka yang solat di atas kubur kemudian daripada tanam yang antaranya ialah Aisyah r.a. solat atas kubur saudaranya Abdul Rahman dan Ibnu Umar r.a. yang solat atas kubur saudaranya 'Asim dan juga Sulaiman bin Rabi'ah dan Ibnu Sirrin dan lain dari mereka itu.
Ibnu Hazm meriwayatkan antara yang solat di atas kubur ialah Anas bin Malik r.a. dan Ali r.a. dan Ibnu Mas'ud r.a.
Berkata Syeikh Mahalli :
يجب تقديم الصلاة على الدفن، وتصح بعد الدفن على القبر
artinya : "Wajib solat jenazah itu didulukan sebelum tanam. Dan sah solat jenazah itu kemudian daripada tanam di atas kubur."
(Syarah Minhaj Lil Mahalli)
Adapun masalah berapa lama boleh solat atas kubur maka ada empat pendapat disisi ulamak :
Pertama :
Selama tiga hari
Kedua :
Selama sebulan
Ketiga : Selama belum hancur mayat
Keempat : Selama-lamanya
Apabila didatangkan kebaikan (kemakmuran) kepada mereka lalu mereka pun berkata; sudah sepatutnya kami menerima kebaikan diatas usaha kami. Tetapi apabila mereka ditimpa kesusahan (ujian atau cobaan) mereka lemparkan sebab-sebab kesialan itu kepada Nabi Musa 'alahissalam dan orang-orang yang bersama- sama dengannya. Ketahuilah sesungguhnya (sebenarnya) kesialan (kecelakaan) mereka itu adalah ketetapan dari Allah akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(jahil)
Q.S.alA'raaf 7:131.
Diriwayatkan dari sahabat Haritha bin an-Nukman rodhiyallahu 'anhu berkata;
Telah bersabda Nabi yang mulia Sollallahu
'alaihi wasallam didalam sebuah hadithnya yang bermaqsud;
"Tiga (3) perkara yang senantiasa ada pada ummatku iaitu:
kepercayaan sial,berhasad dengki (irihati) dan prasangka. (buruk sangka)
Dia (Haritha) bertanya kepada Rosulullah; Apakah yang bolih menghilangkan (menghapuskan) dari semua perkara itu wahai Rosulallah bagi sesiapa yang wujudnya perbuatan- perbuatan tersebut pada dirinya? Baginda Sollallahu 'alaihi wasallam menjawab;
Apabila berhasad dengki (beririhati) hendaklah meminta ampun, (kepada Allah) Apabila berperasangka (bersangka buruk terhadap manusia) hendaklah jangan diteruskan, (hilangkan dari benak fikiran) apabila mempercayai kesialan (tathoiyyur) hendaklah dihapuskan". (dari ingatan)
Hadith Riwayat Imam At Thobrani
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat Tahajjud.
Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
0 Ulasan