SABTU
24 April 2021
Bersamaan
12 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Salam ISTIQOMMAH MENUNAIKAN SUNNAH QIAMMULAIL
Salam ISTIQOMMAH MELAKSANA AMALAN SUNNAH DALAM KEHIDUPAN
Salam ISTIQOMMAH MEMPERBANYAK ISTIGHFAR, BACAAN SALAWAT,TADARUS,TADDABUR serta MENGHAFAL SURAH/AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH di Mussola Surau dan Masjid
Salam ISTIQOMMAH MEMATUHI ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN TERKINI. ..PKP 2.0 HARI KE SERATUS TUJUH
Salam ISTIQOMMAH Melaksanakan BERSAHUR PUASA RAMADHAN1442 Hijrah HARI KE DUA BELAS
Salam ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat.
TAZKIRAH QIAMMULAIL SABTU KE DUA RAMADHAN 1442 Hijrah
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
HIKKAM
KAWAN YANG SOLEH
Berkawan dengan orang lebih soleh, kita akan tergerak hati nak mensolehkan diri.
Berkawan dengan orang lebih baik, kita berlumba-lumba untuk buat kebaikan.
Berkawan dengan orang lebih kaya, kita pun terinspirasi dan bekerja lebih keras.
Berkawan dengan orang lebih pandai, kita jadi excited untuk belajar macam-macam.
Berkawan dengan orang banyak rumah, kita pun teringin nak beli rumah lagi dan lagi.
Berkawan dengan orang yang lebih susah, kita dapat peluang untuk bantu mereka.
Berkawan dengan orang yang tidak bernasib baik, kita jadi orang yang lebih bersyukur.
Berkawan dengan orang yang buruk perangai, kita hadir untuk dakwah menegurnya.
Sebenarnya kita kena berkawan dengan semua orang. Berkawan dengan orang yang atas daripada kita, menjadikn kita lebih baik dan rendah diri. Berkawan dengan orang di bawah kita, menjadikan kita selalu ingat akan asal usul dan tidak lupa diri.
Orang paling dzalim terhadap dirinya adalah yang mau merendahkan diri kepada selain Allah dan mengharap cinta kepada selain Allah yang tidak bisa memberinya manfaat - Imam Syafi'i
Puasa dan Riadah
Ibadat puasa yang dilaksanakan bukan bermaksud menyuruh kita duduk dan tidur sahaja. Walaupun kita berpuasa, Mukmin perlu sentiasa dilihat kuat dan cergas. Dalam seerah menceritakan perang Badar dan pembukaan kota Mekah berlaku pada bulan Ramadan ketika umat Islam berpuasa.
Rasulullah SAW menyebutkan mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. (HR Muslim No: 4816) Status: Hadis Sahih
Tubuh badan yang kuat dan cergas datang daripada mereka yang sentiasa menjaga kesihatan antaranya melalui riadah. Seseorang yang berpuasa boleh melakukan riadhah ringan tanpa membawa kemudharatan. Riadhah adalah perlu untuk sendi dan otot yang mantap.
Masa terbaik ialah sejam sebelum berbuka kerana boleh minum selepas berbuka. Sekiranya dilakukan pada waktu tengah hari, badan akan kehilangan air dan tidak boleh minum untuk menggantikannya. Boleh juga riadhah pada waktu malam selepas tarawih atau sebelum bersahur, supaya boleh rehydrate badan kembali sebelum berpuasa esoknya.
Riadah ringan yang boleh dilakukan adalah simple stretching (regangan), resistant exercise, aktiviti menguatkan otot (strengthening), aktiviti kardio ringan dan berjalan kaki. Elakkan aktiviti yang berat yang boleh menyebabkan keletihan melampau dan kekurangan air atau dehydration.
Berpuasa bukan alasan untuk tidak beriadah atau bersenam. Kita hanya perlu tahu cara yang betul bagi melakukannya.
Semoga Ramadan pada kali ini, kita dapat mengerjakan ibadat puasa dengan sebaiknya. Bagi yang ada penyakit, dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan ubat-ubatan yang perlu serta riadah yang sesuai. Semoga kita dapat terus mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat.
Setiap Kebaikan Adalah Sedekah
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ
Dari Jabir bin Abdullah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu." (HR Tirmizi No: 1893) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala
2. Sedekah mencakupi aspek harta, tenaga, usaha dan, tindakan yang telus dan ikhlas dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain.
3. Antara bentuk kebaikan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui.
4. Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya, itu juga sedekah
Lakukanlah kebaikan semampu kita walaupun kecil. Moga ia menjadi pahala diakhirat.
Kebaikan dan Dosa
عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ.
Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya." (HR Muslim, No: 2553) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Fitrah manusia sukakan kebaikan juga inginkan kebaikan. Kebaikan itu adalah akhlak yang baik.
2. Akhlak yang baik terhasil daripada ketaatan kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.
3. Hati yang tenang adalah jiwa yang memiliki nur (cahaya) sehingga dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah, perkara yang jujur dan yang bohong, perkara yang terpuji dan tercela, kerana itulah petunjuk yang datang daripada jiwa seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan.
4. Manusia yang fitrahnya suka melakukan kebaikan akan menyebabkan hati tenang. Manakala perkara dosa pula akan menggementarkan hati. Apabila melakukan dosa, hati akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, berdebar-debar, resah gelisah, cemas, bimbang dilihat atau diketahui oleh orang lain.
5. Pelaku dosa sentiasa bimbang dan tidak mahu jika perlakuan buruknya diketahui oleh orang lain.
KALAU KENA KECAM DALAM DAKWAH, APA NAK BUAT?
Sunnah dalam dakwah adalah dikecam, dihina, difitnah dan dijauhi. Perkara itu biasa. Namun, bagaimana cara untuk kita berinteraksi dengan kecaman dan cacian manusia?
1) Pertama, bila dikecam, benda paling awal perlu kita buat ialah MUHASABAH DIRI KITA.
Mungkin kecaman tu berlaku disebabkan salah kita sendiri, atau dosa yang kita buat, atau kita sendiri yang buka ruanh fitnah. Maka jika itu berlaku, kita perlu bertaubat dan minta ampun pada Allah, serta BAIKI DIRI KITA menjadi orang yang lebih baik. Tak rugi pun muhasabah diri.
2) Kedua, sekiranya kecaman itu berlaku oleh sesuatu yang bukan salah kita, bermakna kita berada di pihak yang benar, maka bersabarlah, teruskan dakwah, jangan melayan provokasi dan kecaman tersebut, jangan biarkan kutukan itu melemahkan kita dari terus berdakwah. Yakinlah, bila kita istiqamah, lama kelamaan orang yang benci kita, akan suka pada kita.
3) Ketiga, doa pada Allah dan kembali pada Allah. Allah takdirkan ada orang kutuk dan kecam kita kerana Allah nak jaga hati kita daripada riak, sombong dan ujub.
Allah nak kita kembali pada dia, dan berdoa merintih pada dia. Allah nak kita sedar yang kita ni hamba yang lemah serta perlukan dia. Bayangkan kalau kita kena puji je, boleh rosak hati kita dan kita akan mula lupa diri, kan? Oleh itu kuatkan hubungan kita dengan Allah tiap kali dikutuk
"Nasihat itu mudah. Yang sulit adalah menerimanya, kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang."
[Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى]
Jom bangun Bertahajjud mencari redhoNya.
Renungan untuk diri sendiri
Ketika ramai orang mengatakan GST yang kerajaan berikan pada kita suatu yang tidak baik...apa kata kita mohon GST yang terbaik dari Allah..
Marilah kita berdoa untuk
dapat GST yang terbaik itu untuk kebaikan kita semua..
Ya Allah..
Kami dah jadi Geng Sudah Tua (GST)....jangan pula jadikan kami Golongan Sedap Tidor (GST), Ya Allah, sebaliknya jadikan lah kami Golongan Solat Tahajjud (GST). Bantulah kami bina Generasi Sayang Tuhan (GST). Ya Rahman, jadikan kami Generasi Solat Terkhusyuk (GST). Ya Allah, jadikan juga kami Geng Surau Tetap (GST) ... berjemaah di surau dan masjid...In sha Allah..
Dan hindarilah anak cucu kami dari menjadi Geng Subuh Terlajak (GST)...Ya Allah jadikan Kami geng selalu Taubat (GST)..
Aamiin Yaa Robbal 'Alamiin
GAGAHILAH SOLAT TAHAJJUD
Renungan pagi
Orang yang sangat mulia di antara manusia adalah orang yang sangat banyak mengingat mati dan sangat siap menghadapinya dengan bekal amal shalih.
Mashaallah. Allahuakbar. Ampunilah hambaMu ini. Jom bangun sujud padaNya selagi diberi kesemptan
Hati yang berhubung dengan Allah tidak akan mudah terguris dengan kata-kata dan karenah manusia.
Jika hati masih mudah terluka dengan kata-kata dan karenah manusia, itu petunjuk hubungannya masih lemah dengan Allah.
[ Ubat Hati - Almarhum TGNA ]
Jom bangun sujudlah padaNya...
Renungan
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan Adab dan Ketinggian Ilmu seseorang. Bukan terletak pada Wajah dan Pakaiannya."
[HAMKA]
Jom bangun ...... Jom bangun...*Tahajjud.
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Keyakinan Dalam Berdoa
1. Ketika memohon agar dikurniakan anak, Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria menutup doa mereka dengan ayat yang menunjukkan keyakinan mereka bahawa Allah Maha Mendengar doa mereka.
2. Keyakinan mereka terhadap doa dan hubungan dengan Allah ini akhirnya membuahkan hasil. Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria dikurniakan anak walaupun dalam usia mereka yang sudah terlalu tua bahkan mereka sendiri mempersoalkan dalam dialog mereka.
Kata Nabi Zakaria:
قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَقَدْ بَلَغَنِيَ الْكِبَرُ وَامْرَأَتِي عَاقِرٌ
"Dia berkata: Wahai Tuhanku bagaimana mungkin aku dikurniakan anak sedangkan aku sudah tua dan isteriku tidak boleh mengandung."
(Surah Ali Imran: 40)
4. Begitulah doa oleh kedua orang Nabi ini mendidik kita bagaimana Allah berupaya memberikan rezeki pada seseorang sekalipun dalam keadaan yang tidak kita sangkakan. Pusatkan keyakinan kepada Allah dalam doa kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Jangan Sekali Kali Kita Mempersekutukan Allah
Allah SWT berfirman:
لَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ فَتَقْعُدَ مَذْمُومًا مَخْذُولًا.
Maksudnya: "Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan."
[Surat Al-Isra' ayat 22]
Allah SWT berfirman:
وَإِنْ كُلٌّ لَمَّا جَمِيعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ
Maksudnya: Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
Surah Yasin Ayat 32
Antara tuntutan ayat ialah:
1. Perintah Allah supaya kita yakin bahawa semua manusia akan dikumpulkan dipadang mahsyar untuk dipertanggungjawabkan.
2.Perintah Allah mewajibkan kita semua supaya membuat persiapan untuk hari perbicaraan di padang mahsyar.
3 Perintah Allah mewajibkan kita semua supaya percaya bahawa binatang juga akan mendapat keadilan dipadang mahsyar apatah lagi manusia.
4. Perintah Allah mewajibkan kita semua percaya bahawa DIA MAHA ADIL. Tidak ada makhluk yang dianiaya. Semua balasan baik buruk adalah menurut amalan masing-masing semasa di dunia.
5. Perintah Allah mewajibkan kita semua supaya percaya bahawa TIADA BEKALAN yang TERBAIK di padang mahsyar melainkan AMALAN FARDU ataupun SUNAT.
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT TAHAJJUD dan Qiammulail
Peliharalah amalan berqiammulail setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat.
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
SABTU
24 April 2021
Bersamaan
12 Ramadhan 1442 Hijrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Salam ISTIQOMMAH melaksana SOLAT SUNAT DHUHA dan AMALAN SUNAH QAILULLAH
Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNAH dalam KEHIDUPAN
Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN
Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU/TARAWIH BERJEMAAH di MASJID/MUSSOLA/ RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI ...PKP 2.0 Hari KE SERATUS TUJUH
Salam Istiqommah Menyempurnakan PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE DUA BELAS
Salam istiqommah memburu MardhothiellahNya sehingga ke akhir Hayat
TAZKIRAH DHUHA SABTU KE DUA RAMADHAN 1442 HIJRAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
HIKKAM.
Apabila kita melihat sendiri keadaan saudara-saudara miskin di luar sana barulah kita sedar betapa banyak nikmat yang kita peroleh. Allahu, aku malu kepada Allah selama ini banyak nikmat yang ku peroleh tetapi ku biarkan mereka-mereka di luar sana melarat, aku malu kepada Allah kerana aku biarkan jiran-jiran ku menahan kelaparan, aku malu kepada Allah kerana aku tidak pernah membantu mereka yang susah, aku malu kepada Allah krn aku hidup dalam kemewahan sedangkan mereka di luar sana sedang bertarung hidup dalam kesusahan dan aku malu kepada Allah kerana aku bazirkan nikmat ku peroleh sedangkan mereka di luar sana sedang mengumpul nikmat yang ku bazirkan.
Apa yang aku akan jawab kepada Allah jika selama ini aku tidak pernah membantu saudara-saudaraku yang hidup dalam kemiskinan. Apakah aku patut memasuki syurga Allah sedangkan saudara-saudaraku kubiarkan hidup melarat. Layakkah aku menghirup udara Allah dan merasai nikmat Allah sedangkan nikmat itu tidak aku kongsikan kepada saudara-saudaraku yang menahan lapar. Aku malu dengan baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang memilih hidup miskin semata-mata ingin melihat saudara-saudara seagama di luar sana tidak hidup melarat. Allahu...
InSyaaAllah semoga kita semua diberikan kekuatan Alah untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya.. Aamiin
ISTIQOMMAH PERBAIKI..
"Tempat jatuhnya Pandangan Allah ialah pada hati dan amalanmu. InSyaaAllah Istiqommah ...Perbaiki hati setiap hari semoga Allah Redha"..
Selawat Kita Sampai Pada Nabi ﷺ
1. Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Sesungguhnya selawat kita akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ. Sabda Rasulullah ﷺ:
وصلُّوا عليَّ فإنَّ صلاتَكُم تبلغُني حَيثُ كنتُمْ
“Dan berselawatlah ke atasku, sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.”
(HR Abu Daud)
2. Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah ﷺ memperincikan lagi tentang keharusan memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah ﷺ:
إنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي
“Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.”
(HR Abu Daud)
3. Ketika menghuraikan hadis ini, Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa ini adalah gambaran bagaimana selawat seseorang itu akan sentiasa diterima bahkan dibentangkan kepada Rasulullah melalui malaikat. Kata beliau:
يَعْنِي عَلَى وَجْهِ الْقَبُولِ فِيهِ، وَإِلَّا فَهِيَ دَائِمًا تُعْرَضُ عَلَيْهِ بِوَاسِطَةِ الْمَلَائِكَةِ
“Iaitu (hadis ini) membawa maksud gambaran penerimaan selawat seseorang itu, atau paling tidak ia menggambarkan bagaimana selawat itu dibentangkan kepada Rasulullah ﷺ melalui perantaraan malaikat.”
(Mirqah Mafatih)
4. Manakala Ibn Mulaqqin pula menyatakan bahawa maksud dibentangkan selawat itu kepada Rasulullah adalah seakan penyerahan hadiah buat Baginda Nabi ﷺ. Kata beliau:
معنى معروضة علي موصولة إلي توصل الهدايا
“Yang dimaksudkan selawat itu dibentangkan ialah ia disampaikan kepada Baginda Nabi (seperti) sampainya hadiah-hadiah.”
Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Semoga Allah membimbing kita.
TADDABUR AYAT AL QURAAN
Allah SWT berfirman:
وَمَا جَعَلۡنَا لِبَشَرࣲ مِّن قَبۡلِكَ ٱلۡخُلۡدَۖ أَفَإِی۟ن مِّتَّ فَهُمُ ٱلۡخَـٰلِدُونَ
Maksudnya: ''Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?"
[Surah al-Anbiya' ayat 34]
Allah SWT menegaskan dalam ayat ini bahawa semua manusia akan mati dan tiada seorang pun yang kekal hidup di alam dunia ini. Nabi Muhammad SAW insan kesayangan Allah SWT sama dengan manusia lainnya, yakni tidak akan kekal hidup di dunia ini. Allah SWT tidak menjadikan kehidupan abadi melainkan di negeri akhirat kelak.
یَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا مَتَـٰعࣱ وَإِنَّ ٱلۡـَٔاخِرَةَ هِیَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ
Maksudnya: ''Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal"
[Surah Ghafir ayat 39]
Ingatlah ketetapan Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan Allah menetapkan bahawa hidup di dunia ini adalah ujian. Manusia diuji dengan dengan dua jenis ujian, iaitu keburukan dan kebaikan sebagai cubaan untuk mengukur kualiti iman dan kesabaran manusia. Sesiapa yang sabar dalam mengerjakan kebaikan maka dia layak beroleh ganjaran syurga. Sesiapa yang tidak sabar menahan diri daripada perkara-perkara yang ditegah oleh Allah maka dia akan ditempatkan di dalam neraka, seburuk-seburuk tempat kembali.
Seluruh manusia akan dikembalikan kepada Allah untuk dipertanggungjawabkan mengenai cara hidupnya di dunia dan mendapatkan hasilnya, samada keredhaan atau kemurkaan Allah.
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقࣱ
Maksudnya: ''(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar"
[Surah az-Zariyat ayat 5]
Ilmu Asas Pengetahuan
Allah SWT berfirman:
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِی خَلَقَ خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ ٱلَّذِی عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ یَعۡلَمۡ
Maksudnya: ''Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"
[Surah al-Alaq ayat 1-5]
Kepada seluruh warga pendidik, biar penat berdiri, jangan penat memberi, biar lelah terduduk, jangan lelah membentuk. Biar penat bercakap, jangan penat berharap.
Pahala Amal Yang Berterusan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya."
(HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.
2. Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:
a. Sedekah yang pernah di buat semasa hidup sama ada berbentuk harta wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.
b. Ilmu bermanfaat yang disampaikan sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup. Termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp dan lain-lain. Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau
memulakan.
c. Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.
Semoga segala amal yang kita lakukan semasa hidup akan mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia
InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT DHUHA
Peliharalah Amalan SUNNAH QAILULLAH setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.
Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku
Semoga bermanafaat
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
صدق الله العظيم
يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.
Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat
"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"
_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
0 Ulasan