Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 11

 JUMAAT 

23 April 2021

Bersamaan

11 Ramadhan 1442 Hijrah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana QIMMULAIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH di Mussola/Surau dan Masjid

Salam ISTIQOMMAH MEMATUHI ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN TERKINI. ..PKP/B/P 2.0 HARI KE SERATUS ENAM

Salam Istiqommah BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1542 Hijrah HARI KE SEBELAS

Salam ISTIQOMAH  MENERUSKAN PEMBURUAN MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


TAZKIRAH QIAMMULAIL HARI JUMAAT KE DUA RAMADHAN 1442 Hijrah


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بار ك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم


HIKKAM


Kejatuhan mengajar erti kebangkitan.

Kelemahan mengajar erti kekuatan.

Namun di saat kebangkitan dan kuatnya seseorang, dia hanya akan hargai orang yang tetap menyokongnya tanpa alasan .


Hati yang bahagia akan terzahir pada anggota yang tenang. Lidah yang banyak berzikir & berselawat akan menatijahkan hati yang sentiasa penuh dengan cinta.


Cinta itu membahagiakan. Berilah masamu untuk Rasulullah s.a.w. Allah akan berikan masaNya untukmu.


Seorang kekasih yang dicintai mungkin sahaja kerana kecantikannya, dan mungkin juga kerana kebaikannya. Lalu siapakah yang lebih banyak kebaikkannya daripada Allah s.w.t? Dialah yang sepatutnya dicintai sepenuh hati.


Kerana cinta yang paling bahagia adalah yang paling kekal. Lalu apakah yang dapat kekal melainkan Allah s.w.t?


Api neraka tidak akan terpadam sekali pun dikumpulkan seluruh lautan dunia, tetapi boleh terpadam dengan hanya setitis air mata yang gugur kerana takutkan Allah s.w.t.


Al-Quraan dan Puasa Memberi Syafaat


Ibadat puasa dan tilawah al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat pada hari Kiamat kepada mereka yang melaksanakan ibadat puasa dan sentiasa mendampingi al-Quran untuk dibaca dan diamalkan segala panduannya semasa di dunia..


Dalam hadis Nabi SAW:


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ


Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya (puasa dan al-Quran) diperkenankan." 

(Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih


Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa dan pada malam harinya membaca al-Quran serta sibuk mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping melakukan amalan-amalan ibadah yang lain.


Ambil lah kesempatan melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan ini dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta membaca al-Quran sebanyaknya.

 

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyebutkan:


حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ


“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih


Tinggal Solat Tapi Lupa Solat Yang Mana Satu


SOALAN:


Seorang telah terlupa mengerjakan satu solat fardhu pada suatu hari dan dia lupa manakah satu solat yang ia lupa itu maka bagaimanakah cara mengqadhanya?


JAWAPAN:


Solat fardu yang ditinggalkan sebab tertidur atau terlupa tetap wajib dikerjakan bila ia bangun dari tidur dan sedar dari lupanya itu.


Nabi SAW bersabda:


من نسي صلاة أو نام عنها فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها


Maksudnya: “Barangsiapa yang lupa akan satu solat atau tidur ia daripadanya maka kafarahnya ialah bahawa ia kerjakan solat tersebut apabila ia ingat.” 

[Hadis Riwayat Bukhari]


Ini ialah ketika ia tahu solat mana yang ia tinggalkan. Contohnya apabila ia bangun dari tidur ia baru teringat bahawa semalam ia belum solat maghrib maka wajib ia qadha dengan melakukan solat maghrib.


Ada pun jika dia tidak dapat pastikan mana satukah solat yang dia telah tinggal atau lupa itu maka wajib ia lakukan lima solat yaitu subuh dan zuhur dan asar dan maghrib dan isyak supaya yakin ia bahawa ia telah qadha solat yang telah ditinggalkan itu.


Berkata Syeikh Ramli:


و الأصح أن من نسي إحدى الخمس ولم يعلم عينها وجب عليه أن يصلي الخمس لتبرأ ذمته بيقين


Maksudnya: “Dan pendapat yang paling sahih bahawa siapa yang terlupa salah satu dari solat yang lima dan tidak tahu ia solat yang mana satu maka wajib atasnya bahawa kerjakan kesemua lima solat supaya terlepaslah tanggungjawabnya dengan yakin.” 

[Kitab Nihayah Muhtaj]


Berkata Imam As-Syairazi:


ومن نسي صلاة من الخمس ولم يعرف عينها لزمه أن يصلي الخمس


Maksudnya: “Siapa yang lupa satu solat dari solat yang lima waktu dan tidak pasti ia akan yang mana satu maka wajib ia kerjakan kelima-lima solat.” 

[Kitab At-Tanbih fi Fiqh As-Syafie]


Berkata Al-Asnawi:


إذا نسي صلاة من الخمس ولم يعلم عينها فيلزمه الخمس


Maksudnya: “Apabila seorang itu lupa satu solat dari lima waktu dan tiada tahu ia mana satu ia maka wajib ia kerjakan kelima-limanya.” 

[Kitab At-Tanqih]

Wallahua’lam


Tidur Meniarap


SOALAN:


Apakah hukumnya tidur dengan meniarap iaitu perut kita ke bawah?


JAWAPAN:


Tidur meniarap hukumnya adalah makruh tanpa sebarang darurah atau uzur.


Ada pun jika kerana uzur seperti ada penyakit pada belakangnya maka harus ia tidur meniarap tidak makruh.


Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللهُ


Maksudnya: “Tidur meniarap seperti ini adalah tidak disukai Allah.” 

[Hadis Riwayat  Abu Daud]


Berkata Syeikh Khatib tentang disunatkan membangunkan orang yang tidur meniarap:


الرجل إذا نام منبطحًا فإنها ضجعة يُبغضها الله


Maksudnya: “Seorang itu apabila dia tidur meniarap nescaya Allah tidak menyukainya.” 

[Mughni Al-Muhtaj]


Berkata Syeikh Abdul Karim Khasawneh:


وتُشير بعض البحوث الطبية إلى أن النوم على البطن له أضرار صحية على الكلى والجهاز التنفسي. هذا في حق من يتعمَّد هذه النومة لغير سبب، أما النائم فهو غير مؤاخذ؛ لأن التكليف مرفوع عن النائم حتى يستيقظ، كما أن المريض إذا احتاج إلى هذه النومة فلا حرج عليه في ذلك؛ إذا الضرورات تُبيح المحظورات.


Maksudnya: “Dan setengah orang-orang yang membahaskan tentang kesihatan menyatakan bahawa tidur meniarap di atas perut ini tidak bagus untuk kesihatan dan pernafasan.


Makruh ini ialah bagi orang yang sengaja tidur meniarap tanpa sebab. Ada pun yang telah tidur maka tidak diambil kira kerana hukum syarak tidak dikira dari orang yang sedang tidur sampailah ia jaga sebagaimana orang yang sedang sakit maka harus ia tidur meniarap tiada salah atasnya kerana apabila darurah maka diharuskan yang dilarang.” Sebaiknya kita tidur dengan mengikuti sunnah yaitu Nabi SAW tidur dengan lambung yang kanan.


Dari Bara’ bin ‘Azib r.a. Rasulullah SAW bersabda:


إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ ، فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ


Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah seperti wuduk untuk solat kemudian berbaringlah atas lambung yang kanan.” 

[Hadis Riwayat  Bukhari]


Wallahua’lam


TADDABUR AYAT AL QURAAN


Allah SWT berfirma


َوۡمَ یَجۡمَعُكُمۡ لِیَوۡمِ ٱلۡجَمۡعِۖ ذَ ٰ⁠لِكَ یَوۡمُ ٱلتَّغَابُنِۗ وَمَن یُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَیَعۡمَلۡ صَـٰلِحࣰا یُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَیِّـَٔاتِهِۦ وَیُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ


Maksudnya: ''(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar" 

[Surah At-Taghabun ayat 9]


Suatu hari nanti, seluruh manusia akan dikumpulkan iaitu pada hari kiamat di padang mahsyar untuk mendapat balasan setimpal dengan apa yang telah ia lakukan didunia dahulu. Saat itu, manusia akan dikumpulkan dengan amalannya (baik dan buruk), para nabi akan dikumpulkan dengan umatnya, orang zalim akan dikumpulkan dengan orang yang dizaliminya dan orang yang terdahulu akan dikumpulkan dengan orang yang terkemudian. 


ِPada hari itu, orang yang datang mengadap Allah dengan amal yang sedikit kerana lalai dan leka dibuai tipu daya dunia akan merasa menyesal dan tersangat rugi serta nampak kerugiannya itu. Saat itu juga manusia saling menagih haknya. Orang yang benar akan menagih hak terhadap orang yang batil, dan orang yang dizalimi akan mengambil pahala orang yang menzaliminya serta diberikan dosanya pula kepada yang menzaliminya lalu dihumban ke dalam neraka.


Calon penghuni neraka yang merasa bahagia didunia dahulu, hidup dalam keadaan tidak peduli perintah Allah, tidak peduli dosa pahala, halal haram, tidak cakna orang-orang yang memerlukan, menggunakan nikmat Allah untuk perkara kekufuran, sombong dan angkuh dengan para ulamak, akan merasai gerun dengan azab di hadapan matanya yang dahulunya mereka tidak mempercayainya serta menyesal yang teramat sangat. Namun sudah terlambat.


Hanya orang yang beriman dan beramal soleh sahaja yang tenang, seronok dan gembira menanti balasan syurga daripada Allah SWT. Allah akan mengampunkan segala dosa mereka serta diberi pelbagai nikmat yang teristimewa serta dimasukkan mereka ke dalam syurga yang terindah berteman para bidadari dan segala dihiasi pelbagai kemewahan, makanan, minuman, pakaian dan segala-galanya berupa nikmat dan kegembiraan. Itulah kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan yang diperoleh orang yang beriman.


Untuk mendapat kenikmatan   syurga sebagaimana yang digambarkan, maka pada hari ini kita perlu menjadi hamba Allah yang taat, bertaqwa dan sabar daripada melakukan dosa dan perkara yang dibenci Allah. 


Nabi SAW bersabda:


الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ


Maksudnya: ''Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir” 

(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)


Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: "Setiap orang mukmin dipenjara dan dihalang di dunia ini daripada syahwat yang haram dan makruh. Orang mukmin itu juga mukallaf (dituntut) untuk melakukan perbuatan ketaatan yang berat. Namun begitu, apabila dia meninggal maka dia akan berehat daripada semua ini. Dan semua itu akan berubah sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt kepadanya daripada nikmat-nikmat yang berkekalan dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang apa pun. Adapun orang yang kafir, mereka juga memperoleh apa yang mereka lakukan di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak sempurna atau samar-samar. Apabila dia.  meninggal, dia akan diazab buat selama-lamanya dan akan berada di dalam kepayahan yang abadi" 

(Lihat al-Minhaj)


Untuk tidak rugi dan menyesal di hari akhirat, berusahalah untuk melakukan amal soleh dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Semoga kita berjaya menghuni syurgaNya yang terindah.


Jadilah Orang Yang Paling Bermanfaat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ قَالَ فَسَكَتُوا فَقَالَ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ رَجُلٌ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا قَالَ خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ وَشَرُّكُمْ مَنْ لَا يُرْجَى خَيْرُهُ وَلَا يُؤْمَنُ شَرُّهُ


Daripada Abu Hurairah RA Rasulullah SAW berdiri di hadapan orang orang yang sedang duduk lalu baginda bersabda: "Mahukah kalian aku beritahu orang yang paling baik di antara kalian dari orang yang paling buruk di antara kalian?" Abu Hurairah berkata: Para sahabat diam, baginda mengatakan demikian sampai tiga kali, kemudian salah seorang berkata: Ya, wahai Rasulullah, beritahukan kepada kami orang yang paling baik di antara kami dari orang yang paling buruk, baginda bersabda: "Orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan aman dari kejahatannya, dan orang yang paling buruk di antara kalian adalah orang yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak aman dari kejahatannya." (HR Tirmizi No: 2189) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Di kalangan kita ada orang yang paling baik dan ada orang yang paling buruk


2.  Orang yang paling baik dalam kalangan kita adalah orang yang sentiasa melakukan kebaikan dan tidak melakukan kejahatan


3.  Orang yang paling buruk dalam kalangan kita adalah orang yang tidak melakukan kebaikan dan tidak dapat manafaat dari kebaikannya serta melakukan kejahatan dan kita mendapat mudarat daripada kejahatannya.


4.  Kata Saidina Omar: Jadilah kamu orang yang apabila tiada pemimpin dari kalangan kamu, kamu seolah-olah pemimpin mereka. Jika kamu dilantik sebagai pemimpin, kamu seolah-olah salah seorang dari mereka.


Ayuh jadilah kita orang yang paling bermanfaat kepada orang lain dan tidak mendatangkan mudarat.


Allah SWT berfirman:


فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَصۡلِحُوا۟ ذَاتَ بَیۡنِكُمۡۖ 


Maksudnya: "...Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu..." 

[Surah al-Anfal ayat 1]


Di antara perkara yang sangat penting, Allah SWT memerintahkan umat Islam agar bertaqwa kepadaNya. Ini bermakna kita kena tahu tentang Allah, tahu tentang perintah dan laranganNya, takut akan Allah dengan tidak menderhakaiNya serta menjaga hukum-hakam Allah dalam segenap sudut kehidupan. Inilah ketaqwaan yang sebenar-benarnya yang perlu ada dalam diri kita semua.


یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" 

[Surah Aali Imran ayat 102]


Dan Allah menjanjikan ganjaran yang teristimewa kepada orang yang bertaqwa:


وَلَأَجۡرُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ خَیۡرࣱ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ یَتَّقُونَ


Maksudnya: "Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa" 

[Surah Yusuf ayat 57]


Kemudian Allah SWT memerintah kita agar sentiasa memperbaiki hubungan antara sesama manusia. Hendaklah melakukan islah iaitu melakukan pembaikan, jangan berdengki dan iri hati, jangan benci sesama sendiri, jangan berbantah, bertengkar dan bertelagah. Sentiasa perbaiki hubungan sesama insan. Jangan bertelagah tentang hal yang remeh dan kecil. Jangan kerana harta, pangkat, kedudukan dan takhta menyebabkan hidup dalam keadaan bermasam muka dan berselisih. Damaikan dan harmonikan hubungan.


Rasulullah SAW bersabda:


ألا أُخبِرُكم بأفضلَ من درجةِ الصيامِ والصلاةِ والصدقةِ ؟ قالوا : بلى . قال : صلاحُ ذاتِ البَيْنِ 


Maksudnya: “Mahukah kalian aku khabarkan amalan yang menyamai darjat puasa, solat dan sedekah?". Para sahabat menjawab: "Tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: "Mendamaikan orang-orang yang berseteru (bermusuhan)...” 

[Hadis Riwayat at-Tirmizi]


Jadilah insan bertaqwa serta sentiasa berusaha untuk mendamaikan orang yang berseteru. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita.


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT TAHAJJUD


Peliharalah Amalan SUNNAH QIAMMULALIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hambaNya serta diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan