Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH RAMADAN 10

 KHAMIS

22 April 2021

Bersamaan

10 Ramadhan 1442 Hijrah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana QIMMULAIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDARUS,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH di Mussola/Surau dan Masjid

Salam ISTIQOMMAH MEMATUHI ARAHAN KAWALAN PERGERAKAN TERKINI. ..PKP/B/P 2.0 HARI KE SERATUS LIMA

Salam ISTIQOMMAH Melaksanakan BERSAHUR PUASA RAMADHAN 1442 Hijrah HARI KE SEPULUH

Salam ISTIQOMAH  MENERUSKAN PEMBURUAN MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


TAZKIRAH QIAMMULAIL HARI KHAMIS KE DUA RAMADHAN 1442 Hijrah


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بار ك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم


HIKKAM


"Janganlah sampai masuk perasaan kagum ke dalam hatimu, terhadap amalan-amalan soleh yang engkau lakukan. Kerana perasaan kagum itu terkadang menghapuskan pahala amalanmu"


‎ م HARGAI..

"Hidup ini bukannya menyesali apa yang telah pergi tapi menghargai apa yang dimiliki dan sabar menanti apa yang akan menghampiri.."


Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan  - Ali Bin Abi Thalib


Janganlah banyak tertawa, Sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati*

HR Tirmidzi


Kalau rasa bertuhan tidak wujud di dalam hati ketika berada dimana-mana, apatah lagi yang dapat membendung manusia daripada sifat-sifat mazmumah, seperti sifat-sifat sombong,pemarah, hasad, dendam dan lain- lain lagi.

Mazmumah itulah puncak penyakit masyarakat.


Cuba saudara dan saudari,tuan puan gambarkan orang yang hidupnya begini, di pejabat atau di tempat kerja dileter oleh bos, di rumah dileteri oleh isteri, di dalam perjalanan bertikam, dengan pemandu kenderaan yang tidak bertimbang rasa, bila ada masalah tidak ada tempat hendak mengadu, kalau mengadu, jadi bahan cerca dan perli, iman lemah pula di dada atau tiada kesabaran, redha jauh sekali.


Kita rasa orang ini sudah berada di ambang pintu neraka.


Apabila hilang malu, benteng diri manusia telah roboh, segala gejala buruk mudah sahaja menyerangnya


Di waktu itu setiap perkara yang malu dilihat pada tubuh manusia akan didedah secara dihias, dan akibatnya kerangsangan manusia lain, maka penyakit hilang malu ini akan menular merata masyarakat, maka punahlah akhlak, terkuburlah satu bangsa.


Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin.. 


Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat


Mudah sebenarnya untuk melakukan Solat Sunat Taubat. Bagi diri kita yang banyak dosa, kena memohon ampun daripadaNya, bertaubat bagi membersihkan diri daripada dosa.


Solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha AllaH tanda taubat Allah dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.*


Cara Solat Sunat Taubat


1. Bersihkan diri. Ambil wudhu.


2.  Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).

Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul- betul tenang.*


3. Selepas itu baru niat.

(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)


4. Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.


5. Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je.


6. Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.


Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali.. Ikut suka.


Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.


7. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.


8. Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..

Astaghfirullahal’adziim atau:


Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.


9. Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. *Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan dosa tu.


Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan Allah semasa solat sunat taubat ni.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.Kejap lagi kita mati..Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah?


Istighfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa. Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;


Duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.


Imam al-Ghazali ada cakap, tanda hati kita sudah mula hitam;


1. Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.

2. Hilang kemanisan beribadah

3. Hati tak makan nasihat.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perbanyakkanlah melakukan solat sunat taubat, bagi membersihkan diri yang banyak dosa.Caranya mudah, dan paling penting bersungguh-sungguh meminta keampunan agar taubat kita diterima hendaknya.


TADDABUR AYAT AL QURAAN


Allah SWT berfirman:


وَآيَةٌ لَهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ


Maksudnya: Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat.

Surah Yasin Ayat 41


Antara tuntutan ayat ialah:


1. Perintah Allah supaya kita mengetahui bahawa untuk mempelajari dan mengkaji Al-Quran, kita mestilah memenuhi SYARAT yang ditentukan oleh Allah sendiri.


2. Perintah Allah supaya kita mengetahui bahawa antara syarat untuk mengkaji A-lQuran ialah:


1) mempelajarinya dari seorang guru yang faham (BUKAN FASIK @ TIDAK melakukan dosa BESAR).


2) mempelajari sebab turun ayat (asbabun nuzul).


3) dapat membezakan antara ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat.


4) dapat membezakan antara hukum adat, akal dan syarak. 


5) dapat membezakan antara hakikat akal dan hakikat syarak. 


6) dapat membezakan samada ayat SURUH atau ayat TEGAH. 


3. Perintah Allah supaya kita faham bahawa bahtera yang digunakan oleh manusia menyeberang lautan sebenar-benarnya (iaitu pada hakikat syarak) dijadikan oleh Allah. Manusia yang membinanya pada adat. Allah yang menjadikannya pada hakikat.


4. Perintah supaya manusia berserah diri kepada Allah pada semua keadaan samada di laut, di  bumi, di udara atau di angkasa. 


5. Perintah supaya manusia faham bahawa laut dan segala yang ada di dalamnya adalah makhluk yang sentiasa taat kepada Allah.


Wallahua'lam


Perniagaan Yang Menguntungkan. 


إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar

Surah At-Tawbah: Ayat 111


Allah SWT berfirman:


وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِنْ لُغُوبٍ


Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah"

[Surah Qaf ayat 38]


Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan: "Allah menyebut tempoh masa ini padahal DIA Berkuasa untuk menciptakan langit dan bumi dalam tempoh yang singkat. Namun Allah hendak mengajarkan hamba-hambaNYA mengenai sifat bertenang dan teliti dalam pekerjaan.


 Allah SWT ingin mendidik agar hambaNYA belajar untuk menunggu, bersabar dan belajar agar tidak bersikap tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu.


Diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah r.ha, nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti." 

[Hadis Riwayat al-Baihaqi]


Inilah sifat yang perlu ada dalam diri umat Islam. Ada gabungan kepakaran juga keimanan, cantuman integriti dan kecekapan, cantuman perancangan dan ketelitian.Jika ada semuanya, dengan izin Allah SWT segala yang direncana menjadi dan diberkati


Rancanglah sesuatu dengan teliti sebelum melaksanakannya. Kegagalan untuk merancang hakikatnya ialah merancang untuk gagal.


Rasulullah berbaring di masjid

Sahih al-Bukhori:5512


عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، عَنْ عَمِّهِ:


أَنَّهُ أَبْصَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضْطَجِعُ فِي الْمَسْجِدِ رَافِعًا إِحْدَى رِجْلَيْهِ عَلَى الأُخْرَى. 


Dari Abbad ibn Tamim, dari pamannya:


Bahawa ia pernah melihat Nabi saw berbaring di masjid sambil meletakkan salah satu kakinya di atas kaki yang lain.


Pesan :

Berbaring di masjid adalah hal yang diperbolehkan.


PETUNJUK AKHIR ZAMAN - TERDAPAT GOLONGAN ANTI HADIS


Saidina Miqdam bin Ma'dikariba r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kpdnya sebuah hadis daripada hadisku maka dia berkata, 'Pegangan kami dan kamu hanyalah Kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan.' Kemudian Nabi SAW meneruskan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah SAW samalah hukumnya dgn apa yang diharamkan oleh Allah SWT."

HR Abu Daud dan Ibnu Majah


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana Solat Sunat TAHAJJUD


Peliharalah amalan QIAMMULLAIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakallah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan