Advertisement

Main Ad

TAZKIRAH 30 RAMADAN

 RABU

12 Mei 2021

Bersamaan

30 Ramadhan 1442 Hijrah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 


Salam ISTIQOMMAH melaksana MANDI SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT WUDHUK,SOLAT SUNAT TAUBAT,SOLAT SUNAT TAHAJJUD,SOLAT SUNAT TASBIH,SOLAT SUNAT QOBLIAH,SOLAT SUNAT BAKDIAH ( solat sunat AWWABIN ) dan AMALAN SUNNAH QIAMMULALIL

Salam ISTIQOMMAH melaksana AMALAN SUNNAH dalam KEHIDUPAN

Salam Istiqommah Memperbanyak BERISTIGHFAR, BERSALAWAT,TADDABUR dan MENGHAFAZ SURAH/ AYAT AL QURAAN

Salam ISTIQOMAH Melaksanakan SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID/SURAU/MUSSOLA/RUMAH MASING-MASING MEMATUHI ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERKINI.. .. *PKP 3.0 HARI PERTAMA

Salam ISTIQOMAH BERSAHUR dan PUASA RAMADHAN  1442 hijrah HARI TERAKHIR

*Salam ISTIQOMMAH MEMBURU MardhothielahNya Sehingga ke Akhir Hayat

Salam ISTIQOMAH MEMBURU LAILATUL QADAR DI MALAM TERAKHIR RAMADHAN 1442 Hijrah


TAZKIRAH QIAMMULALIL RABU HARI TERAKHIR RAMADHAN 1442 Hijrah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ

اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ

إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ


HIKKAM


Hidup Ini Singkat


Gunakanlah peluang singkat ini untuk membuat kebajikan sebanyak mungkin.


Hindari dari kemungkaran. Usah dipersiakan peluang yang ALLAH pinjamkan ini.


Disaat DIA mengambil kembali pinjaman ini, saat itulah kita sedar bahawa kita sudah melepaskan banyak peluang.


Ulama Warasatul Anbiya: Para Ulama dan Aulia adalah bahagian dari cermin ajaran Rasulullah s.a.w. Kehidupan mereka mencerminkan apa yang disebut dengan adab, juga cermin bagi sifat mengagungkan Allah s.w.t, cermin bagi penghormatan kepada Rasulullah s.a.w. Hati mereka suci dari sikap-sikap yang meremehkan segala sesuatu, apalagi manusia. Sungguh tidak ada seorang pun di antara mereka yang menjadi tukang caci, tukang maki, yang melaknat satu sama lain. Tidak ada seorang pun mereka yang gila harta atau gila dunia.


Saat ditanya tentang bagaimana memilih mursyid (syaikh yang menunjukkan jalan kepada Allah), Maulana Syaikh Ali Jum'ah menjawab: “Memilih seorang syaikh (mursyid) itu bukan atas kehendakmu sendiri tapi Allah lah yang memilihkan. Tugasmu memperbanyak shalawat atas Rasul sampai Allah membuka hatimu pada seorang mursyid”.


Sufi sejati tidak sibuk dengan lintasan-lintasan ilham, bermain-main dengan dunia firasat, lena dalam dunia karamah atau terhenti pada pintu kasyaf. Mereka melanggar segala pintu-pintu tadi tanpa perasaan selera kerana matlamat pengembaraan mereka ialah untuk menenggelamkan diri sedalam-dalamnya dalam lautan ubudiyyah kepada Allah s.w.t. Berhati-hatilah, kerana antara haq dan batil kelihatan sama, hanya dengan rahmat Allah dan ketajaman mata hati dapat melihat perbezaannya. Sesungguhnya pendidikan Tasawuf adalah untuk mereka yang mencari kefakiran diri dan meninggalkan pakaian kesombongan dan keduniaan.


Jika kita bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENIMBA ILMU. Jika kita bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktunya kita untuk saling BERTUKAR ILMU. Jika kita bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENYAMPAIKAN ILMU. Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktunya kita untuk MUHASABAH DAN MERENUNG. Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA UMPATAN DAN MENGADU DOMBA, itulah waktunya kita untuk DIAM & BERLALU PERGI.


*IKUTILAH RASULULLAH S.A.W. Orang yang berakal dapat dikenali melalui akhlaknya yang baik kepada sesama manusia. Ia sentiasa meneladani Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Allah s.w.t sebagai pemilik akhlak yang agung: "Engkau benar-benar berada di atas akhlak yang agung”. 

(QS. Al-Qalam: 4)


Nasihat kaum sufi itu seperti busur panah yang tepat mengenai hati, dan sakitnya mata panah itu akan terasa amat pedih dan perit, tetapi bersabarlah dan terima lah, kerana sebentar lagi mata panah itu akan mengeluarkan penyakit-penyakit jiwamu.


Hati umpama suatu bekas. Untuk menadah air yang boleh diminum, bekas perlu bersih. Begitu juga hati. Ilmu itu cahaya. Untuk menadah cahaya dari Allah, hati perlu bersih dari segala kekotoran mazmumah.


Perginya Ramadan Ditangisi


Perginya Ramadan bermakna segala kehebatan anugerah Allah kepada umat ini juga turut pergi meninggalkan kita.


Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keistimewaan dibukakan pintu syurga buat kita seperti semasa Ramadan bersama kita...


Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keistimewaan ditutup rapat pintu neraka buat kita...


Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keistimewaan Lailatul Qadar yang menjanjikan ganjaran melebihi 1000 bulan buat kita....


Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keberkatan Ramadan, keberkatan memberi makan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa...


Perginya Ramadan bermakna Syaitan Iblis dah bebas berkeliaran untuk mengoda kita...


Berlalunya Ramadan bermakna tiada lagi jaminan khusus keampunan segala dosa yang lalu kepada orang yang berpuasa dan orang yang menghidupkan malam hari dengan penuh keimanan dan keikhlasan...


Jangan pergi duhai bulan keampunan. 

Jangan pergi duhai bulan rahmat.

Jangan pergi duhai bulan barakah. 

Jangan pergi duhai bulan yang membentuk kita menjadi insan bertaqwa.


Namun apakan daya… Ramadan tetap akan pergi meninggalkan kita. Tahun hadapan belum tentu kita dapat bersama dengan Ramadan. 


Yang kita mampu hanya berdoa mengharap bertemu kembali dengan Ramadan.


اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة


Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang.


رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.


Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Masih berbaki beberapa hari Ramadan untuk kita dakap sebelum dia pergi... manfaatkan Ramadan ini sebaik mungkin untuk melipat gandakan ibadat..


Membangun dan Mengimarahkan Masjid


عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ


Daripada Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." (Sunan Ibnu Majah No: 727) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membina masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah.


2.  Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dari kalangan pemakmur masjid Allah. Rirman Allah: 


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ


Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)” 

(QS At-Taubah: 18).


3.  Ibnu al-Jauzi dalam Zaadul Masiir (3/408) berkata: yang dimaksudkan dengan memakmurkan dalam ayat di atas ialah mereka yang:


a.  Selalu mendatangi masjid dan beribadat di dalamnya 

b.  Membangun masjid dan memperbaikinya.


4.  Masjid perlu dibangunkan fizikal serta rohnya (program dan aktiviti yang mendekatkan seseorang kepada Allah). Orang yang membangunkan masjid akan diberi ganjaran mahligai di syurga.


5.  Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah adalah membina Masjid. Dimulakan dengan masjid Quba dan diikuti dengan Masjid Madinah. Masjid dijadikan tempat menghimpunkan rakyat, merapatkan ukhuwah, menyampaikan dakwah, mengajarkan al-Quran serta mengurus pemerintahan. 


6.  Jangan jadikan masjid seperti gajah puteh. Kata Saidina Ali: Akan datang suatu zaman ke atas manusia, tidak kekal di dalam Islam kecuali namanya sahaja dan tidak kekal dalam ajaran al-Quran melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjid yang besar dan indah dibangunkan di sana sini tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya.


Selawat Kita Sampai Pada Nabi ﷺ


1. Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Sesungguhnya selawat kita akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ. Sabda Rasulullah ﷺ:


وصلُّوا عليَّ فإنَّ صلاتَكُم تبلغُني حَيثُ كنتُمْ


“Dan berselawatlah ke atasku, sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.” 

(HR Abu Daud)


2. Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah ﷺ memperincikan lagi tentang keharusan memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah ﷺ:


إنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة  فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي


“Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.” 

(HR Abu Daud)


3. Ketika menghuraikan hadis ini, Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa ini adalah gambaran bagaimana selawat seseorang itu akan sentiasa diterima bahkan dibentangkan kepada Rasulullah melalui malaikat. Kata beliau:


يَعْنِي عَلَى وَجْهِ الْقَبُولِ فِيهِ، وَإِلَّا فَهِيَ دَائِمًا تُعْرَضُ عَلَيْهِ بِوَاسِطَةِ الْمَلَائِكَةِ


“Iaitu (hadis ini) membawa maksud gambaran penerimaan selawat seseorang itu, atau paling tidak ia menggambarkan bagaimana selawat itu dibentangkan kepada Rasulullah ﷺ melalui perantaraan malaikat.” 

(Mirqah Mafatih)


4. Manakala Ibn Mulaqqin pula menyatakan bahawa maksud dibentangkan selawat itu kepada Rasulullah adalah seakan penyerahan hadiah buat Baginda Nabi ﷺ. Kata beliau:


معنى معروضة علي موصولة إلي توصل الهدايا


“Yang dimaksudkan selawat itu dibentangkan ialah ia disampaikan kepada Baginda Nabi (seperti) sampainya hadiah-hadiah.”


Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Semoga Allah membimbing kita.


Kita sudah berada di penghujung Fasa akhir Ramadan. Bagaimana momentum ibadah kita? 


Mari hayati hadis Nabi SAW ini;


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ


Maksudnya :” Nabi saw apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”

Riwayat al-Bukhari (2024)


Jangan pernah sia-siakan Ramadan yang berbaki. Barangkali ini peluang terakhir kita untuk menikmati nikmat ibadah di bulan penuh keberkatan ini.


TADDABUR AYAT AL QURAAN


Allah SWT berfirman:


وَٱصۡبِرُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِینَ


Maksudnya: ''Dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" 

[Surah al-Anfal: 46]


Allah SWT memerintahkan kita agar bersabar dalam menghadapi dugaan, cabaran, kesulitan dan kepayahan hidup.  Dengan bersabar akan dirahmati Allah dan Allah menjanjikan kebersamaanNya yang istimewa bagi orang-orang yang sabar. Kebersamaan Allah dalam bentuk penjagaan, pertolongan dan pembelaan di saat yang diperlukan. 


Sifat sabar juga termasuk dalam sifat para Rasul. Allah SWT berfirman:


وَلَقَدۡ كُذِّبَتۡ رُسُلࣱ مِّن قَبۡلِكَ فَصَبَرُوا۟ عَلَىٰ مَا كُذِّبُوا۟ وَأُوذُوا۟ حَتَّىٰۤ أَتَىٰهُمۡ نَصۡرُنَاۚ 


Maksudnya: ''Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka.." 

[Surah al-An'am: 34]


Ingatlah bahawa orang yang sabar akan beroleh kejayaan dan kemenangan. Nabi SAW bersabda:


وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْراً


Maksudnya: ''Ketahuilah bahawa datangnya kemenangan bersama dengan kesabaran, kelapangan itu bersama kesulitan, dan bersama kesulitan itu ada kemudahan" 

[Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi dan al-Hakim]


Bersabarlah. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dan mencintai orang yang sabar.


Allah SWT berfirman:


وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ


Maksudnya: ''Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin" 

[Surah al-Baqarah: 184]


Berkata Sayidina Ibn Abbas r.huma: “Yang dimaksudkan adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mampu melaksanakan ibadah puasa. Justeru, dia berhak berbuka dan memberi makan setiap harinya seorang miskin. Ini juga riwayat daripada Anas bin Malik, al-Hasan al-Basri, Ibrahim al-Nakhaie dan Said bin Jubair”.


Berkata Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya: “Ayat ini juga termasuk orang sakit dan hamil kerana kedua-duanya mampu untuk berpuasa tetapi dengan masyaqqah (kesukaran) yang mengiringi mereka justeru jika mereka berpuasa memadai bagi mereka dan jika membayar fidyah, mereka pun memadai juga".


Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. Begitu juga dikenakan bayaran fidyah bagi orang tua yang uzur dan orang sakit yang tidak mampu berpuasa. 


Bagi wanita hamil yang berbuka kerana bimbang keselamatan anaknya maka wajib diqadha dan dibayar fidyah.


Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata: “Bagi wanita yang hamil dan menyusu boleh meninggalkan puasa tetapi selepas itu hendaklah membayar fidyah dan mengqadha puasanya.”


Hukum membayar fidyah adalah wajib. 


Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak sehari. (Di selangor secupak sekitar rm1.80). Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada golongan fakir dan miskin.


Pastikan puasa kita tiada yang perlu diqadha. Jika ada yang perlu diqadha maka segerakanlah. Begitu juga hutang fidyah, jika belum selesai maka perlu ditunaikan segera. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.


Allah SWT berfirman:


وَٱبۡتَغِ فِیمَاۤ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡـَٔاخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِیبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡیَاۖ 


Maksudnya: ''Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia..." 

[Surah al-Qasas ayat 77]


Allah SWT menyuruh kita menggunakan segala harta dan kekayaan yang dianugerahkan kepada kita  untuk jalan kebaikan. Segala anugerah Allah kepada kita berupa harta yang melimpah dan kenikmatan yang banyak disalurkan dengan berbuat taat serta bertaqarrub kepadaNya dengan berbagai amal-amal yang dapat menghasilkan pahala di dunia dan di akhirat. Kita hendaklah tamak dengan ganjaran akhirat. Itulah kebahagiaan hakiki yang bakal kita nikmati suatu ketika nanti.


Dalam keseronokan dan keghairahan kita memburu kebahagian akhirat, Allah SWT juga membenarkan kita menikmati keperluan dunia berupa makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, pernikahan dan segala yang halal. Pada masa yang sama jangan sesekali lupa tanggungjawab kita di dunia ini. Sesungguhnya Rabbmu memiliki hak, dirimu memiliki hak, keluargamu memiliki hak serta orang yang disekelilingmu pun memiliki hak. Maka berikanlah setiap sesuatu sesuai dengan haknya.


Kebahagiaan akhirat diperoleh bilamana kita melakukan amal ketaatan dengan nikmat kurniaanNya dengan penuh keikhlasan demi mencari keredhaanNya. Kita pulang mengadap Allah membawa muatan pahala yang tersangat berat dan berkualiti. 


Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin: "Bahagia ialah ketika mana manusia berada dalam satu puncak ketaqwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT".


Manakala tanda kebahagiaan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:


أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ ، وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ ، وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ ، وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ


4 Tanda Kebahagiaan:


1. Isteri yang solehah

2. Tempat tinggal yang luas

3. Jiran yang soleh (baik) dan 

4. Kenderaan yang elok. 


Manakala 4 Tanda Kedukaan adalah:


1. Jiran yang buruk (jahat)

2. Isteri yang jahat (derhaka)

3. Tempat tinggal yang sempit dan

4. Kenderaan yang buruk.” 

[Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Sheikh Syu’aib al-Arnaut menyatakan sanad hadis ini sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari]


Burulah kebahagiaan akhirat dengan disalurkan segala kekayaan dunia ke jalan menegakkan agama Allah SWT. Nikmatilah kebahagiaan dunia dengan mengaut segala kurniaanNya dan digunakan untuk menambahkan ketaqwaan dan ketaatan. Moga kita beroleh bahagia dunia dan akhirat.


Pertempuran Daud Melawan Jalut


Daripada Al-Barra' r.a berkata, sahabat-sahabat Muhammad SAW yang ikut serta dalam perang badar menceritakan kepadaku bahawa jumlah mereka seperti jumlah bala tentera Talut yang menyeberangi sungai yang jumlahnya sekitar tiga ratus sepuluh orang.


Al Barra' berkata, demi Allah SWT, tidak ada daripada mereka yang dapat menyeberangi sungai kecuali orang yang beriman.


[Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 3, No. Hadis 3957-3958, 1400H:


InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan Istiqommah melaksana SOLAT SUNAT TAHAJJUD


Peliharalah Amalan SUNNAH QIAMMULALIL setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hambaNya serta diampuni Allah.


Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku


Semoga bermanafaat


آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

صدق الله العظيم


يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،

كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،

علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.

اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.

جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،

ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.

سيروا علی بركة لله.

امين يا رب العالمين.


Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...


  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد 

 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...jua dianugerahiNya ISTIQOMAH MEMBURU MARDHOTHIELLAHNYA sehingga ke akhir hayat


"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"

_''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Catat Ulasan

0 Ulasan